Jika faham maksud media sosial sudah tentu taubat tak layan berlebihan

maksud media sosial

Maksud media sosial seperti yang ditakrif oleh Wikipedia ialah media yang digunakan untuk bersosial secara dalam talian bagi berkongsi pelbagai cerita, informasi dan ilmu. Tanpa media sosial dunia umpama kaku seketika dan seolah-olah tidak bermaya lagi.

Kalau tidak percaya cuba tiadakan talian internet dan hentikan aliran elektrik dalam 24 jam.

Hebatkan penangan media sosial yang menghantui fikiran dan memviruskan telefon bimbit kita semua. Bermula dengan Youtube, Facebook, TikTok dan suku-sakat yang lainnya.

Media sosial ada manfaatnya. Lebih banyak manfaat kepada mereka yang bijak dan pandai menggunakannya. Kalau tidak masakan dengan media sosial jadi sumber pendapatan kepada influencer dan Youtuber.

WAJIB BACA :   Jom kekal sihat sepanjang hayat

Masalahnya sekarang ramai yang tak pandai mengawal diri sehingga leka dan alpa. Banyak masa digunakan untuk menghadap skrin telefon berbanding wajah ibu bapa, pasangan suami isteri, anak-anak dan ehem-ehem..saya tergurau la pulak.

Saya sudah padam akaun Facebook peribadi. Begitu juga dengan TikTok dan sudah membiarkan akaun Instagram, Telegram dan X berdebu malah bersarang dengan labah-labah.

Cuma media sosial yang berkaitan kerja rasmi saya terpaksa guna semasa bertugas.

Ketika ini saya dalam proses cuba menjauhkan dan membatasi masa melayan Shorts di Youtube serta Reels di Facebook.

Saya percaya boleh melakukannya. Tolonglah bagi kata-kata semangat agar iltizam dan azam saya lebih kuat dan utuh.

WAJIB BACA :   Kayo-kayo Di Plaza Merdeka Kuching Sarawak

In shaa Allah.

Maksud media sosial

maksud media sosial
Media sosial afdal diguna secara berpada-pada dan perkongsian ilmu yang sahih semata-mata.

20 thoughts on “Jika faham maksud media sosial sudah tentu taubat tak layan berlebihan”

  1. Pernah saya memerhatikan gelagat orang. Ada satu family ni.

    Atuk : Tengok telefon
    Nenek : Tengok telefon
    Suami : Tengok telefon
    Isteri : Sambil dukung baby…tengok telefon
    Anak lelaki kecil dua orang main sendirian while semua ahli keluarga tengok screen telefon.

    Anak2 ni cerminan ibu bapa jadi nanti mereka membesar pun sibuk dengan telefon jugak.

    Reply
  2. sy x tau laa kalau cara ni berkesan ke tak. cuba elak drpd buat sbrg komen kat mn2 platform. just baca n tgk je. bla kita komen (get involve) nnt akn ada kecenderungan utk kita (nk amik) tahu sm ada komen kita dpt respon atau sblk nya. ni utk posting2 yg x berilmiah je. yg berilmiah tu cerita lain

    Reply
  3. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorakkannya. Saya kalau takde keperluan, memang akan tolak jauh-jauh media sosial. Guna pun hanya untuk berkomikasi dengan kenalan.

    Reply
  4. agree. walo susah pada kenyataannya. tp saya dah beberapa kali melakukan detoks medsos.

    trutama saat mood saya sedang tidak baik2 saja, selalunya saya uninstall sementara IG dan FB. biasanya 3 bulan. lalu saat mood dah membaik baru install lagi. tahun ini saya blm lagi detoks. tahun lalu malah sampai 2x.

    biasanya setelah detoks, barulah berasa lega ketika membuka kembali medsos.

    Reply
  5. saya punya akun Instagram dan YouTube bang…kadang memang capek si lihat medsos yang di salah gunakan, emng harus bisa membatasi diri buat yg gak penting”amat….balik ke hidup normal itu emng jauh lebih penting.

    Reply
    • boleh layan tetapi tidak boleh berlebihan…itu saja peraturannya..

      nak jauhkan atau hentikan memang tidak patut sebab medsos juga sumber ilmu dan informasi yang baik juga

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge