Poco-Poco Marathon Samarahan 2024

Saya berkesempatan turun padang untuk menyertai Poco-Poco Marathon 2024Acara tersebut pada 3 Februari 2024 jam 7.30 pagi bersempena Karnival Usahawan Desa (KUD) 2024 di Halaman Samarahan.

Poco-poco adalah tarian yang cukup popular di Malaysia dan Indonesia.

Di Sarawak sendiri, tarian Poco-poco sudah sebati dengan sebarang keraian atau majlis yang menghiburkan sama seperti tarian nopeng atau bertandak.

Menurut penjelasan Wikipedia, tarian Poco-poco dilakukan secara beramai-ramai dengan dialunkan muzik yang rancak.

Ada negeri yang menfatwakan tarian Poco-poco sebagai haram kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Namun kebanyakan negeri masih membenarkan tarian poco-poco selagi tidak ada pergaulan bebas secara keterlaluan atau unsur-unsur keganasan.

WAJIB BACA :   Baju Raya Lelaki 2017 Yang Terakhir

Tapi pergaulan yang terhad masih boleh dibenarkan hehehehe.

Cuma bagi mereka yang berkopiah tidak digalakan kerana pemakaian kaum hawa semasa tarian poco-poco boleh menghilangkan pahala yang sedia ada (gurau)

Kita tinggalkan dulu perdebatan atau khilaf tersebut.

Saya akui cukup teruja dan terhibur mengikuti Poco-Poco Marathon Samarahan 2024.

Selain mengeluarkan peluh, saya dapat melupakan sementara segala permasalahan dunia yang tiada kesudahannya.

Selama sejam beraksi dengan gaya dan cara yang sumbang, saya perhatikan ramai peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia, kaum dan kasta cukup ceria dan gembira.

Seolah-olah dunia kita yang punya.

Apatah lagi dalam event tersebut para peserta mendapat baucer RM5 yang boleh cashout pada masa itu juga dan sebotol air minuman.

WAJIB BACA :   Jana Pendapatan Pasif Jadi Cabaran Blogger

Peserta juga dapat sijil penyertaan tanpa nama. Itu yang cukup istimewa juga.

Kalau tidak berada di lokasi sudah tentu tidak dapat sijil penyertaan tersebut kerana perlu imbas kod yang disediakan.

Untuk makluman semua, Poco-Poco Marathon Samarahan 2024 kali ini telah diiktiraf pecah rekod ‘Malaysia Book Of Record’ dengan penyertaan 3688 orang peserta.

Jadi kehadiran saya menyumbang sedikit jumlah tersebut.

Boleh juga jadi sejarah dalam hidup dan pada masa yang akan datang nak sumbang lagi dalam acara sedemikian rupa.

Kira-kira jam 9 pagi saya beredar dari event Poco-Poco Marathon 2024 dengan hati yang riang gembira, puas dan rasa mahu lagi.

Itu sahaja perkongsian kali ini

WAJIB BACA :   Kisah tersalah ambil telefon isteri dan roti cheese tak serupa jadi

Comments 30

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge