Cut gula seminggu tapi bertahan 5 hari, inilah sebabnya…

Cut gula seminggu atau cut sugar diet untuk tujuh hari merupakan percubaan saya dalam projek sihat sepanjang hayat. Sebelum ini saya ada menjalani kajian peribadi tak makan nasi dalam satu perkongsian bertajuk Kesan 7 hari tak makan nasi.

Hasilnya kurang memberangsangkan tetapi saya bersyukur kerana berjaya bertahan selama tujuh hari.

Cut gula seminggu

Cut gula seminggu

Namun apabila melibatkan air bergula atau proses cut gula, saya cuma bertahan lima hari saja.

Air bergula yang biasa saya minum seperti air cokelat malt, kopi yang dicampur madu dan kadang-kadang makan aiskrim.

Sejujurnya saya sangat jarang menggunakan gula pasir atau gula putih sejak sekian lama. Stok 1kg gula yang ada di rumah sampai berbulan-bulan tidak habis.

WAJIB BACA :   Kenangan bersama buaya di Jong’s Crocodile Farm

Entah mengapa pada pagi Jumaat, saya ambil sarapan agak sedikit berbandinghari biasa.

Sebagai perkongsian, waktu sarapan saya sudah tetap dari jam 6.30 pagi sehingga 7.30 pagi sahaja.

Ketika jam 10.30 pagi, perut saya rasa sudah lapar. Badan menggigil dan sudah tidak keruan seperti cacing kepanasan.

Ketika itulah program cut gula seminggu saya terbatal kerana saya terus minum air cokelat malt dan belasah ais krim. Alhamdulillah badan saya kembali putih.

Saya layan kembali air yang manis sehari dua sebelum timbang berat badan.

Tibanya hari Ahad, proses timbang berat badan untuk saya tahu berapa keputusan yang saya dapat. Ternyata berat badan kekal. Tidak turun seperti yang dijangka.

WAJIB BACA :   Pengalaman gunting rambut semasa PKPP

Nampaknya program cut gula seminggu saya belum memberi impak yang mengembirakan.

Saya akan teruskan lagi tetapi tidak secara drastik sehingga membebankan diri. Buatlah berpada-pada dan nikmati waktu tersebut dengan berdamai dengan badan sendiri.

p/s: Kawan-kawan semua ada pengalaman tak mengenai cut gula ini?

Comments 22

  • dah lama cut gula di dalam minuman. Minum Nescafee dan fresh milk. Tapi masalahnya susah nak cut nasi dan gula dalam masakan.

  • kalau breakfast awal, kena ada healthy snacks before lunch…x pernah totally cut sugar, cuma reduce intake shj..

  • Badan pun turut terkejut kalau melakukan secara mendadak. Kena slowly….moga berjaya ya…
    Ezna recently posted…Penjara Wanita Kajang?My Profile

  • Cut gula tok nang susah. Kmk pun belum gik berjaya mok tinggalkan sugar tapi kmk cuba kurangkan minum air manis sekali sehari jak. Ya pun dietitian padah kenak minum sekali sebulan jak 😅

    • berat gilak mun sebulan sekali..

      tapi mun jenis aktif masih ok juak kalau setakat sehari ada dua tau sekali jak minum benda yang manis

  • Uncle tak pernah cut lagi….

  • Belum sampai nak cuba cut gula sebab duk amal kurang makan terutama nasi, bila kurang makan akan rasa nak minum manis jika tidak boleh pening kepala pula. Selain tu duk amal banyak berjalan untuk menjaga kesihatan.

  • Kmk tgh cut sugar nektok… minggu ke-3 dh xda minum air manis… mula-mula ngantokkkk yg amat… tp nektok ok sikit la… lupak ajak nak timbang

  • saya cut sugar. tp saya bawa santai bang. JD tak strict sangat. kalo biasanya saya minum kopi setiap hari, skr ini setiap 2 hari sekali saja.

    jadi di hari yg saya tidak minum kopi, air suam pasti banyak saya minum. tapi sehari2 saya memang minum air suam 2 liter .

    kalo tak tahaaan sangat nak manis, saya craving buah bang. bisa apel, atau semangka. tapi jangan durian yeees🤣
    🤣. selalunya keinginan minum manis JD hilang kalo dah craving buah.

    trus tiap pagi, saat perut kosong saya dah beberapa tahun minum kombucha atau cuka apel atau apple cider vinegar. brand yg saya pakai yg brand Bragg. di Malaysia ada.

    itu cukup 300ml air hangat, campur 1 sendok makan cuka apel. seriously ini sangaaaat mengontrol gula darah 👍👍. Abang bisa browsing manfaat dr minum cuka apel. banyak sangat

    dan walo perut kosong, tak buat gastric di saya. Krn kan ini diminum dengan tambahan air. cuma kalo tak suka saat perut kosong, boleh juga setelah makan.

    itu yg sudah saya lakukan beberapa tahun ini, saat pandemi lah mulai nya.

    • wah petua dan tip yang cukup lengkap dri fanny…

      terima kasih kerana sudai berkongsi

      sebaiknya jangan rigid atau ektrem dalam bab-bab begini

      sederhana itu lebih mulia

  • penah buat. tahan 2 mggu je… tp lps tu sy try kaedah 2x smggu je minum / mkn manis… contoh, sy dah mkn benda manis td. so tahan laa x mkn/minum benda manis smpi isnin depan. slbh nya mmg air mineral laa…alhamdulillah dpt laa krg kan rs craving tu…

  • Susah nak tinggal terus ni. Memang gigil. Gula kena ada juga. Takpe, slow² kurangkan. Lama-lama nanti biasalah.

  • Untung tidak suka gula, tapi masih tetap makan cuma dari buah-buahan saja.
    Sayang sekarang banyak jual minuman manis-manis di Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge