Perbezaan Jutawan App Dengan Program FI$H

jutawan app

Blog saya selalu dikunjungi pencari maklumat untuk Jutawan App berbanding Program FI$H.Atas sebab itu saya rasa terpanggil untuk menjelaskan perbezaan tersebut.Jika nak tahu teruskan sahaja bacaan hingga ke perenggan akhir.

Apa benda Jutawan App?

Satu Aplikasi telefon bimbit yang dicipta khas untuk menjana duit secara automatik dalam dunia maya atau tanpa apa-apa bantuan manusia.

Jika anda sukakan pendapatan yang anda perlukan masa sekali sahaja untuk KLIK setup semuanya kemudian menerima pendapatan berbulan-bulan, bertahun-tahun, malah mungkin seumur hidup dan paling penting tanpa perlu melakukan apa-apa lagi, APLIKASI AJAIB saya ini memang sesuai sekali untuk anda…

Apakah itu Program FI$H ?

FI$H adalah singkatan kepada Formula Income Seumur Hidup.Program ini mengandungi program latihan multimedia berdasarkan 5 “FI$H module” dalam format video.

Program ini akan menunjukkan cara yang betul untuk anda cipta pelbagai pendapatan tanpa henti setiap bulan, dengan memberi fokus kepada internet sebagai medium untuk mencipta income
pasif.

Modul yang tersedia akan disertakan dengan bahan-bahan latihan yang akan membantu anda seperti checklist, mind maps, ebook, bahan rujukan, dan banyak lagi.

WAJIB BACA :   Rahsia Menulis Copywriting Yang Memukau

Siapa penciptanya Jutawan App

Jutawatan App dicipta oleh Mohd Afiq Danial dari Shah Alam, Malaysia.Beliau dikatakan pernah menjadi seorang eksekutif di sebuah kilang dengan pendapatan RM3K sebulan.

Ada berkawan dengan seorang programmer dari India.Suatu hari Mohd Afiq meluahkan masalah kewangannnya kepada programmer tersebut.Ketika itu Mohd Afiq mendapat rahsia bagaimana mendapat duit dengan mudah melalui aplikasi telefon.

”Hanya muat turun, install dan ia akan jalan sendiri. Tanpa perlu klik-klik lagi. Anda tidak perlu klik setiap hari atau lakukan apa-apa lagi dah selepas itu.” Mohd Afiq

Ini dia pencipta Program FI$H

Pencipta program FI$H adalah seorang Internet Marketing yang berpengalaman luas sejak tahun 2003 lagi.Tak lain dan tak bukan Tuan Zamri Nanyan.

Beliau adalah pernah bekerja di sebuah syarikat multinasional dan tinggal di Bangi.Oleh kerana dia tidak suka bekerja makan gaji,akhirnya dia mencuba untuk menjana pendapatan secara online.

Hasil pengalaman,pengetahuan,kemahiran dan ilmunya telah dicurahkan dalam program FI$H agar orang lain boleh berjaya seperti dirinya.

Tak kisah anda seorang yang buta internet, tak pernah hasilkan pendapatan sampingan ataupun memang seorang yang dah berjaya pun (ada duit banyak), program ini memang untuk anda.

“Saya akan pastikan anda mendapat semua ilmu dan tool yang diperlukan, tidak kira pengalaman yang anda ada sekarang”- Zamri Nanyan

Perbezaan harga

Jutawan App berharga RM390.Mahal untuk mereka yang pokai dan kesuntukan duit.Dalam masa yang sama mereka sangat mahu kerana Jutawan App seolah-olah penyelesaian kepada masalah kewangan.

WAJIB BACA :   Kerja Sambilan Di Rumah 2017 Versi Kemaskini

Formula FISH pula berharga RM350.Saya kira masih mahal namun dilengkapi pakej dan modul membuat duit secara komphrensif.Perlukan masa untuk belajar dan mendalami supaya dapat pendapatan pasif seumur hidup.

