Berikut adalah pendapat seorang wakil takaful yang sah di Sarawak.Beliau sudah ada pertauliahan dari eTiQa Takaful Berhad.Kerjayanya sebagai wakil takaful adalah profesional bawah pemantauan pihak yang berkuasa dinegara ini.
Kesedaran terhadap kepentingan takaful semakin baik sejak akhir ini.Biarpun takaful selalu disamakan dengan bidang insuran.Perlu difahami bahawa ada perbezaan yang ketara di antara keduanya.
Takaful adalah produk patuh syariah dan antara instrument kewangan yang terbaik dalam melindungi para pencarum atau peserta takaful.
Konsep asas takaful untuk menjamin risiko para peserta dengan dana kewangan sekiranya berlaku musibah seperti sakit, kemalangan atau sudah menemui ajal.
Wang para peserta takaful akan dimasukan ke dalam dua dana yakni dana risiko peserta dan dana simpanan peserta.Maksudnya di sini wang para peserta akan diurus dan dikendalikan dengan bersistematik oleh operator takaful seperti Etiqa Takaful Berhad.
Seandainya peserta takaful tidak mengalami apa apa musibah, wang dalam dana simpanan akan dikembalikan kepada pemiliknya setelah tempoh matang.Jangan risau kerana bayaran tersebut akan disertakan dengan dividen dan keuntungan sekiranya ada.
Konsep takaful sangat mulia.Dalam takaful ada tabbaru iaitu derma kepada para peserta lain yang mengalami musibah melalui dana risiko peserta.Para pencarum membantu pencarum lain tanpa sedar. Ternyata konsep tabarru membentuk keikhlasan yang tinggi.
Persoalannya kini berapa ramai diantara kita yang sedar dan ada tanggugjawab untuk mencarum dalam takaful.
Sebab itu wakil takaful diperlukan untuk memberi pencerahan minda dan pendidikan tentang kesedaran takaful.Wakil takaful juga tidak boleh sesuka hati menyuruh bakal pelanggan mencarum takaful walaupun ia adalah keperluan sesama.Tahap kewangan dan kemampuan membayar sangat diambil kira.
Mungkin ada yang berminat namun tidak mampu.Ada juga yang mampu tetapi belum berminat pun tak boleh juga mencarum takaful. Takut dikhuatiri mencarum sebulan dua sahaja.
Sekali lagi wakil takaful main peranan untuk memberi kesedaran supaya golongan mampu berminat untuk menyertai plan takaful.Sudah pasti tugas ini bukan sesuatu yang mudah.
Pasti ada orang yang berminat dengan takaful dan mampu dalam kewangan.Orang begini kita tidak tahu dimana mereka berada kecuali wakil takaful mencari dan mencari.
Cabaran mencari pelanggan adalah makanan ruji seorang wakil takaful.Di sinilah letaknya kesungguhan dan kegigihan teruji seorang insan bergelar wakil takaful.
[Catatan Blogger]
Ada seorang wakil takaful yang boleh pembaca cari dan rujuk berkaitan takaful di Sarawak khasnya Kuching/Samarahan adalah Mohd Hanafi Abdullah.
Orangnya sangat peramah dan komited untuk membantu anda.Beliau boleh dihubungi melalui talian 019-8068007 atau Whatsapp 601134646975.
Sekian.Jumpa lagi.
Good Luck Bro…
Boleh ikut jejak langkah kejayaan bekas student saya Faizal Bin fauzi..
Kalau ada jumpa dia dekat mana-mana event Takaful, sampaikan salam saya …
Anuar recently posted…Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!
boleh tuan…no hal punya..
student tuan yang bernama Faizal memang terbaik