Tanda-tanda orang akan meninggal seminggu lagi

Tanda-tanda orang akan meninggal seminggu lagi

Tanda-tanda orang akan meninggal seminggu lagi tidak boleh diyakini sepenuh hati. Sebab masa,tempat dan cara kematian adalah rahsia Yang Maha Esa.

Tiada seorang pun boleh tahu melainkan Allah SWT tentang detik dan saat setepatnya masa kematian seseorang.

Yang pasti semua orang akan mati. Tidak boleh lari waima bersembunyi di tempat paling rahsia di muka bumi ini.

Bersedia atau tidak kita dengan saat kematian itu tepuk dada tanya iman sendiri. In shaa Allah, orang yang beriman, bertakwa dan beramal soleh akan mati dalam keadaan husnul khatimah. Aamiiin.

Doakan kita semua mati dalam keadaan demikian.

Perpindahan roh dari alam dunia nyata ke alam barzakh sudah pasti dilalui oleh kita semua. Sama ada dengan mudah atau payah, terpulang kepada rahmat Allah kepada hambaNya.

WAJIB BACA :   Habib Umar Hafiz hadir di Sarawak

Kita sebagai hambaNya hanya reda, pasrah dan bersangka baik sahaja.

Dari alam barzakh ke alam akhirat merupakan perjalanan yang sangat panjang. Tentu beruntung dan bertuah manusia beriman kerana sebelumnya mati ada bekalan pahala yang banyak atau sumber pahala yang berterusan.

Meski pun begitu kita wajib beriktikad bahawa masuk ke syurga bukan kerana amal semata-mata tetapi atas rahmat Illahi kepada hambaNya.

Amalan soleh mengundang rahmat Allah dan kufur ingkar menjauhi rahmat Illahi..Naubillah min zalik.

Berbalik kita kepada topik tanda-tanda orang akan meninggal seminggu lagi. Mungkin kurang seminggu atau sebulan atau lebih lama dari itu.

Tanda-tanda orang akan meninggal seminggu lagi

bebas kewangan

Kita sangkal dan pertikai bila saat kematian secara tepat tetapi kita andaikan serba kemungkinan tanda-tanda kematian secara saintifik.

WAJIB BACA :   Solat di 5 masjid dalam 5 waktu

Adalah lebih baik kita hadam dan fahamkan huraian oleh Dr Nordin dalam video berikut :

12 thoughts on “Tanda-tanda orang akan meninggal seminggu lagi”

  1. saya jadi ingat saat papa mertua seminggu sebelum meninggal memang lah ada tanda2. feeling saya pun dah tak sedap.

    yg paling bikin terasa, saat papa bangun dari tidur, lalu tangannya menggapai ke depan beberapa kali . trus ngomong ke suami saya, ‘itu ada eyang di depan. eyang jemput papa’

    saya dah pasrah lihat papa begitu. dan waktu itu papa mendadak agak sehat memang. Krn sebelumnya lemah sangat. tiba2 terbangun lalu bilang melihat eyang . trus ingat dengan saya. saya baru tahu itu namanya surge.

    malamnya papa kena serangan jantung, dan meninggal .

    saat mertua pun sama. cepat sangat, Krn covid. bedanya mama LGS koma, dan tak pernah sadar.

    apapun, video ini mengajarkan kita utk tetap ingat Allah, sehingga saat kematian menjemput , semoga saja dalam kondisi yg cepat dan beriman.

    Reply
  2. Baru baru ini mak telah disahkan menghidap cancer.. Allahu kami adik beradik mcm nak terjatuh dgr.. sihat walafiat tiba2 di usia 70 tahun disahkan menghidap cancer.. Dan keadaan mak lebih tertekan dan kemurungan.. Semoga baik baik sahaja semuanya amin..

    Reply
    • Saya bersimpati dengan keadaan emak tuan..

      tapi perlu ingat ini semua adalah ujian dan percaturan kehidupan
      kepada hambaNya daripada Allah SWT

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge