Semenjak akhir ini saya banyak aktiviti lain selain berblogging. Atas sebab demikian saya semakin kurang dan jarang mengemaskini blog ini seperti dulu-dulu.
Namun saya bersyukur ada ruang dan peluang untuk terus berkongsi sesuatu tentang rezeki.
Berikut adalah kisah yang saya edit semula dari Group FB Tertutup iaitu Famili Affiliate Zuhairi Nopiah.
Untuk sertai group ini boleh selongkar link 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti.
Beginilah alkisahnya Mira dan Filzah
Ada seorang gadis ni pernah diuji dengan persahabatan semasa belajar di sebuah kolej.
Namanya Mira ( bukan Mira Filzah tau !)
Mira sangat rapat dengan kawannya, Filzah. Pergi kuliah bersama, makan bersama, berjalan pun sama-sama.
Sampai orang panggil diaorang ni kembar. Macam belangkas! ( nasib baik bukan sepasang kekasih)
Begitulah mereka. Sangat rapat, sampai mereka sama-sama berjaya dapat diploma.
Bila mereka sambung buat degree, mereka decide untuk duduk di rumah sewa yang sama bersama dengan beberapa orang kawan universiti.
Tak tahu mengapa, Mira dipulaukan oleh semua housemate. Yang paling sedih, Filzah pun turut sama pulaukan Mira.
Tiada sapa yang nak makan, borak-borak dan buat assignment dengan dia. Maka semua perkara dibuat sorang-sorang.
Sedih sangat katanya sebab Mira hilang kawan-kawan, termasuk kawan baiknya.
Beberapa bulan juga Mira tak boleh fokus dengan study sebab terlalu sedih. Mira asyik terfikir apa salah Mira sampai diperlakukan sebegitu rupa.
Akhirnya, keluarlah Mira dari rumah sewa tu dengan linangan air mata sebab tak sanggup dipulaukan lagi. Mira buat keputusan untuk pindah ke rumah baru.
Izin Allah, semua housemate baru Mira sangat baik. Mereka selalu teman Mira buat assignment, masak dan borak sama-sama.
Alhamdulillah, keputusan akademik Mira semakin baik lepas tu.
Mira semakin fokus dan seronok sangat sebab dapat 6 orang kawan baru yang baik-baik semuanya.
Dan akhirnya Mira grad dengan keputusan yang cemerlang.
Mira sangat syukur sebab Allah tarik seorang kawan baik, tapi Allah gantikan dengan 6 orang kawan-kawan yang lebih baik.
Ada masanya Allah tarik sesuatu rezeki untuk beri rezeki yang lebih besar.
Sepanjang ujian itu, bertabah dan yakinlah bahawa pasti ada sinar di hujung jalan jika kita sentiasa memilih jalan taqwa kepada Tuhan.
Kadang-kadang kita berdoa tapi kita tak nampak apakah doa kita akan dimakbulkan?
Sebenarnya, ada satu zikir yang digalakkan kita amalkan supaya Allah memberi kekuatan kepada kita dan mempercepatkan doa kita dimakbulkan.
Apakah zikir itu?
“YA ZAL JALALI WAL IKRAM”
Ya Zal Jalali Wal Ikram merupakan salah satu nama Allah yang terdapat di dalam Asmaul Husna yang membawa maksud “Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.”
Rasulullah SAW pernah mendengar seorang sahabat menyeru Allah dengan namaNya yang mulia ini.
Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doamu akan diterima. Pohonlah apa yang engkau ingini”
Maka inilah zikir yang patut menjadi zikir harian kita bermula daripada hari ini.
Jom beramal semoga kita dapat menikmati>>>>Rezeki mengalir tanpa henti <<<< ( Maklumat lanjut sila tekan link tersebut )
bagus perkongsian ini
terima kasih ..semoga ianya bemanfaat
tapi saya tertanya2, kenapa la agaknya kawan2 pulaukan Mira tu ya…hurmm
saya pun tidak pasti…orang yang buat cerita
saya cuma andaikan Mira terlalu cantik sehingga kawan yang lain rasa jeles
maka benarlah firman ini:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (apa-apa).” (Al Baqarah: 216)
ya…memang tepat sama sekali..
ada hikmahnya yang Allah tarbiahkan untuk kita
absolutely…
anies recently posted…NeilMed Sinus Rinse – produk best untuk penghidap resdung
alhamdulillah…
moga ianya menjadi pengajaran dan peringatan buta kita semua
dulu masa kerja pernah juga jadi kes gini. Tapi saya tak jadi Mira, saya jadi yang filzah tu.Bila ingat2 balik, Kesian kawan saya kena tinggal. Tapi nak buat cemana.. Saya masa tu baru umur 19. Ingat nak seronok ikut kawan je.. Hhahah
wow…teringat kisah lama ke..
moga ia jadi kenangan terindah jelah hahaha
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian kisah ini…
AisNy recently posted…Wordless : Subuh di surau office
ya..sama-sama.
Moga ianya bermanfaat
sabar itu indah.. tq mr h atas perkoongsian
sebab itu ada ayat dalam al-Quran sabar dan solat ditegaskan untuk dapat pertolongan Allah