Semua benda dalam dunia ini ada getaran.Dulu masa sekolah saya pernah dengar jisim gas mempunyai gerakan paling aktif berbanding jisim pepejal.
Gerakan inilah dikatakan getaran.
Jika salah tolong betulkan ya.Saya sudah tinggalkan zaman sekolah lebih 20 tahun.
Mengapa tenaga getaran ini amat penting kepada manusia.Rasionalnya untuk memudahkan kita mencapai kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan ini.
Orang berjaya mempunyai tenaga getaran yang tinggi seperti semangat, cinta, teruja dan sebagainya.
Ia adalah kunci untuk mencapai apa jua keinginan dan matlamat hidup.
Oh ya.
Saya perolehi info ini dari Channel Youtube Sumber Inspirasi.Bagaimanapun saya ringkaskan agar mudah dibaca sepintas lalu di media sosial dan blog.
1.Berhenti bercakap perkara negatif
Sempena tahun baharu 2020 ini jom kita berubah.
Kita bercakap perkara yang baik-baik dan positif sahaja.Perkara negatif wajar untuk hentikan segera.
2.Berzikir atau meditasi
Zikir memberi kesan yang sangat hebat kepada emosi.Dengan berzikir hati jadi tenang dan lapang.
Meditasi pun boleh untuk memberi kelapangan fikiran.Sangat bagus untuk menyahkan toksid-toksid fikiran yang membelenggu minda.
3.Bersyukur
Orang bersyukur akan ditambahkan nikmat dalam hidup mereka.Dalam usaha untuk meningkatkan getaran emosi maka perlu menghayati kehidupan ini dengan penuh kesyukuran.
4.Kawal pemakanan sebaik mungkin
Makan yang terbaik untuk meningkatkan getaran adalah makanan segar.Bukan makanan yang sudah diproses seperti makanan dalam tin dan sebagainya.
Kalaupun tidak dapat mengelak, cuba kurangkan makanan yang sudah diperoses.Perbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam menu harian.
5.Dekat dengan alam semulajadi
Alam semulajdi sungguh mendamaikan.Dengarlah bunyi angin atau desiran ombak sekiranya berada ditepi pantai.
Berada dekat dengan alam semula jadi akan meningkatkan getaran diri kita.Paling tidak dapat melupakan stress dalam fikiran.
6.Banyakkan bergerak atau sentiasa aktif
Getaran adalah pergerakan.Jadi tidak hairan untuk mendapatkan getaran yang tinggi harus banyak bergerak.
Lagi banyak pergerakan lagi bagus.
7.Memberi tanpa mengharap balasan
Baru-baru ini saya sempat membaca sebuah buku.Menurut buku tersebut cubalah memberi kepada binatang.
Sebab binatang tidak tahu untuk mengungkapkan kata-kata berterima kasih.
Memberi tanpa mengharapkan balasan adalah pendekatan ampuh untuk menguatkan getaran pada diri.
Rasakan perasaan selepas memberi.Pasti terasa bahagia dan puas.Lebih-lebih lagi tanpa ada perasaan untuk mendapat balasan.
Apa lagi.Jom kita amalkan satu persatu tip tersebut agar getaran pada diri kita sentiasa meningkat dan berapa pada tahap yang tinggi.
p/s: Kredit kepada Facebook jejaka Sarawak yang hensem ini.
Terima kasih berkongsi perkara bermanfaat ni tuan. Mudah2an bertambah aura positif dlm tubuh dan di sekeliling kita semua, in shaa Allah.
Khir Khalid recently posted…Manfaatkan Email Newsletter Anda Dengan 5 Komponen Ini
sama-sama tuan.
moga kita semua terus sukses hendanya
apa yg kita fikir itulah yang keluar / terbentuk (pada diri)…
terima kasih berkongsi ilmu
ya..itu memnang betul dan penting sekali untuk kita hayati dalam hidup ini
terima kasih! nombor 4 sampai 6 nak cuba terapkan dalam diri dengan lebih hebat tahun ni…
sunah sakura recently posted…Sweet & Sour Cheesy Bites Pizza Hut Malaysia
mudahan awak ada semangat untuk terus konsisten..
aamiin