Rutin menulis setiap hari

Rutin adalah perkara yang menjadi kebiasaan setiap hari tanpa culas.

Ia melibatkan soal disiplin, konsisten dan fokus.

Mulai Ogos 2021, saya cuba dan berusaha untuk menulis secara rutin setiap hari.

Saya akan menulis perkara bersifat peribadi yang boleh menjadi tatapan umum, isu semasa yang menjadi manfaat semua dan urusan perniagaan yang menjadi nadi kejayaan.

Besar juga pengorbanan masa ini.

Ya, masa untuk rehat dan santai di media sosial akan dikorban.

Masa tidur dan masa offline mode tetap akan dipelihara.

Ia akan jadi ‘status quo’.

Apakah manfaat jika ada rutin menulis setiap hari ?

Sudah tentu momentum idea dan kemahiran menulis semakin baik.

WAJIB BACA :   Cabaran Segmen Ketiga Sukses 21 Hari

Selain itu surahan hati dan catatan peristiwa dapat diarkib secara digital. Boleh jadi rujukan dan panduan kemudian hari.

Saya juga berharap dengan menulis setiap hari sama ada cara santai, bersahaja dan serius boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan meluas.

Antaranya hebahan tentang halia hitam keluaran Volten International.

Cukup sekadar ini dulu.

Jumpa lagi dalam coretan yang selanjutnya.

Selamat maju jaya dan jagalah kesihatan mental, emosi dan fizikal istiqamah.

Ingat, kesihatan optimum adalah rezeki besar yang wajib disyukuri setiap hari.

Comments 12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge