Solat tarawih sangat dianjurkan kepada umat Islam.Sebab solat tarawih hanya sah dilakukan dalam bulan Ramadan sahaja.Dalam bulan lain orang tak buat.Sebab itu dianggap istimewa.Lebih istimewa lagi solat tarawih dilakukan secara berjemaah di musola,surau,masjid dan sebagainya dalam suasana penuh meriah.
Sungguhpun begitu tidak juga dilarang untuk mendirikan solat tarawih secara bersendirian.Tepuk dada tanya iman.
Admin bertuah kerana berkesempatan untuk mendirikan solat tarawih beberapa malam yang lepas.Malam tadi ada sedikit kelainan yang berlaku.
Tidak seperti kebiasaan, kehadiran admin di surau tersebut tidak langsung disedari.Biarpun admin sudah menjadi pengunjung tetap surau untuk solat Subuh dan Isyak sejak beberapa bulan yang lepas.
Sungguhpun begitu tidak pula terniat dalam hati admin pergi ke surau untuk perhatian manusia.Jauhkan sama sekali kerana perbuatan tersebut adalah riak.Kita beramal secara ikhlas.Orang tahu atau tidak tahu bukan persoalannya.
Apa yang admin risau.Satu sahaja.Adakah amalan kita diterima oleh Allah SWT atau tidak.Sewajarnya memang mengharapkan agar amalan kita diterima.Malah kita juga mengharapkan supaya dikurniakan rahmatNya.
Aamiin.
Berbalik pada cerita asal.Semasa solat tarawih admin perasan kelainan.Admin mudah sahaja ditegur beberapa jemaah.Seolah-olah admin orang penting dan hebat kepada mereka.Hakikatnya mereka jauh lebih hebat.Mereka jauh lebih penting.Hati admin dipaksa untuk belajar menjadi orang yang tawaduk dengan permainan dunia.
Rupanya ada perbezaan sebelum dan selepas dengan penampilan admin.
Sebelum.
Admin biasa mengenakan pakaian yang sangat dhaif.Baju lusuh dan seluar track yang sudah sedikit koyak.Dengan keadaan demikian memang admin sendiri pun tak sanggup melihat diri melalui cermin.Apatah lagi orang lain.Logik kan..
Selepas.
Admin mengenakan pakaian yang agak elok sedikit.Baju kemeja lengan pendek jenama biasa sahaja.Seluar pula jeans biru yang entah bila admin dapat dari pemberian orang.Alhamdulillah dengan sedikit penampilan begitu admin boleh menarik perhatian ramai orang pada malam solat tarawih.
Ini realiti.
Admin sudah lali dengan kehidupan yang susah.Biarlah orang tersalah sangka dengan admin seperti orang hidup susah.Yang penting mentaliti dan agenda admin sendiri untuk menjadi orang kaya. tidak pernah luntur dan goyah.
Penutup.
Semoga pembaca dapat sesuatu yang admin cuba sampaikan dalam perkongsian pada kali ini.Jika rasa nak kahwin selepas raya nanti boleh singgah sebentar untuk membaca artikel Pakej Fotografi Perkahwinan
Agaknya pandangan mereka pada baju yang lusuh dan baju yang nampak agak baru itu yang membezakan penerimaan, tapi usah risau pada pandangan manusia..pandangan Allah yang utama. Semoga dimurahkan rezeki mrhanafi 🙂
saya suka komen ini..
tak perlu risau dengan padangan manusia lebih-lebih lagi untuk aktiviti ibadah..
lain la untuk bisnes atau sebagai iman solat hehehehe
betu juga tu..
jangan dihairan dengan kepentingan manusia
mata dan telinga boleh menipu minda..
sebab itu takwa letak pada hati ..
in shaa Allah kita boleh jumpa kalau ada kesempatan waktu
rupanya begini ye penampilan boleh effect pd perhubungan
ya..
kalau kita bersama dengan orang yang tidak dikenali..
tetapi sesama geng tingkap..baju kelawar pun ok hahaha
Sebaiknya jaga penampilan diri ketika pergi ke surau/masjid dengan niat kita ingin bertemu Allah S.W.T…
Perlu lebih handsome dan smart berbanding semasa kita berjumpa manusia…
Sebab tu kita disunatkan memakai wangi-wangian…
Anuar recently posted…WW : Prinsip Jualan RM1 Juta Ringgit
pendapat ini saya setujui tuan..
cuma dalam kes saya…baju yang elok sangat terhad
dan yang paling utama juga penampilan baik meberi tanggapan yang baik kepada orang lain
Kadang2 kita dah biasa dgn pemakaian sendiri, smpai susah nk berubah kan.
Hamidah binti Ahmad yatim recently posted…7 Sebab Kenapa Badan Memerlukan Supplemen
hahahaha..
tulah.
perubahan perlukan masa juga
kelaziman manusia… mudah tertarik pd sesuatu yg janggal di matanya
lain kali saya nak pakai baju badut pulak hehehehe
Kadang penampilan pemakaian itu perlu juga di uruskan… ada orang kata.. kita menghadap sultan/raja pun kena berpakaian elok.. apatah lagi nak menghadap Allah .. ” tapi hakikatnya yang perlu dibersihkan dulu adalah hati.. Bukan kita memaksa diri kita utk berpakaian xelok.. tapi keterpaksaan… ” semoga setiap amalan baik kita diterima Allah .. Amin…
Selamat berpuasa….
ridhwan recently posted…Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Mesir Dan Jordan 2018/2019
kewajaran berpakaian kemas dan menarik sepatutnya digunakan untuk mengadap Illahi.
Namun kewajaran tersebut terpaksa disesuaikan mengikut kemampuan kerana Islam tetap kepada konsep tidak menyusahkan penganutnya