Ini kesan sebar berita palsu di media sosial…wajib tahu !

Penyebaran berita palsu di media sosial tidak boleh diambil ringan. Impaknya sangat besar dan memberi natijah negatif kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Jadi sebagai pengguna media sosial anda wajib cakna dan celik fakta tentang perkara tersebut. Walaupun kita tahu media sosial adalah platform untuk saling berkongsi dan berbagi. Biasalahkan segalanya sudah berada dalam telefon masing-masing.

Ayuh, kita selongkar apakah kesan sebar berita palsu di media sosial kepada si pelaku.

Tidak kira anda yang memulakan atau anda yang menyebarkan. Berita palsu atau maklumat tersebut walaupun bukan hasil ciptaan anda sendiri, berkongsi juga mempunyai liabiliti yang sama.

Berita palsu di media sosial

berita palsu di media sosial

Pertama, ia menjadi kesalahan bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta ini perlu ambil tahu. Jangan bila sudah terhantuk baru terngadah.

WAJIB BACA :   Anda dikesan sebagai kontak kasual tidak bergejala….apa perlu buat?

Sekiranya didapati bersalah anda akan disaman tidak lebih RM50 ribu atau dipenjara tidak lebih dari setahun ataupun kedua-duanya sekali.

Ya, jangan main-main dengan undang-undang negara.

Keduanya memberi kesan ketakutan pada masyarakat umum. Mereka boleh panik dan boleh berlaku kekecohan jika tidak dikawal dengan berkesan.

Sekiranya penyebar berita palsu di media sosial didapati bersalah maka anda akan dituduh bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh pelakunya dipenjarakan sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebab itulah sebelum anda ingin berkongsi berita yang pelik, lucu, panas atau kontroversi di media sosial wajar semak dulu kesahihannya.

Jika sangsi, lebih baik jangan sama sekali.

WAJIB BACA :   Cabaran pelik dikuarantin bersama wanita cantik

Baiklah bagaimana kalau anda tersebar berita palsu tanpa anda mengetahui fakta ini terlebih dahulu.

Saya memetik saranan salah seorang pengamal undang-undang iaitu Tuan Mahmud Jumaat

Beliau menyarankan anda untuk bertanggung jawab dengan apa yang telah dilakukan. Apabila dituduh di mahkamah atas kesalahan sebar berita palsu sila jangan lari.

Beri kerjasama sebaik mungkin dengan pihak terbabit. Dengan kerjasama tersebut anda akan dapat peluang untuk dijamin di Mahkamah dan peluang untuk membela diri.

Percayalah lebih baik mencegah daripada mengubati. Jangan sebar berita palsu di media sosial sama ada untuk suka-suka atau berniat sebaliknya.

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge