Cabaran pelik dikuarantin bersama wanita cantik

Saya teringat kisah awal tahun lepas. Pada masa itu pandemik Covid-19 belum lagi berleluasa di dunia apatah lagi di Malaysia.

Kebetulan saya menjadi tetamu jemputan dalam majlis perkahwinan orang ternama. Majlis bermula selepas Isyak.

Ketika waktu Maghrib, para tetamu berkesempatan untuk menunaikan solat di satu bilik yang sangat istimewa dalam rumah tersebut.

Ada seorang sahabat rapat berseloroh sambil mengusul cabaran kepada saya.

“ Hanafi, kalau kamu diletakkan dalam bilik ini selama setahun, sanggup ke?

Bilik tersebut merupakan perpustakaan mini milik tuan rumah. Dianggarkan lebih 11 ribu judul buku pelbagai genre. Buku-buku ini hasil koleksi beliau selama lebih 40 tahun .

Saya tersenyum dan membalas secara berseloroh juga.

“Sudah tentu saya sanggup dengan dua syarat berikut. Ada talian internet yang lengkap dengan segala gajet. Ada perempuan cantik yang sanggup menemani saya siang dan malam ”

Sahabat saya hanya tersenyum. Saya pula ketawa terbahak-bahak kerana memikirkan cadangan dan syarat tersebut tiada siapa yang berani lakukan.

WAJIB BACA :   1 soalan amazing ...ada tablet yang bagus untuk kerja ?

Cerita genre lelucon itu tamat. Tidak perlu untuk dianggap serius kerana saya suka dengan gurauan yang kadangkala di luar kotak fikiran. Ingat fikir yang baik dan positif sahaja.

Pada hari ini baru saya faham. Cabaran kepada saya yang cuba diletakkan dalam satu bilik perpustakaan mini seumpama konsep kuarantin pada masa kini.

Ada yang dikuarantin di hospital, hotel dan rumah sendiri semasa pandemik Covid-19.

Semasa dikuarantin, proses isolasi atau pengasingan dilakukan sangat ketat. Tiada sesiapa yang dibenarkan berjumpa sesuka hati.

Tidak kira sesiapa pun mereka, baik keluarga terdekat atau orang dicintai. Ehem..

Sumber makanan disediakan. Pergerakan dibatasi. Pendek kata umpama seekor burung yang dikurung dalam sangkar.

WAJIB BACA :   Cara Blogger Mengurangkan Emosi Stress

Soal suka atau tidak, bukan persoalannya.

Bagi mereka yang kena kuarantin, anggap sahaja inilah rezeki untuk menyendiri. Peluang untuk bermuhasabah diri, berfikir tentang masa depan dan masa beribadah dengan lebih fokus.

Tidak semua ada peluang tersebut. Malah peluang ini wajar sungguh kalau kita tidak pilih. Sebab bila dikuarantin, segala kebebasan manusia sudah dkunci buat sementara. Manusia perlu bergerak, ke sana dan ke sini.

Ironinya manusia merupakan makhluk bersosial. Tidak mungkin boleh hidup bersendirian. Mungkin bersama kekasih hati, keluarga tersayang dan masyarakat sekitar.

Jadi, sekiranya tidak mahu kena kuarantin jangan dedahkan diri kepada bahaya Covid-19. Penjarakan fizikal, amalkan norma baharu seperti sanitasi tangan dan guna pelitup muka ketika berada di tempat ramai orang.

WAJIB BACA :   Fikirkan Kehidupan Ini Mudah Sebenarnya

Selain itu jaga kesihatan, tingkatkan imunisasi badan dan utamakan kebersihan dalam segenap aspek kehidupan sebagaimana agama Islam sudah ajarkan sejak 1400 ribu yang lampau.

Elak Covid-19, elak kuarantin akan membantu kurangkan beban barisan barisan hadapan.

Mereka juga ada keluarga dan orang tersayang sebagaimana kita.

Tiada istilah pentingkan diri sendiri kerana keingkaran kita akan menyusahkan orang lain.

Semoga ianya bermanfaat dan jomlah berjemaah untuk berkongsi artikel ini kepada mereka di luar sana.

3 thoughts on “Cabaran pelik dikuarantin bersama wanita cantik”

Leave a comment

CommentLuv badge