Kenali ciri-ciri pelaburan haram

Saya terpanggil untuk berkongsi info berkaitan ciri-ciri pelaburan haram. Mana tidaknya kerana hampir setiap hari kita didendangkan dengan berita mangsa yang terjerat pelaburan tersebut.

Kesian mangsa yang rugi ribuan ringgit dan ada juga jutaan ringgit lesap akibat terpesona dengan pelaburan yang indah khabar dari rupa.

Bagaimanakah keadaan mereka sekarang?

Mungkin ada yang menderita, trauma, kesal dan menyesal.

Namun bagaimana keadaan sang scammer ?

Mungkin mereka bersuka-ria dan gembira atas penderitaan oarang lain.

Saya tidak pasti perkembangan mereka yang menjadi mangsa?

Saya juga jarang dapat berita sang scammer dapat ditangkap, dihukum atau dipenjara.

Pelaburan haram seolah-olah menjadi normalisasi bahawa mangsa kena tipu manakala sang scammer terus berleluasa menipu mangsa.

WAJIB BACA :   Pengalaman guna telefon Oppo A5 2020

Ini semua salah siapa?

Bagi mereka yang belum terkena tolong ambil iktibar dan pengajaran dari kes mereka yang sudah terjebak.

Ambil tahu dan mari celik info seperti yang didedahkan dalam  poster yang saya kongsikan di bawah ini.

22 thoughts on “Kenali ciri-ciri pelaburan haram”

  1. Pernah la dimasukkan di dalam group di Telegram. Tau tau ada post kata bayar sekian sekian akan mendapat pulangan yang lumayan. Saya komen cakap hati-hati kalau tunjuk duit yang banyak2 ni. Lepas tu kena kick dari group tu. Haha.

    Sebenarnya ya kena berhati2. Kalau nak main saham pun kena masukkan ke dalam akaun company yang sepatutnya dan bukan orang perseorangan.
    Ezna recently posted…Merubah wajah blog dengan CanvaMy Profile

    Reply
  2. sediiih memang Krn masih banyaaak orang yg terkena scam seperti ini. trutama orang tua yg biasa tak paham investasi.

    padahal logikanya saja, investasi high return sudah pasti diikuti high risk.

    tapi para scammer itu enak saja ngomong investasi yg mereka tawarkan high return but very low risk. tak logic….

    kalo orang paham investasi, dia langsung tahu bahwa itu scam. 🙁

    di Indonesia pun banyaaak yg jadi korban bang 🙁 . trus banyak juga yg bawa embel2 syariah. seolah2 kalo dah pakai Kata2 syariah, dah confirm benar investasi nya. padahal sama sajaaaa. bodong, ga ada hasil. habis taro duit, kabur mereka.

    Reply
  3. masalahnya orang kita ni
    cepat sangat laa terpedaya…
    haihhh
    tak tahu dah nak cakap macam mana…
    tak sedar2 juga tu
    dah salah pun x nak mengaku terjebak

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge