Taman Tumbina Bintulu terletak di dalam bandar. Sudah tentu untuk ke sana cukup mudah dan senang sahaja.
Kemasukan ke Taman Tumbina percuma dan waktu operasi pula setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang.
Alamat:
Taman Tumbina Bintulu Development Authority
P.O.Box 55,
97007 Bintulu, Sarawak,
Biarpun kehadiran saya ke bandar Bintulu bukan pertama kali tetapi lawatan ke Taman Tumbina ini merupakan julung kali.
Saya bersama dua anak dan seorang isteri tercegat di pintu masuk sekitar jam 10 pagi.
Suasana pagi sudah terasa hangat namun agak berangin. Rasa teruja dan seronok menyapa kehadiran kami ke sini.
Tanpa banyak bicara saya belanja beberapa siri gambar untuk menerangkan keadaan di sana.
Ambil kata pepatah orang dulu-dulu. Sebuah lukisan mampu menterjemah seribu perkataan.
Saya akui tak begitu pandai untuk berceloteh panjang seperti sebelumnya dalam bab menceritakan hal-hal begini
Jom layan lawatan kami sekeluarga di Taman Tumbina Bintulu
Ada banyak lagi binatang tapi malas pulak nak ambik gambar. Mungkin ambik gambar menggunakan telefon kurang ‘feel’ berbanding kamera sebenar.
Apa-apapun itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Banyak kekurangan dan itu yang termampu.
Jumpa lagi
waaah cantik2 anak Abang, istri pun manis sangat ☺️.
Sarawak dan Sabah ini masih masuk bucket list saya. ntahlah bisa datang tahun depan atau harus tahun depannya lagi. yg pasti akan saya visit nanti. bagus2 tempat wisata di sana kan 👍👍
Terima kasih Fanny.
Kalau melawat Sarawak, wajib singgah di Kuching dulu sebelum ke tempat lain..
Kuching ibu negeri dan lebih maju hehehehe
Nampak macam abang dan adik je dalam foto dengan anak tu
~uncle gedek! recently posted…November 3, 2024
alhamdulillah…usia belum makan saya lagi kot.
mungkin saya saiz mini je orangnya
seperti kebun binatang ya
Boleh juga dikatakan begitu
Landak kalau cerita kartun akan melepaskan durinya jika terancam. Rupanya hanya kartun. Landak tak boleh lepaskan duri dia. Rasanya baru first time tengok keluarga. Moga bahagia selalu.
Memang itu soalan saya nak tanya dengan penjaga ketika itu tapi tak jadi..
sebetulnya sangat jarang saya cerita keluarga dalam blog…memang ada boleh dikira.
terima kasih atas doanya
Belum sampai lagi kat Bintulu. Biasa ke Kuching je.
Kalau ada masa dan kesempatan pergilah Bintulu dan Miri atau Sibu
tiada bosan meski itu kunjungan berulang bila bersama keluarga, rasanya selalu gembira
Ya betul…kalau bersama kelaurga memang tidak bosan
Bila saya ke Bintulu nanti boleh la lawat ke situ. Terima kasih kongsi ..
In shaa Allah tuan.
tempat yang mudah untuk dikunjungi dalam bandar jer
Ah…betapa senang dan bahagiannya Mas dan istri dan anak-anak berkunjung ke Taman Tumbina. Selain suasana di tamannya yang mengasyikan juga berkumpul bersama seluruh anggota keluarga menambah kebahagiaan…
Banyak juga ikan koi disana Mas. Jadi ingat kalau sekitar tempat tinggal saya banyak yang melakukan usaha budi daya ikan koi, sampai dibuatkan patung ikan koi di Alun-alun Cisaat.
Turut senang dan berbahagia melihat keharmonisan keluarga Mas.
Salam,
Terima kasih mas atas doanya.
Ikan koi memang cantik-cantik tapi tidak boleh dimakan pulak hehehe
aku paling suka melihat kolam ikan koi, cantik sekali 😀
ikan juga cantik dengan warna-warni
kira dah macam mini zoo laa ya…
bla laa agaknya boleh smpi bintulu ni…
Boleh juga kata begitu..
sentiasalah berdoa untuk sampai ke Bintulu