Bakso Sarawak Menu Terbaik Untuk Berbuka Puasa

Bakso Sarawak merupakan menu istimewa untuk admin berbuka puasa pada hari pertama.Sungguh tidak disangka inilah rezeki yang tidak terlintas sama sekali dalam fikiran,Pemiliknya sudi sedekahkan sebungkus untuk admin.Syukur alhamdulillah.Moga rezekinya bertambah luas dan terus maju dalam perniagaan.Aamiin.

Untuk pengetahuan, pengusaha gerai Bazaar Ramadan Bakso Sarawak ini memiliki gerainya di Benteng 20.Pernah admin siarkan artikel bertajuk ” Tempat Makan Best Di Kuching Mestilah Benteng 20

Selain Bakso Sarawak, admin turut membeli Nasi Ayam Crispy.Harga dalam RM5 sebungkus.Nampaknya admin terpaksa mengalah dengan nafsu membeli.Sebab membeli seronok.Namun menjual lagi seronok.Lebih lebih lagi ketika sudah melihat keuntungan masuk dan terus masuk.

Oh ya.

Admin macam tak ingat pula.Admin bersahur dengan menu ringkas sahaja.Roti yang dicecah dengan kari ayam dalam tin.Macam biasalah kalau sudah hidup seorang  diri segalanya serba ringkas.Admin makan terus tanpa dipanaskan kerana tiada dapur.

Tak sanggup rasanya nak beli Penuhu Bunsen.Ingat lagi tak benda yang sangat femes dalam makmal sains masa sekolah dulu.

Jangan hairan.Admin belum beli pinggan.Sudu dan garfu besi pun belum terbeli.Jalan mudah guna sahaja sudu plastik yang dikitar semula serta lapik tisu bersama suratkhabar lama.Boleh dikatakan admin belajar untuk hidup dibawah paras keselesaan.

Apa orang kata, jangan hidup dalam comfort zone.

Mana tahu hasil penjimatan dengan cara hidup begini mengizinkan admin untuk menempah Pakej Fotografi Perkahwinan nanti.

hahahaha.

Jumpa lagi.

18 thoughts on “Bakso Sarawak Menu Terbaik Untuk Berbuka Puasa

  1. Sebenarnya baca ini sambil agak kesulitan memahami bahasa Malaysia…hehe. Tapi masih bisa menangkap poinnya apa terutama baksonya..hehe. Selamat menjalankan ibadah puasa…

  2. As salam. Sedihnya bersahur sorang2 dgn makanan ala kadar gitu. Teringat semasa menyewa sorang2 di Sabah dulu bersahur dgn nugget n air kopi je. huhuhuhu…sekitar 1998.

Leave a Comment

CommentLuv badge