Nak baca buku atau layan media sosial ?

Cabaran paling hebat sekarang ialah ramai tidak berminat membaca buku. Minat kebanyakkan orang sudah beralih arah kepada media sosial.

Kalau tidak percaya cuba tanya diri sendiri.

Beri dua pilihan.

Pilih A baca buku dalam masa 30 minit.

Pilih B pula layan media sosial 30 minit juga.

Yang mana mahu dipilih. Jawablah dengan jujur dan jawapan itu simpan dalam hati sendiri.

Saya menjangkakan ramai yang mahu pilih B kerana melayan media sosial lebih seronok berbanding membaca buku.

Lagipun buku baik secara fizikal mahupun digital ada juga kelemahannya. Secara peribadi saya menganggap kelemahan tersebut masalah terpencil.

Sebagai contoh…buku ada harga yang perlu dibayar dan kos tersebut tidak ramai yang sanggup menanggungnya.

WAJIB BACA :   Cari bahagia dengan makan luar

Lainlah media sosial.

Akses media sosial kos sudah termasuk dalam bil internet sama ada secara bulanan atau mingguan.

Jadi tiada bayaran tambahan. Bahkan ada yang dapat WiFi percuma untuk akses internet.

Persoalannya bagaimana untuk menarik minat orang membaca buku dan mengurangkan masa melayan media sosial.

Persoalan dan dilema tersebut biarlah tergantung saja di sini.

Bukan masanya untuk merungkai misteri tersebut.

Jika mahu persoalkan kebaikan membaca buku, sudah tentu sangat banyak melebihi kebaikan melayan media sosial.

Kini terpulang kepada anda sendiri. Nak baca buku atau nak melayan media sosial adalah pilihan.

Cuma pilihan terbaik masih berada pada membaca buku. Ditegaskan bahawa membaca buku adalah tabiat orang yang berjaya dulu, kini dan akan datang.

WAJIB BACA :   Adis Buan, mimpi ular dan gadis cantik

Anda sebagai pembaca artikel ini nak baca buku atau nak layan media sosial.

Cuba komen sikit.

Comments 22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge