Cara jaga bateri phone perlu bijak dan pintar. Jika tidak, cepat rosak. Percaya tak telefon adalah gajet terbaik dalam menjana wang dalam zaman muktahir ini. Malah ada orang kata, telefon adalah nyawa kedua. Fuh ! sampai begitu sekali.
Sebab itu telefon dan bateri perlu dijaga sebaik mungkin. Orang yang ada sikap begini akan dapat kepuasan dengan gajet yang mereka ada.
Jangan jadi orang yang guna phone tak sampai setahun dan terpaksa beli baharu.
Ini merupakan tindakan yang kurang baik kerana pelaburan duit tidak efisien.
Cuma dalam perniagaan ada baiknya juga kerana membantu peniaga telefon dapat jualan baharu.
Betul tak ?
Table of Contents
Cara jaga bateri phone
Berikut adalah informasi yang saya baru tau.
Sebelum ini tak tahu la pulak.
Saya baca dalam satu arttikel di portal Harian Post.
Cas ketika bateri 30 peratus
Sebelum ini saya suka cas phone sehingga ia padam sendiri. Selagi tak padam maka selagi itulah saya akan lenjan sampai puas.
Sikap ini yang tak baik dan jangan pulak dicontohi.
Rupa-rupanya ada cara jaga bateri phone supaya bateri lebih lama tempoh hayatnya.
Caranya cas ketika baki 30 peratus. Paling teruk sekali pun berbaki 20 peratus.
Telefon pintar kini semuanya menggunakan lithium-ion.
Kalau dulu perlu cas 8 jam sebelum digunakan.
Itulah zaman telefon Nokia 3310 yang banyak menyimpan memori dan kisah tersendiri.
Sekarang dah tak perlu.
Beli dan terus pakai.
Berhenti cas pada 90 peratus
Saya selalu cas telefon pada 100 peratus.
Malah baru-baru ini bateri phone saya telah kembang.
Langsung tak boleh pakai.
Sudah disemadi di pusara tanpa nisan.
Saya menyesal dan reda atas kejadian tersebut.
Setelah mengalami pengalaman ngeri ini, saya mula ubah tabiat.
Kalau nak cas, cukuplah sekitar 80 peratus ke 90 peratus sahaja.
Tak perlu nak tunjuk hero sangat sehingga 100 peratus.
Kalau mahu berjaya from Zero to Hero boleh buat bisnes Volten International.
Bateri ini ada kitaran hidupnya sendiri. Jika dicas sehingga 100 peratus maka kitaran hidupnya sudah dikira lengkap.
Cuba bayangkan setiap hari kita cas 100 peratus setiap hari sehingga 100 hari.
Anggap sahaja kitaran hayat bateri pula hanya 100 sahaja. Maknanya hayat bateri akan berakhir pada hari yang ke 101 hari.
Selepas itu prestasi bateri akan menurun dan tidak boleh digunakan lagi.
Kalau tidak pun bateri cepat habis dan kita terpaksa kerap cas semula.
Jangan guna telefon tengah cas
Dulu pernah tak dengar kes telefon meletop ketika digunakan dan semasa dicas.
Saya tidak ingat bila dan di mana. Cuma pengajaran yang boleh kita ambil ialah jangan guna phone ketika ia sedang dicas.
Selain berbahaya, ia juga memanaskan suhu bateri telefon. Bateri telefon yang terlalu panas akan rosak gajet tersebut.
Tabiat ini juga menyebabkan tempoh cas lebih lama dari biasa.
Guna charger yang berkualiti
Memang tidak wajar untuk cas telefon yang mahal tetapi mengunakan pengecas yang murah.
Sebaik-baiknya guna charger yang original. Charger original yang telah dipakejkan semasa pembelian telefon pintar anda.
Kalau dapat charger yang pantas maka itu yang terbaik kerana boleh jimat masa.
Cuma kalau dapat charger pengecas perlahan harap bersabar sahaja.
Apa yang cuba saya sampaikan di sini elak guna sebarangan charger yang kurang berkualiti dan tidak tahu asal usulnya.
Bateri telefon yang kita guna perlu dijaga sebaik mungkin agar dapat diguna dalam jangka masa yang panjang.
Buka casing waktu mengecas
Bunyinya macam leceh. Ya, memang leceh kalau nak cara bateri phone agar tahan lama.
Ada sebabnya kita berbuat demikian. Jika casing yang anda guna jenis yang merangkap haba, besar kemungkinan bateri phone cepat panas.
Jadi cara terbaik untuk dengan membuka casing waktu cas. Telefon kurang panas dan bateri boleh diguna lebih lama.
Penutup
Jadilah orang bijak dan pintar ketika mengecas telefon.
Orang bijak dan pintar boleh memanjangkan hayat telefon. Tiada cara lain selain cara jaga bateri phone yang telah saya kongsikan tadi.
p/s : Jika pembaca ingin sentiasa mengikuti penulisan blog saya secara terkini, pantas dan ke depan jomlah bergabung di grup Whatsapp mrhanafi dot com
Oh, rupanya cara saya cas phone selama salah rupanya..thanks tuan share ilmu baru
lebih baik segera issaf hahaha.
pintu taubat sentiasa terbuka.
saya gurau.
Serinya charge batt hp saat tersisa 5% 😀😀. Makax tak awet batt
kalau boleh jangan buat lagi..
cara ini membahayakan bateri hp tau
Walaupun dah tahu, tapi macam dah jadi habit bateri nak habis baru charge sampai 100%.
Handset sekarang belum sampai setahun dah rasa sangat bateri makin kurang.
salah satu faktor..cara kita cas bateri.
lebih-lebih lagi bateri telefon sekarang semua yang jenis detact dengan telefon terus
tq mr h atas perkongsian.. wa tukar layout blog ye. nice
sama-sama di mama pp..saya tukar untuk cari kelainan