Tangisan gembira dan sebak di pagi raya puasa 2020

Hari Raya Puasa disambut satu Syawal.Satu hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia.

Menang kerana berjaya mengalahkan nafsu makan minum, nafsu tut.. dan perbuatan yang tidak elok semata-mata kerana takwa kepada Allah.

Pergh..mukadimah macam tazikrah pulak.Saya bukan ustaz dan ilmu pula tidak setanding mereka.

Tahun ini dan seperti tahun sebelumnya saya berhari raya tidak semeriah orang lain.

Orang lain punyai institusi keluarga.Mereka gembira, ceria dan bahagia bersama.

Saya macam biasa.Hidup sebatang kara ( sedih sangat pulak bunyinya) turut gagahkan diri untuk rasa gembira.

Hari raya buat apa nak sedih-sedih.Hari raya untuk kita bergembira kerana sambut kemenangan.

Seawal 4.00 pagi saya sudah persiapkan diri.Bangun seperti biasa untuk menjalankan rutin spiritual.

Jam enam pagi saya masak.Biarpun masak air, masak juga namanya.Saya menyediakan juadah untuk berhari raya untuk makan sorang-sorang jadilah.

Bersyukur sangat-sangat berbanding mereka yang kini mungkin tiada makanan untuk disediakan pagi raya.

Masuk sahaja jam tujuh pagi, saya sudah mempersiapkan diri untuk solat sunat aidilfitri.

WAJIB BACA :   Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak [edisi kemas kini]

Pakai baju baharu yang cantik dan terbaik.Bukan soal harga tetapi soal feeling.

Menjadi kelaziman jika mendapat sesuatu yang baharu lain macam sahaja feelingnya.

Betulkan kalau dapat kereta baharu, rumah baharu atau beristeri baharu.Yang ini abang-abang di luar sana jangan main-main.Sesekali hati isteri terluka jadi merana rumahtangga.

Sebelum ini umat Islam mengerjakan di masjid secara berjemaah besar-besaran.Lebih meriah dari solat fardu Jumaat.

Sebab solat ini disertai kaum hawa dan anak-anak.

Tahun 2020 suasana amat berlainan.Tiada Tarawih, tiada solat jumaat dan yang paling menyentuh perasaan tiada solat sunat Aidilfitri di masjid.

Kita perlu akur kepada PKPB untuk mengekang pandemik Covid-19.

Sebelum solat sunat Aidilfitri saya sempat selfie dan panggilan video dengan anak-anak. ( baru sedar saya seorang ayah rupanya).

Sambil bertanya khabar dan mengucapkan selamat hari raya buat mereka.Sedih juga rasanya sebab bukan bersemuka.Tiada real feeling.

WAJIB BACA :   3 punca penyakit buah pinggang…nak selamat wajib baca info ini !

Cuma teknologi mendekatkan orang jauh dan orang dekat dijauhkan oleh teknologi.

Zaman now kan.Semua orang faham dah.

Selesai online bersama mereka, saya memulakan amalan sunat aidilfitri.Saya laungkan takbir raya sorang-sorang.

Saat ini saya tidak tahan lagi.Saya menangis betul-betul.Hati sangat sayu dan sebak.

Saya merasakan betapa besarnya kekuasaan Allah dan betapa kerdilnya saya di sisiNya.

Takbir raya tidak mampu saya teruskan.Saya teresak-esak menangis.Nasib baik ada tisu yang sudah stanbye awal.

Air mata laju jer mengalir.Deras dan menitik membasahi baju raya.Bukan itu sahaja, hingus juga keluar menumpang sekaki.Itu gunanya ada tisu.Jadi tak lah kena lap dengan baju raya.Bijak tak teknik tu.

Selama 30 minit juga saya menenangkan jiwa dan perasaan.Dahlah belum ada isteri yang nak tolong pujuk jadi proses menenangkan diri ambik masa.

Kalaulah ada isteri yang kaki nangis, mahu sejam juga prosesnya.Masing-masing nak pujuk siapakan.

Alhamdulillah setelah semuanya reda, saya berjaya menunaikan solat sunat Aidilfitri.Tiada khubah.Kalau ada pun siapa yang nak dengar.

WAJIB BACA :   Cabaran Kempiskan Perut Buncit Untuk Pikat Gadis Cun

Jadi saya gantikan dengan beberapa wirid dan doa yang panjang.

Setelah perut rasa berkeroncong baharulah saya beranjak dari sejadah.Patutlah kawan Youtuber Baring Supit suka mengusik saya dengan gelaran “Lelaki Pelumat Sejarah”.

Lucunya, sejadah yang saya guna belum lagi lumat-lumat.

Saya menghadap juadah raya dengan hati yang tenang.Sesekali terlintas juga dalam hati betapa seronoknya kalau makan berdua ke, makan beramai-ramai semasa Hari Raya begini.

Akhirnya saya lenyapkan lintasan fikiran tersebut.Buat apa nak fikiran benda yang belum ada sedang benda yang sudah ada tidak dinikmati.

Hidangan itulah yang saya maksudnya.

Saya wajib bersyukur dengan juadah yang saya sediakan.Rezeki yang Allah titipkan untuk dinikmati pagi tersebut.

Memang tidak sesedap lauk orang lain tetapi ada untuk mengalas perut pada pagi raya puasa yang penuh berkat dan bahagia.

Kisah pagi raya saya noktahkan.

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin, Minal aidin wal faidzin.

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge