Ketika Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

Ketika cinta bertepuk sebelah tangan pastinya hidup ini umpama lagu tanpa irama.Hilang seri dan seni dalam mewarnai realiti.

Cinta adalah anugerah Allah.Manusia sendiri tidak berupaya menghadir, menolak dan menghalang dari cinta itu terus mekar atau pudar.

Benarlah pendapat para bijaksana, cinta adalah takdir.Setiap takdir yang Allah kurniakan ini mempunyai tujuan berupa kebaikan dan hikmah tersendiri.

Yang pasti cinta berada pada dasar hati.Hanya Allah sahaja yang tahu.

Tapi awas ya.Cinta yang datang dari syaitan juga ada.Cinta yang bertopengkan nafsu semata-mata.Cinta ini menolak dan menjebak mangsa ke lembah dosa yang hina.

Cinta itu bagaikan satu misteri kehidupan dari zaman dulu sehingga hari kiamat nanti.

Cinta adalah kesukaan ramai.Tidak kira berapa usia, agama dan sempadan negara.

Benarkan begitu ?

Ya.

Sudah tentu cinta terlalu indah jika saling menyukai dan saling menyayangi.

Namun bagaimana pula dengan cinta tidak bersambut atau cinta bertepuk sebelah tangan.

Inilah persoalan hati dan bicara rasa yang dikupas oleh Ustaz Oemar Mita.

WAJIB BACA :   Indahnya Hidup Berkeluarga

Satu nama yang agak asing juga.Namun penyampaiannya yang bersahaja dan santai pasti mencuit hati kita untuk mendengarnya nanti.

Video tersebut berdurasi 1 jam 35 minit.Cukup lama tetapi tidak terasa lamanya.Sebabnya best dan menghiburkan.

Mungkin ada yang tiada kesempatan masa untuk menonton video itu nanti, saya sertakan sedutan bahagian penting.Pautan video saya letak pada penghujung artikel ini.

Bahagian yang amat diperlukan ketika cinta bertepuk sebelah tangan melanda pria atau wanita yang kurang bernasib baik.

Kesian nyer huhuhu.

Jatuh cinta pada orang yang salah bukan salah kita.Itu adalah ujian dan takdir dalam menguji tahap keimanan dan keyakinan kita terhadap si pemilik cinta sebenar yakni Allah.

Ayuh kita lihat cara untuk merawat hati golongan yang bertepuk sebelah tangan nie.

1.Hentikan terus informasi tentang dia

Jangan menoleh belakang lagi.Sekat segala informasi di semua media sosial.Tutup ruang dan peluang untuk mengintai semula perasaan tersebut.

WAJIB BACA :   Bakso Sarawak Menu Terbaik Untuk Berbuka Puasa

Tindakan nekad dan tegas ini memang menyakitkan pada permulaan.Percayalah selepas beberapa waktu nanti kemanisan akan terasa juga.

2.Ingat keburukan dia sedalam-dalamnya

Semasa hati tengah dibuai cinta, segala keburukan orang dipuja tidak kelihatan.Semuanya seperti sempurna.

Ayuh kawan, jangan lena terlalu lama.Orang yang kita cintai tiada hati untuk kita maka jangan buang masa.

Let go and move on.

Ingat sisi buruk dia.Besarkan keburukan yang dia ada untuk mengurangi perasaan kita terhadapnya.

Saranan ini bukan bermaksud untuk mengaibkan diri dia.Cukuplah diingatkan seorang diri dan jangan pula dicanang seluruh dunia.

3.Fikir akibat jika terus mencintai dia

Percayalah tidak semua yang kita ingini boleh kita perolehi.Semua ini bersebab dan beralasan.

Mencintai seseorang dan tidak bersambut bukan perkara luar biasa.Sudah lumrah dunia.Ada yang suka dan ada yang tidak suka.

WAJIB BACA :   Masakan Tanpa Minyak Guna Volten Air Fryer Memang Best Giler Tau !

Yang suka Alhamdulilllah.Yang tak suka kita blah…semudah itu gais !

Fikir dari sudut yang positif.Lihatlah betapa mulianya hati kita jika melepaskan seseorang yang bukan suka dengan kita.

Kita hormati keputusan dia.Kita tidak mungkin boleh memaksa soal hati.

Dengan melepaskan perasaan yang tidak berbalas akan mengundang peluang orang yang lebih baik hadir suatu hati nanti.

4.Doa mengubat hati yang lara

Sekali lagi guna senjata orang mukmin iaitu doa.Carilah waktu yang mustajab untuk berdoa untuk melegakan hati yang gundah gulana.

Cari waktu ketika bangun tengah malam, selepas solat fardu atau contohi sahaja cara Lelaki Pelumat Sejadah

Hanya kepada Allah sahaja kita berserah, pasrah dan bertawakal.Inshaa Allah saya yakin dan percaya soal hati yang remuk gara-gara cinta tidak berbalas akan sembuh.

Kalau bukan sehari dua mungkin berbulan-bulan.Sabar sahajalah.

Kesimpulan

Benar kata Ustaz Oemar Mita, cinta seorang lelaki terfokus pada wanita.

Sebaliknya cinta seorang wanita berbahagi kepada harta benda, anak-anak, perhiasan diri, pinggan mangkuk, pakaian, kasut, beg dan sila tambah sendiri.

Jom layan Youtube berikut :

https://www.youtube.com/watch?v=bgMSghwf29Q

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge