Kisah makan roti arab goreng inti daging

Buat pertama kali dalam sejarah hidup saya berpeluang makan roti arab goreng.

Saya pilih inti daging. Nak pilih inti kambing sudah sold out la pulak…bukan rezeki pada hari tersebut.

Macam biasa sebagai orang single saya boleh makan apa yang ada.

Yang penting halal dan berkat. Selain itu ada terselit sumber protein, karbohidrat dan serat.

Berbalik kepada cerita roti arab goreng tadi. Saya beli di pasar malam Metrocity.

Roti arab goreng

Ketika meninjau persekitaran dengan mata melilau, tiba-tiba saya ternampak gerai makanan yang baharu.

Apabila didekati, kelihatan beberapa ketul roti yang dilabel sebagai Roti Arab.

Tanpa rasa was-was saya terus main telunjuk.

WAJIB BACA :   Kisah Cinta Yang Menyentuh Hati Wanita

“ Saya nak itu dik, sambil menunjuk roti arab goreng inti daging. Nak dua ketul “

Adik si penjual tersenyum mesra. Tangannya tangkas dan pantas memasuk dua ketul menu rare ini ke dalam bungkusan.

“ Berapa semua, RM4 ringgit ka”saja saya tanya untuk pengesahan

“ Ya..”, kata adik penjual dengan senyuman malu-malu kucing.

Melihat adik penjual yang agak pemalu, saya melupuskan rasa malu dia dengan berseloroh.

“ Mungkin lepas nie, saya boleh berbahasa Arab …”

Saya gelak dan adik penjual pun turut gelak sama. Kami gelak dengan keadaan terkawal.

Tidak lama selepas itu saya tinggalkan gerai tersebut tanpa menoleh ke belakang lagi.

WAJIB BACA :   Kisah penuh simbolik Mira dan Filzah

Kaki saya laju sahaja melangkah pulang ke tempat kediaman ‘mewah’.

Sampai di tempat tinggal, saya buka bungkusan.

roti arab goreng

roti arab goreng

Wah..roti arab yang begitu menyelerakan nafsu.

Macam sedap dan nyaman.

Dengan rasa bersyukur, saya terus menyuap ke mulut sendiri. Tak akan ke mulut isteri sebab masih single…

Teringat saya dengan ungkapan lawak jenaka di Tiktok.

“ Bapak orang nie, tak nak try ke ? “

Kita tinggalkan iklan tersebut.

Setelah hening seketika, rupanya saya telah menghabis dua ketul roti arab diam-diam.

Nak kata kenyang, tak juga. Alhamdulillah hilang rasa lapar itu memadai buat saya.

Saya percaya bisnes makanan jual roti arab ini boleh termasuk cara menjana pendapatan dari rumah.

WAJIB BACA :   Kisah Kaya Luwit Cari Duit Tambahan

Pasaran untuk makanan sangat luas kerana semua orang boleh makan.

Semoga bermanfaat.

roti arab goreng

p/s : Untuk mereka yang  mahu bisnes online dan berimpian untuk dapat kereta, rumah dan sebagainya secara percuma boleh baca artikel berikut —> RUMAH DAN KERETA PERCUMA DARI VOLTEN…BIAR BETUL ?

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge