3 cara memikat hati perempuan

Segan pulak untuk saya mengupas topik cara memikat hati perempuan.Sebab saya bukan orang yang tepat untuk berbicara hal begini.

Apatah lagi saya bukan pakar dalam hubungan cinta antara lelaki dan perempuan.

Namun sebagai seorang penulis “rojak”, saya usahakan apa yang termampu untuk beri manfaat kepada mereka yang ingin bahagia ketika didampingi insan bergelar perempuan.

Bak kata kawan sebelah rumah, saya hanya mampu tengok dan mampu senyum tatkala perempuan cantik melintas di depan mata.

Realitinya mereka tak nampak pun kita kerana sifat dan tabiat lelaki hebat tidak suka penonjolan diri.

Lelaki hebat bertindak dan beraksi hanya pada masa yang sesuai.

Lelaki hebat lebih kepada praktikal dan kurang kepada teori.

Ringkasnya, more walk than talk.

Baiklah.

WAJIB BACA :   Tips hadapi kemelesetan ekonomi 2023

Saya terus kepada intipati perkongsian ini.

Cara memikat hati perempuan

cara memikat hati perempuan

1.Sering memuji dengan profesional

Perempuan suka diberi pujian.Setiap pujian jika kena pada masanya boleh terkesan pada perasaan mereka.

Jangan berhenti memuji.Dalam masa yang sama pujian biarlah bertempat dan relevan.

Terlebih puji tak menjadi.Pujian nanti jadi hambar dan tidak punyai erti.

Pujian yang profesional memberi impak yang besar kepada perasaan halus mereka.

Seni memuji ini perlu dilatih dan dipraktik selalu supaya ampuh dan berbisa.

2.Sentiasa mengulangi memori terindah

Jika perempuan suka candle light dinner, usahakan setiap bulan.Mereka akan rasa dihargai dan bahagia.

Jika perempuan suka diucapkan “ i sayang u “ setiap hari, mengapa tidak dijadikan rutin harian.Minda dan jiwa mereka boleh ditawan hanya dengan kata-kata yang berulang setiap masa.

WAJIB BACA :   Seminar Penulisan Melangkaui Kebiasaan bersama Shahren Yusri

Jika perempuan suka “dibanking duit untuk shopping” mengapa tidak dijadikan satu amalan wajib setiap bulan.Kecintaan perempuan kepada perhiasan dunia siapa yang boleh nafikan.

Ini semua contoh.Banyak lagi contoh lain dan cara untuk mengulangi memori terindah mereka.

Bagi mereka yang sudah berumahtangga, pelukan hangat dan erat sang suami setiap malam adalah dambaan sang isteri.

Maaf.Saya belum kahwin, jadi tak mahu ulas detail benda nie.hehehehe

3.Jadilah pendengar yang setia

Perempuan adalah insan yang perlu perhatian.Tarik perhatian mereka dengan suka mendengar luahan rasa dan keluhan hati.

Perlu ingat komunikasi yang berkesan ialah mendengar.Kemahiran mendengar wajar dikuasai lelaki.Teliti dan ambik berat setiap apa yang mereka katakan biarpun sekadar.

WAJIB BACA :   Rutin pagi yang menjadikan kita seorang pemenang [siri 2]

“ i see “

Jika nak lebih santai lagi cukup sudah untuk berkata.

“ kan”

Perhatian untuk perempuan bukan untuk mendengar sahaja.

Ada perkara lain seperti sudi menghulur bantuan ketika mereka dalam kesusahan.Bantuan tidak semestinya wang, kalau ada lagi baik.hehehe

Berilah nasihat yang bermanfaat. Berkongsilah ilmu untuk mereka,Ia merupakan timdakan maskulin seorang lelaki.

Semua ini menunjukkan effort kita sebagai lelaki yang prihatin kepada perempuan.Mana tahu boleh upgrade pulak jadi suami unggul.

Penutup

Perempuan yang saya maksudkan dalam artikel ini boleh jadi ibu, isteri, anak atau adik-beradik .

Sekiranya untuk bakal jodoh sangat dipersilakan.Namun jika untuk niat untuk test market atau sekadar bermain-main perasaan, lebih baik jangan.

Ilmu yang baik untuk tujuan yang baik juga.

Jika sebaliknya segeralah insaf kerana hidup ini terlalu singkat untuk leka dengan kemaksiatan kepada Allah SWT

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge