Kisah Benar Lelaki Terdesak Bayar Zakat Fitrah

Kisah ini adalah kisah benar seorang lelaki terdesak untuk bayar zakat fitrah.Satu kisah yang berlaku pada bulan Ramadan kira kira 5 tahun dahulu.

Lelaki itu mempunyai 3 orang anak yang masih kecil.Anak paling bongsu berumur kurang dari setahun.

Isteri lelaki itu seorang penjawat awam peringkat rendah.Namun sangat beruntung kerana mempunyai banyak masa bersama kelurga dan anak anak.

Lelaki itu pernah bekerja di sebuah syarikat multinasional selama 10 tahun.Kehidupan mereka pada ketika itu agak selesa dan agak stabil dalam kewangan.

Duit zakat

Bagaimanapun lelaki itu memiliki jiwa keusahawanan.Setiap hari dia merasakan pekerjaan yang dlakukanya itu kurang seronok.Hatinya memberontak untuk mencari rezeki dalam bisnes.

Kebetulan pula bisnes yang diminati itu adalah bisnes networking.Pendedahan bisnes tersebut telah bermula semenjak lelaki itu berumur 20 tahun lagi.

Setelah menyertai bisnes networking dengan syarikat tempatan selama 6 bulan, lelaki itu nekad untuk berhenti kerja makan gaji.

Keputusannya nekad kerana lelaki itu yakin dengan simpanan tunai RM40K sebagai financial backup. Selain itu sudah mempunyai rumah sendiri dan kereta.

Namun kedua hartanya ini masih belum habis bayar.Masih panjang tempoh pembayarannya.Bermakna lelaki itu mengambil risiko jika perkara yang tidak diingini berlaku.

Jika bisnes kurang menjadi apa akan berlaku dengan duit RM40K,rumah dan keretanya.Biarlah pembaca yang menilai sendiri.

Seperti sudah dijangka, lelaki itu mengalami ujian yang gentir.Bisnes networkingnya kurang menjadi.Dalam erti kata yang lain GAGAL.

Lelaki itu sudah mencuba dan berusaha selama 2 tahun.Wang simpanannya habis,keretanya dah let go serta laptop kesayangannya juga kembali ke kedai (kena jual balik).

Kehidupan lelaki itu amat terhimpit dan terdesak.Tahap kewangan negatif  dan rumahtangga pula hampir musnah.

Ketika bulan Ramadan lelaki itu sudah buntu. Tiada wang dalam tangan dan terfikir cara untuk membayar zakat fitrah.

Timbul idea untuk menjual barang terpakai supaya ada wang tunai untuk membayar zakat fitrah tanpa meminjam sana sini.

Tanpa berfikir panjang lelaki itu menyelongkar stor dalam rumahnya.Terjumpa satu set spring original keretanya dahulu.

Ketika zaman berduit lelaki itu seorang yang boros.Hobinya suka modify kereta supaya nampak awseome dan gempak.Dulu keretanya lowered dengan spring sport.Memang rugged dan awek cantik asyik menjeling kereta tersebut. Maaf jeling pemandu la.

Berbalik kepada cerita tadi, lelaki itu mencari duit syiling di segenap pelosok dan penjuru rumah untuk dapatkan duit tambang bas.Dia terdesak untuk  menjual set spring kereta di kedai kereta potong.

Alhamdulillah terjumpa beberapa syiling dan duit ini cukup untuk tambang pergi sahaja.Alamak dalam hatinya,kalau tak dapat menjual barang nie maknanya jalan kaki la kalau nak balik rumah.

Jika menggunakan bas masanya dalam 40 minit. Mungkin berjalan kaki dalam 4 jam kot atau lebih.

Setibanya di kedai kereta potong,lelaki itu mencari tauke untuk menjual barang tersebut.Sebelum menjual lelaki itu menerangkan keadaan set spring kereta dengan terperinci,sungguh sunguh dan terpamer ciri ciri seorang penjual yang cemerlang.

Walau bagaimanapun tauke tersebut tidak berminat.Dengan egonya, dia memberi alasan hanya mahu menjual dan bukannya mahu membeli.

Lelaki itu tetap dengan pendirian untuk menjual set spring kereta tersebut.Lelaki itu memang seorang yang nekad.Tak dapat jual dengan tauke dia cuba jual dengan beberapa pekerja di situ.

Ketika menghampiri beberapa pekerja,hampir semua menggeleng kepala tanda tidak berminat.

Mungin pada pandangan mereka lelaki itu macam orang gila.Biasalah tempat tersebut tu tak jauh dari Hospital Mental.

Lelaki itu tiada pilihan.Dalam fikirannya cuma satu sahaja.Barang itu mesti dijual pada hari dan masa tu juga.

Entah secara tiba tiba ada seorang pekerja disitu memanggilnya.Dia berminat untuk membeli tanpa banyak soal.Mungkin kerana kasihan atau memang nakkan spring kereta tersebut.

Akhirnya spring kereta itu dijual dengan harga yang cukup untuk bayar zakat fitrah dan tambang bas pulang ke rumah.

Lelaki itu dapat satu pengajaran berguna.Keadaan yang terdesak ada hikmah untuk mengatasi perasaan berputus asa.

(nota blogger)

Siapa lelaki itu tidak penting.Sebaliknya kisah lelaki itu patut diambik iktibar bahawa tiada wang merupakan ujian yang dahsyat.

Lelaki itu masih ada lagi dan kini menjalani kehidupan yang biasa biasa walaupun peristiwa itu sudah berlaku 5 tahun dahulu.

Sehingga ke hari ini lelaki itu menyimpan memori jual barang kerana terdesak sebagai cabaran hidup untuk berjaya dalam kehidupan yang mendatang.

Sekiranya ada pembaca tidak mahu melalui hidup seperti lelaki itu buatlah tindakan bijak untuk mempunyai pendapatan pasif.

Ada pendapatan pasif maka ada sumber kewangan untuk menampung kos hidup.yang mendesak sekarang ini.

Tak la hidup melarat sebagaimana kehidupan lelaki itu.Pendapatan pasif antara yang terbaik untuk semua orang.Habis duit simpanan boleh diganti sekiranya ada pendapatan pasif

Berita baik untuk pembaca semua bahawa formula dan teknik untuk menjana pendapatan pasif ada didedah secara ekslusif dalam >>> [FI$H]

(Visited 147 times, 1 visits today)

8 thoughts on “Kisah Benar Lelaki Terdesak Bayar Zakat Fitrah

  1. sedih baca pengalaman lelaki tu. pada pendapat saya selagi boleh running bisnes tanpe perlu berhenti kerja, teruskan sahaja walaupun letih buat 2 perkara dalam satu masa. Sekurang-kurangnya ada backup kalau-kalau berlaku sessuatu yang tidak diingini

Leave a Comment

CommentLuv badge