Hilangkan rasa kecintaan dunia

Apabila menyebut ‘rasa’ merujuk kepada hati.Ini soal hati.Satu persoalan yang rumit jika dirungkai dengan ilmu yang dangkal dan cetek.

Saya tidak merujuk kepada pembaca.Sayalah orangnya tu.

Seusai solat fardu Subuh pagi ini, saya duduk sejenak.

Terlintas dalam hati.

geralt / Pixabay

“Darjat dan mulianya seseorang diangkat kerana ilmu yang hebat dan bermanfaat”

Timbul soalan dalam diri.

“Adakah saya tergolong sebagai orang tidak berilmu ?”

Otak rasa kosong.Minda rasa tiada apa-apa.Pendek kata, rasa tiada apa-apa yang boleh saya bagi manfaat kepada orang lain.

Saya biarkan bisikan tersebut.Rasa tak nak layan sebab saya tidak tahu apa jawapan yang sebaiknya.

Izinkan saya flashback atau undur masa.

Saya pernah berkata kepada diri sendiri pada tahun 2010 dahulu.Sekarang sudah masuk 10 tahun peristiwa ini berlalu.

Saya ingat sebab saya kata dalam hati.Saya dengar dan saya rasakan sendiri.

Pada masa itu saya nekad berhenti kerja kerana ingin menjadi usahawan sepenuh masa.

Dengan berbekalkan sedikit modal tunai dan sedikit teori ilmu, saya beranikan diri.

Terjun ke dunia niaga yang masak dengan sepak terajang.Itu kata mereka.

Saya sendiri belum tahu.Tentulah nak rasa bagaimana kena sepak terajang dunia niaga.

Ketika mengambil keputusan tersebut, terdetik dalam hati.

“Bagaimana kalau tindakan saya ini tidak berjaya?”

Saya terus bermonolog.

“ Apa nak takut, Allah dan Rasullullah pasti ada.”

Inilah kata-kata keramat sehingga sekarang saya pegang.

Sampaikan baru-baru ini saya sembang dengan seseorang.Beliau bukan kaleng-kaleng.Sudah memilliki apa yang dibutuhkan hampir semua orang.

Saya akui kepadanya saya tiada miliki apa-apa.Saya hanya ada Allah dan Rasulullah.

Kepada Allah saya beristighfar.Kepada Allah saya mohon berselawat untuk Rasullullah.

Kita kembali untuk kisah flashback.

Pada masa itu timbul rasa berani.Nekad tanpa pedulikan apa-apa lagi.

Ditambah lagi dengan kata-kata motivasi yang terngiang ditelinga pada masa itu.

“Kalau betul-betul hendak berjaya mesti bakar jambatan dan musnahkan perahu supaya kita tidak kembali ke tempat asal.”

Inilah kejadiannya.

Alhamdulillah saya berjaya berhenti kerja makan gaji.

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un saya belum berjaya sebagai usahawan.

Itupun saya bersyukur kerana berjaya melepasi tempoh setahun sebagai usahawan sepenuh masa.

Saya berjaya menghabiskan duit simpanan, melepaskan kereta serta kehilangan keluarga yang saya cintai.

Kejayaan saya ialah menghilangkan apa yang saya nikmati ketika itu.Ia pun mengambil masa sedekad lamanya.

Kiranya lebih baik daripada orang lain yang mungkin hilang sekelip mata.

Ini satu ujian kehidupan yang pasti ramai tidak mahu dalam hidup mereka.

Mahu atau tidak mahu, perlu kena hadap kerana kehidupan mesti diteruskan.

Saya bersyukur kerana berjaya kembali ke tempat asal yakni bekerja makan gaji.

Biarpun ‘jambatan’ dan ‘perahu’ yang lama sudah terbakar dan rosak binasa.

Baharu sekarang saya mula belajar sesuatu.Rupa-rupanya saya dilatih untuk menghilangkan rasa cinta dunia.

Setelah tiada baru sedar kehilangan tersebut.

Saya berusaha menikmati rasa bahagia kehidupan dengan melepaskan kecintaan dunia.

Saya menukar cara berfikir. Dulunya saya mengejar duit tetapi kini duit mengejar saya.

Dulu saya khayal dengan memburu kekayaan.

Namun sekarang saya bahagia kerana kekayaan memburu saya setiap masa dan ketika.

Kini saya menjemput reda Allah dengan meningkatkan rasa syukur, rasa bahagia dan rasa sayang untuk si dia.hehehehe

Ayat terakhir adalah iklan yang perlu diusahakan tanpa kenal erti apa itu putus asa dan tanpa akur apa itu mengalah.

Sesesungguhnya jika hati kita hanya ada Allah dan bukan dunia semata-mata maka titik pertemuan adalah ketenangan dan kebahagiaan hakiki.

Semoga bermanfaat.

6 thoughts on “Hilangkan rasa kecintaan dunia”

    • terima kasih tuan..

      saya rancang untuk tulis lebih pendek tetapi terlajak kepada hampir panjang.

      memang ada hasrat untuk menulis lebih panjang kerana di situ ada timbulnya kepuasan menulis

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: