Nikmat shopping di supermarket Everwin Samarahan

Everwin Samarahan merupakan cawangan supermarket Everwin. Memang cukup terkenal kerana selalu menawarkan harga promosi yang murah lagi menjimatkan.

Jika ada promosi, maka inilah kesempatan yang  saya gunakan untuk berbelanja keperluan harian. Ya, barang berupa makanan dan produk hygiene.

Kisah pun bermula pada 25 Mac 2022…

Everwin Samarahan

Everwin Samarahan

Ini alamat dan lokasi Everwin Samaraham :  Di SINI

Jam 8.20 pagi saya sudah tiba di tempat letak kereta supermarket tersebut. Suasana pagi masih sejuk.

Ternyata masa operasi supermarket Everwin Samarahan amat menyenangkan…jam 8.20 pagi dah boleh masuk serbu hehehe

Rata-rata supermarket dibuka jam 9 pagi dan kebanyakkan 10 pagi ke atas.

WAJIB BACA :   Terbongkar Cara Sejukkan Bilik Tanpa Air Cond

Tanpa membuang masa, saya terus ambil troli kosong.

 Everwin Samarahan

Dulu orang kata, dengan RM50 boleh penuh satu troley.

Lepas ini kita tengok.

Berapa nilai wang yang boleh memenuhkan troley tersebut ?

Oleh kerana saya datang awal, jadi pelanggan belum ramai.

Pada waktu tersebut kebanyakkan orang sudah ke pejabat atau tempat kerja masing-masing.

Memandangkan saya ahli perniagaan netcommerce, sudah tentu masa bekerja saya amat berbeza dengan orang lain.

Saya ke hulu dan ke hilir berlarian anak dalam supermarket Everwin Samarahan.

Mata melilau mencari barang, tangan tangkas memasukkan barang dalam troley dan kaki pula pasang kekuda kerana menyorong troley yang rodanya sudah rosak.

Alhamdulillah troley penuh.

WAJIB BACA :   Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah Yang Awesome ( Edisi kemas kini )

 Everwin Samarahan

Kini masa untuk ke kaunter pembayaran.

Pada masa inilah ramai hati berdebar-debar dan jantung berdegup kencang.

Tetapi tidak kepada saya kerana sudah mengamalkan halia hitam sebagai suplimen tambahan. hehehe

Syukur alhamdulillah.

Jeng..jeng..jeng.

Masa yang dinantikan sudah tiba.

Barang yang dibeli sudah dikira sebanyak 38 jenis! Jumlahnya dalam RM230.20. Sungguh menjimatkan.

 

 Everwin Samarahan

Banyak ke sikit.

Tak banyak dan tak sikit.

Malah jumlah ini dikira berpatutan kerana kos hidup sekarang ini memang tinggi melangit. Mana ada barang yang murah sekarang ini.

Pendek kata, jumlah RM230.20 untuk satu troley adalah logik dan berbaloi.

Hampir semua orang suka shopping dan hanya sedikit sahaja yang suka menjadi pemilik premis shopping.

WAJIB BACA :   Rutin menulis setiap hari

Sebab nak jadi pemilik premis shopping perlu modal yang besar sehingga tidak ramai yang mampu berbuat demikian.

Bersyukurlah walaupun sekadar mampu shopping. Setuju tak shopping memiliki nikmat yang tersendiri.

 Everwin Samarahan

  • Kemas kini 17/5/22
  • Kemas kini 20/12/22

8 thoughts on “Nikmat shopping di supermarket Everwin Samarahan

  1. shopping ni satu terapi. bla tgk penuh troli adalah suatu kepuasan. standar laa harga sebegitu utk 1 troli. skrg serba serbi dah mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge