Kontak kasual tidak bergejala saya dapat semalam. Hari ini baru perasan.
Inilah kelebihan aplikasi Mysejahtera yang baharu. Kita boleh dikesan secara automatik dengan sistem Check in dan check out
Mungkin dari kedai berdekatan. Saya pun tidak pasti.
Table of Contents
Kontak kasual tidak bergejala
Jadi apa perlu buat ?
Bertenang. Tiada apa yang perlu dirisau.
Menurut sebuah portal ini
Individu yang berada dekat dan berkemungkinan terdedah kepada kes positif COVID-19 tanpa diketahui. Individu ini berisiko rendah untuk dijangkiti berbanding kontak rapat. Kontak kasual termasuk individu yang telah dikenal pasti mempunyai kontak dengan kes positif COVID-19 di tempat tertentu pada waktu yang sama dengan kes positif COVID-19 berdasarkan MySejahtera Check-in. Sekiranya anda diklasifikasikan sebagai kontak kasual, kemungkinan anda dijangkiti virus Covid-19 adalah rendah.
Anda tidak perlu menjalani ujian PCR jika tidak mempunyai gejala, dan anda tidak perlu menjalani kuarantin.
Pantau kesihatan diri
Saya hanya perlu memantau kesihatan diri sendiri.
Kalau ada demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas maka saya perlu segera mendapat rawatan doktor.
Saya boleh bekerja seperti biasa namun perlu mematuhi SOP dengan ketat.
Cuma saya tidak pasti dapat atau tidak untuk masuk kedai atau mall.
Setakat ini belum cuba lagi. Kalau tidak dapat maknanya saya terpaksa mendapat sumber makanan secara tempahan dalam talian.
Hanya 10 hari
Saya faham situasi ini agak mencabar dan cabaran sebagai status kontak kasual tidak bergejala perlu dilalui selama 10 hari.
Mana tidaknya, hampir semua premis perniagaan mewajibkan kita perlu tunjuk Mysejahtera, sijil digital vaksin dan ambil suhu badan.
SOP ini tidak menyusahkan jika kita sedar kepentingan berbuat demikian.
Lagipun pandemik Covid-19 akan menjadi endemic. Mahu atau tidak kita semua akan hidup bersama virus ini sebagaimana virus selsema.
Saya bersyukur dan beruntung kerana kini menjadi pengamal suplimen VR4 dari Volten Internatinoal.
VR4 ini adalah halia hitam seratus peratus dengan ekstrak 10 nisbah 1. Bayangkan halia hitam seberat 10 kilogram diekstrak dengan mesin canggih menjadi 1 kilogram.
VR4
Tentulah khasiat dan manfaat berkali ganda untuk kita semua.
Sudah tentu fungsi halia hitam untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Bahkan tumbuhan ini perakui dalam pelbagai jurnal dan ribuan testimoni sebagai bahan terbaik untuk mengembalikan kesihatan secara holistik.
Tidak keterlaluan kalau saya kata, halia hitam wajib diamalkan oleh semua orang jika sayang kesihatan dan orang tersayang.
Kesihatan itu sangat mahal dan jika kurang sihat bertambah kali ganda kos untuk dapat sihat kembali.
Setuju kan..dengan pandangan saya ini.
Halia hitam
Itu sedikit sebanyak perkongsian saya tentang halia hitam.
Berbalik semula kepada kisah saya yang dikesan sebagai kontak kasual tidak bergejala.
Saya tidak merungut atau tidak risau sangat. Insha Allah semuanya tiada apa-apa.
Semua kejadian pasti ada hikmah yang tersendiri.
Hikmah yang berupa kebaikan dan manfaat baik secara langsung atau tidak.
Secara pintas lalu, kita semua berisiko dengan Covid-19 ini.
Menurut keadaan semasa, jumlah pesakit positif Covid sangat tinggi di Sarawak kini. Berita baiknya terdapat 99.9 peratus adalah stage 1 dan 2 sahaja.
Stage ini tidak bergejala dan sembuh dalam masa yang singkat juga.
Logiknya di sini vaksin memang diakui boleh bantu.
Berita baik sekarang ini, golongan remaja pula sudah diberi vaksin.
Mereka antara golongan yang berisiko kerana masih di bangku sekolah.
Pergaulan yang ramai dan bersosial memang sukar untuk dielakkan.
Persoalannya bagaimana dengan anak-anak kita yang masih di bawah umur 12 tahun.
Namun bagi mereka yang prihatin dan mampu boleh dapatkan produk Volten iaitu VR5. Suplimen ini antara paling sesuai untuk diamalkan oleh golongan kanak-kanak dan warga emas.
Maklumat lanjut boleh Whatsapp saya secara personal. In sha Allah saya boleh membantu menjawap pertanyaan anda dengan kadar segera.
Talian mesra Whatsapp
Kesimpulan
Kepada mereka yang sama macam saya yakni sudah dikesan sebagai kontak kasual tidak bergejala, jangan bimbang dan jangan fikir bukan-bukan.
Lalui sahaja hidup ini dengan cara SOP dan jaga kesihatan dengan makanan berkhasiat, bersenam dan ambil suplimen halia hitam
Sebaiknya produk dari Volten Internasional.
p/s : Jika pembaca ingin sentiasa mengikuti penulisan blog ini secara terkini, pantas dan ke depan jomlah bergabung di grup Whatsapp — >> mrhanafi dot com
Sebab itu aku lagi suka guna MySejahtera berbanding tulis buku.
saya suka tulis buku tuan…tapi nampak macam leceh .
last-last guna sahaja Mysejahtera
betul tu. perkara pertama ialah bertenang dulu . mama setuju!
dalam apa jua keadaan…bertenang itu sangat bagus.
sebab itu ramai yang kata..tenang is good
betul tu. perkara pertama ialah bertenang dulu . mama setuju 200%
Semoga semua baik-baik saja tuan dan jaga kesihatan ya..
alhmadulillah semuanya ok