Lepaskan masa silam, dakaplah masa depan

Perkongsian kali ini berkaitan dengan masa silam dan masa depan. Serius, masa sangat berharga. Tidak terbayar dengan apa jua nilai.Masa adalah detik dan umpama nyawa bagi makhluk hidup.

Cuba lihat ayat al-Quran untuk surah al-Asr :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).

Saya akui sama seperti orang lain.Nikmat masa yang ada selalu disia-siakan begitu sahaja.

masa silam

Tentunya membuang masa untuk terus menerus memikirkan masa silam. Masa yang sudahpun berlalu itu sarat dengan pelbagai kenangan pahit dan perit.Masa silam tidak mampu diubah lagi.

Lain la kalau masa silam yang terindah dan best giler ever.

Memikirkan masa lalu yang penuh derita membuat hati kita mudah terusik dan teremosi. Minda mula menayangkan drama-drama sedih.Babak-babak cerita air mata.

WAJIB BACA :   Apa Yang Awek Nak Daripada Seorang Lelaki ?

Lebih menakutkan jika fikiran dan jasad turut sama berduka. Lama-kelamaan sistem imunisasi turun.

Mudah sakit dan akhirnya ….. ( sambung sendiri )

Saya selalu menulis mengenai kisah-kisah silam. Bukan bermakna saya obses dengan masa silam tetapi sekadar mencatat memori untuk kenangan terindah pada masa depan.

Saya bagi beberapa contoh masa silam yang tidak elok untuk dikenang terlalu lama.

Kisah kita gagal waktu cinta pertama.

Memang cinta yang pertama terlalu indah kononnya la. Hati kita tertarik dan terpesona. Cinta kita dengan sumpah setia. Ditambah lagi janji sehidup dan semati.

Tetapi sayangnya, pasangan yang saling mencintai dan menyayangi itu berakhir dengan jodoh orang lain. Benar kata orang sekarang, kita bercinta untuk jaga jodoh orang.

masa silam

Kita merana dan kecewa. Hati terus tertutup untuk menerima ketukan cinta baharu. Kita lalui hidup mendatang dengan warna suram.

Ini contoh kedua, kisah orang berumah tangga.

WAJIB BACA :   Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik

Jodoh sudah ada yakni ada ikatan pernikahan yang sah.Namun disangka panas ke petang tetapi hujan di tengah hari.Rupanya jodoh tidak berpanjangan.

Usia perkahwinan mereka mungkin setahun, lima tahun, berbelas tahun dan ada juga yang puluhan tahun.Namun kesudahannya berpisah dengan alasan yang susah diterima akal.

Lantas masing-masing membawa haluan sendiri.Mereka serik dan menutup peluang untuk kali kedua dalam membina kehidupan semula.

Ini contoh terakhir berkenaan trauma dengan kegagalan dalam bisnes.

Kesan gagal bisnes menyebabkan hidup kita dari selesa menjadi derita.Hutang keliling pinggang dan apa yang ada sebelumnya sudah tiada.

Minda mula terarah untuk tidak mencuba lagi.Mencari jalan selamat dan meletak diri semula di zon selesa.Kita akhirnya tewas dalam mengupas dan menggali potensi diri sendiri.Sepatutnya boleh bergerak jauh tetapi sayang dihadkan oleh bayangan silam.

masa silam

Nampak tak bagaimana dahsyatnya kesan jika masa silam yang suram itu terus didakap erat dan dipeluk kuat.

WAJIB BACA :   Ahli Siber Sukses jadi pelajar cemerlang SPM 2020

Apalah gunanya terus menerus mendakap kisah silam sedangkan kisah masa depan bakal menjadi cerita jauh lebih baik dan menarik.

Pesanan saya untuk diri sendiri.

Jom kita mulai langkah pertama dengan lepaskan masa silam, dakaplah masa depan.Bukalah hati dan bukalah minda perlahan-lahan.Cari semula apa yang telah hilang.Bina semula sesuatu yang tiada.

Patah tumbuh hilang berganti sebagaimana pesan nenek saya dulu.Percayalah satu pintu sudah tertutup akan terbuka 10 pintu yang lain.

Bagi mereka yang tersungkur ayuh bangun semula.

Bagi mereka yang terjatuh ayuh bangkit semula.

Bagi mereka yang tersesat ayuh ke pangkal jalan.

Masa terlalu singkat untuk kita terus menerus dengan hidup dalam kenangan silam yang menyesak jiwa.Yakinlah masa depan menanti kita dengan keindahan, kebahagiaan dan kejayaan.

Ok cukup perkongsian kali ini.

Sekiranya menarik boleh sahaja dikongsikan artikel ini dengan orang lain pula.

Semoga  bermanfaat.

Baca juga :

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge