Gua Pari-Pari di daerah Bau, Sarawak memang tidak asing bagi penduduk tempatan.
Alhamdulillah, pada 27 Mac 2022 yang lepas, saya dan famili berkesempatan untuk bertapa atau berlibur di gua yang terkenal dengan cerita mitos ( cerita bulak bah kata urang Sarawak )
Dikatakan pada zaman dahulu kala, berlaku kekejaman dan kezaliman oleh penduduk terhadap anak kecil dan anak yatim.
Lantaran tidak tahan dengan hal demikian, ‘penghuni’ Gua Pari-Pari telah menyumpah semua penduduk di situ menjadi batu dalam gua tersebut
Sehingga kini tiada bukti sahih berkenaan peristiwa tersebut.
Atas perasaan ingin tahu juga saya berasa teruja untuk ke tempat ini.
Gua Pari-Pari

Kami sekeluarga sampai di kawasan Gua Pari-Pari sekitar jam 9 pagi.
Pukul 9.18 pagi kami buat proses pendaftaran di kaunter.
Bayaran kemasukan cuma RM1 untuk orang dewasa manakala budak-budak bawah 18 tahun percuma sahaja.
Masa beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Hari Isnin tempat ini ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.
Antara syarat lain dikenakan untuk memasuki Gua Pari-Pari wajib memakai kasut.
Bagaimanapun kasut getah ada disediakan dengan kadar sewa RM3.00 sepasang.
Saya memang awal-awal lagi memang mahu menggunakan kasut getah tersebut.
Jadi, saya guna selipar sahaja dari rumah.
Mudah dan menyenangkan.
Setelah imbas Mysejahtera, tulis nama dan beli pas masuk, kami diberi penerangan ringkas oleh penjaga gua.

Eh bukan…kakitangan yang bertugas di Jabatan Perhutanan Sarawak
Kami diberi penerangan ‘do and dont’ ketika berada dalam gua.
Antaranya jangan membuat vandalism, ambil batu kapur, buang sampah, buat bising, merosakkan tumbuhan dan lain-lain.
Tak lama. Adalah dalam 10 minit.
Habis sahaja penerangan ringkas tersebut…
Apalagi kalau bukan memulakan aktiviti bertapa dalam gua.
Kami naik ke tempat peninjau. Ada tangga disediakan.
Saya tidak pasti berapa tingkat.
Ada dalam empat ke lima tingkat gitu.
Bagi saya, ia merupakan permulaan atau tangga warming up untuk meneruskan penjelajahan ke dalam gua yang cukup menarik ini.
Saya akan bercerita serba ringkas tentang perjalanan ke Gua Pari-Pari menggunakan gambar.
Tapi kalau guna kemahiran fotografi yng tinggi pasti hasilnya lebih mengkagumkn.
Boleh layan gambar dengan membaca caption yang telah disediakan.
Untuk pengetahuan semua, trail atau jejak dalam gua ini tidak la terlalu mencabar atau bahaya.
Ada dua bahagian trail.
Satu yang bercahaya dan satu lagi gelap gelita.
Dalam gelap perlu lampu picit atau guna sahaja lampu di telefon.
Pengalaman saya secara peribadi lebih baik guna lampu picit kerana lampu telefon tidak cukup power untuk memerangi kegelapan gua.
Selain trail simen, ada disediakan tangga untuk naik lokasi yang lebih tinggi.
Tangga diperbuat daripada aloi yang memenuhi ciri keselamatan yang tinggi.
Cabaran akan terasa ketika menaiki anak tangga.
Dengan ketinggian dan kecuraman gua, memang terasa gerun kalau terjatuh atau tergelincir.
Sebab itu wajib guna kasut yang kuat mencengkam permukaan batu atau trail yang disediakan.
Pakaian sukan amat digalakkan kerana hampir 70 peratus kita naik anak tangga dari tangga besar sehinggalah tangga yang kecil.
Suhu dalam gua pula memang panas dan terdapat bauan najis burung kelawar.
Saya pasti sesiapa yang sihat akan bermandi peluh bagaikan orang mandi sauna.
Sebab itu guna pakaian yang sesuai sama ada seluar atau baju.
Setelah sejam menjejaki trail, kami akhirnya sampai ke tempat yang kedua tinggi.
Ada lagi yang lebih tinggi tetapi tidak dibenarkan kecuali menggunakan guide.
Upah guide sekitar RM100 untuk satu grup.
Akhir kata, saya belanja gambar ekslusif ini untuk anda rasai sedikit pengalaman saya dan famili bertapa di Gua Pari-Pari.












- kemas kini 18/8/22
Wah seronoknya! Saya suka eksplorasi gua. Pernah ke Kuching, tapi tak sempat masuk gua. Kesuntukan masa, terus je ke Pasar Serikin. Nampaklah gua ni.
ya memang seronok….pergi ke tempat begini
selalu dgr gua niah je. menarik ni! tggu sy dtg ke sana laa heheh
Gua niah memang popular..
ini gua yang kecil sahaja.
tak apa janji menarik utk dilawati. byk benda dpt belajar
ya..betul…lawatan sambil belajar
Sepertinya seru sekali traveling dengan keluarga melihat gua.
Slaam untuk keluarga, ya, Bang
ya mas….memang best travel bersama keluarga