Kelebihan Jutawan App dan Program FI$H

Kedua-duanya boleh menjana duit secara pasif dan berterusan.Dengan syarat  cara yang betul.Dalam masa yang sama peserta tidak perlu mahir bahagian teknikal.Kemahiran yang diperlukan ialah pemasaran.

Kelemahan Jutawan App dan Program FI$H

Secara dasarnya perlukan modal berbayar.Tak ada modal tak dapat nak beli.Jadi tukang tengok dan tukang angguk.

Proses untuk mendapat kembali modal perlu membuat promosi dan merancang strategi untuk mendapatkan pembeli.

Tak dapat jual maka tak dapat duit.Mudah tak kalau nak jual.

Saya tak pasti dan saya tahu agak mencabar.Dalam dunia pemasaran bukan fokus kepada jualan.Fokus kepada promosi.

Bila orang dah tahu makan proses penjualan akan berlaku.Ketika ini pembaca akan tahu susah atau senang menjual program FI$H dan Jutawan App.

Pesanan saya untuk anda

Tiada jalan mudah untuk berjaya.Semuanya perlukan usaha yang konsiten dan ngak kenal putus asa.

Mungkin pembaca dah terbeli Jutawan App maka saya tak boleh kata apa-apa.Seeloknya buatlah apa yang telah disaran dalam website.

Nak menyesalpun  tak guna.Bukan nak cakap besar juga.Kos yang telah anda keluar itu masih rendah kalau dibanding dengan tauke kedai makan.

WAJIB BACA :   Talian Celcom Ada Gangguan Perkhidmatan

Kepada yang belum beli mungkin boleh menarik nafas lega.Namun saya pesan betul-betul.Lain kali periksa betul-betul dan cari informasi sebanyak yang mungkin terhadap program yang dijalankan.

Begitu juga dengan program FI$H.Secara teorinya memang mudah.Namun jangan dipandang mudah kerana pendapatan dari program FI$H adalah jangka panjang.

Siapa yang dah mendaftar teruskan niat untuk berguru dengan Sifu Zamri Nanyan.Tak rugi biarpun telah mengeluarkan sedikit duit [bagi saya besar tu]

Kini terpulang kepada anda untuk pilih yang mana satu idaman kalbu.Nak pilih dua-dua pun boleh seperti orang yang berpoligami.

Apa yang perlu saya lakukan untuk berjaya dalam bidang ini

Teruskan belajar.Jangan berhenti belajar dan jangan berhenti membuat promosi.

Saya galakkan anda membaca konten Betulkah Jutawan App Buat Duit.Itupun kalau belum.Jika sudah baguslah.Sekurang-kurangnya tahu konsep dan asas benda ini semua.

Jika tidak berminat dengan Jutawan App boleh cari alternatif buat duit dengan membaca konten Belajar Formula Income Seumur Hidup

Yang ini saya sarankan kerana lebih dipercayai dan diyakini.Bukan bermaksud berat sebelah kerana duit anda maka anda berhak untuk buat yang disukai.

Dah dapat idea tak ?

Idea apa pulak nie.

Yalah.

Idea tentang perbezaan Jutawan App dengan Program FI$H.Bahagian ini saya akan kemaskini lagi selepas ini,

Oleh itu jemput bagi komen dan komen terbaik saya postkan dalam blog  nanti.

Cuma tak janji.Kalau rajin dan tengok keadaan juga.

Apa macam ok tak?

Sebelum itu saya nak minta tolong rakan pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan dan ingatan tulus ikhas kepada saya.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

25 thoughts on “Perbezaan Jutawan App Dengan Program FI$H”

  1. Banyak sekarang cara utk cari duit poket atau tambah pendapatan. Cuma kena pandailah jgn sampai tertipu. Actually, first time dengar program app nih. Ilmu baru ni

    Reply
    • Kisah mohd Afiq agak megejutkan apabila Jutawan App dikatakan scammer.

      Saya tiada info tepat dan terpaksa berdasarakan testimoni para pembeli yang sudah terjebak

      Reply
  2. Thank you for the information! Sangat membantu bagi mereka yang mau belajar mengenai mnjana pndapatan melalui online!

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge