Rahsia untuk jadi penulis hebat

 

Penulis hebat merupakan penghormatan tertinggi dalam bidang penulisan. Namun untuk menjadi penulis hebat bukan perkara mudah sebagaimana kita minta bantuan kecerdasan buatan.

Menurut bos saya yang sudah berkecimpung dalam bidang penulisan selama empat dekad. penulis demikian lahir melalui dua tabiat yang mungkin ramai tidak sanggup melaluinya.

Penulis hebat

Tabiat tersebut ialah rakus membaca buku dan ghairah menulis sebanyak yang mampu.

Bukan itu sahaja, mereka wajib membaca pelbagai karya dan genre seperti buku terbaik, novel terbaik, cerpen terbaik dan puisi terbaik sekali pun.

Saya petik kata-kata bos saya seperti berikut

“Anda harus rakus membaca walaupun dicapkan sebagai gila buku atau kutu buku. Membaca sebanyak-banyaknya, menulis sebanyak-banyaknya akhirnya anda akan berjaya menjadi seorang penulis yang hebat,”

Apa manfaatnya kalau sudah menjadi penulis hebat.

WAJIB BACA :   Cerita Ada Makna

Saya menjawab persoalan tersebut dengan berkongsi pendapat  Mohammad Qayyum A. Badaruddin, seorang penulis buku dan penceramah yang cukup dikenali.

“Bagi saya, menulis medium menyebarkan ilmu dan inspirasi kepada masyarakat luas, menjangkaui sempadan dan negara”

Saya berharap sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis blog, buku atau apa-apa bidang penulisan faham dengan mesej  yang disampaikan.

Tiada jalan mudah atau tiada jalan pintas untuk  mencapai tahap tertinggi dan tahap terbaik dalam penulisan.

Mungkin menjadi penulis picisan atau penulis pojok juga melalui proses yang sama dan lama.

Cuma anugerah penulis hebat bukan kita sendiri yang gelar tetapi pengiktirafan daripada orang lain.

Jadilah penulis tanpa mengharap apa-apa gelaran, pujian atau pengiktirafan kerana keutamaan menulis adalah menyampai ilmu sebagai bentuk dakwah atau ibadah.

WAJIB BACA :   Tangisan gembira dan sebak di pagi raya puasa 2020

Wallahualam.

 

18 thoughts on “Rahsia untuk jadi penulis hebat”

  1. Saya suka paragraf terakhir ini Mas, “Jadilah penulis tanpa mengharap apa-apa gelaran, pujian atau pengiktirafan kerana keutamaan menulis adalah menyampai ilmu sebagai bentuk dakwah atau ibadah.”

    Memang untuk menjadi penulis diperlukan pembelajaran yang terus menerus, baik melalu banyak buku yang dibaca juga terus menerus menulis.

    Bagi saya, ah hanya menulis sekadar apa yang saya lihat saja dan berusaha terus menulis walau hanya disampaikan lewat blog saja.

    Salam,

    Reply
  2. berlatih dan terus berlatih..banyak membaca biar jadi penulis hebat..sedang saya sendiri tak sanggup hehe….menulis di blog untuk menyampaikan apa yg saya rasa saja.

    Reply
  3. banyak membaca buku juga bisa menambah pengetahuan ya pak, apalagi kalo genrenya sering berbeda misalnya buku fiksi, ilmiah dll

    Reply
  4. agree sangat dengan bos nya Abang. utk menjadi penulis hebat, pastilah dia pembaca buku yang sangat aktif. semua genre dibaca dan dilahap. lalu menulis sebanyak2nya. susah untuk konsisten dalam 2 hal itu.

    saya suka membaca, tapi pilih2. tak semua genre saya suka. menulis apalagi 😂😂. untuk tahap ini, cukuplah jadi pembaca dulu 🤭

    Reply
    • Alhamdulillah…boleh juga

      proses menjadi penulis hebat bukannya mudah

      banyak membaca dan banyak menulis..
      ada masa tak kita nak ini semua

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge