
Sosok tubuh Ustaz Abdul Somad tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau memang terkenal di Indonesia, Malaysia dan beberapa negara di Nusantara ini.
Dalam beberapa hari lagi Ustaz Abdul Somad akan berada di Sarawak dalam program Kembara Cinta Rasul pada 30 September hingga 2 Oktober ini.
Saya sebagai penduduk Sarawak sudah tentu rasa teruja dan berkobar-kobar untuk melihat tokoh pendakwah ini dari dekat.
Mana tahu ada rezeki boleh bersalaman walaupun peluang berbuat demikian sangat rendah.
Program Kembara Cinta Rasul bersama Ustaz Abdul seperti atur cara di bawah:
📌 30 Sept 2023
Program Khas Muslimah
11:00 PAGI – 1:30 petang
Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching.
Maulid Akbar
6:00 petang – 11:00 malam
Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching
📌 1 Oktober 2023 | Ahad
Kuliah Subuh
5:00 – 7:30 pagi
Masjid Al-Abyad, Matang Jaya,
Kuching
Tabligh Akbar
6:00 petang – 11:00 malam
Padang Kawad,
Kem Muara Tuang,
Samarahan
📌 2 Oktober 2023 | Isnin
Kuliah Subuh
5:00 – 7:30 pagi
Masjid Ikhwanul Islam,
Taman Sukma, Kuching
In shaa Allah saya merancang untuk menghadiri Maulid Akbar di Masjid Jamek Kuching. Majlis berselawat tersebut pasti menjadi kenangan terindah nanti..
Pada hari lainnya, saya tiada kesempatan kerana ada tugas hakiki yang tidak dapat dielakkan.
Kesempatan untuk pergi menghadiri majlis ini begini bukan mudah sebenarnya. Selalu para ustaz meratibkan dalam ceramah bahawa kedatangan kita ke majlis ilmu kerana Allah pilih dengan taufik dan hidayahNya.
Jika dapat pergi raikan dengan rasa bersyukur dan andainya tidak dapat pergi pasti rasa rugi.
Majlis ilmu tidak sama dengan majlis keramaian yang lain. Majlis ilmu umpama taman Syurga di dunia dan disukai para malaikat di langit
Sebab itu majlis ilmu ada dugaan tersendiri. Antaranya banyak halangan seperti tiada masa kerana bertugas, lupa, tidak berminat dan sebagainya.
Ketika Ustaz Wadi Annuar datang ke Kuching pada 17 September dulu, saya terlepas pandang. Bertugas pulak pada malam tersebut.
Saya hanya menonton Live di Facebook namun feel dan aura tidak begitu terasa.
Jadi semasa Kembara Cinta Rasul bersama Ustaz Abdul Somad saya berharap ada di tempat kejadian.
Doakan saya dapat menghadiri majlis ilmu itu nanti. Kalau majlis hiburan sudah tidak ada dalam senarai saya lagi.
Tatkala usia menghampiri senja begini menyebabkan saya sentiasa teringat kata-kata pujangga bijak bistari,
“Kubur kata mari dan rumah kata pergi.”
Saya akui mungkin dosa saya setinggi gunung dan pahala pula senipis kulit bawang. Sungguhpun demikian, jangan berputus asa dari rahmat Allah dan selagi belum tibanya ajal sentiasalah ada peluang untuk bertaubat sebenar-benarnya taubat.
Wallahualam.
semoga bisa bertemu dengan beliau,walaupun tak bisa bersalaman langsung,tapi mendapat ilmu karena sudah menghadiri majelis itu sesuatu yg luar biasa, saya sendiripun belum pernah berjumpa dengan beliau.
Batul kata awak..dapat ilmu dan Allah kurniakan pahala sudah memandai buat saya..in shaa Allah
wah kedatangan ustad abdul somad,
di tempat saya sekarang juga setelah pandemi sudahmulai banyak acara dakwah.
Alhandulillah kalau sudah banyakktiviti dakwah…Ustaz Abdul Somad sangat popular kepada semua orang
ustad abdul somad memang sangat terkenal dalam dunia dakwah. di indonesia pengajian dan majelis ilmunya selalu dihadiri banyak jamaah.
Sebab itulah saya sanggup nak datang juga….nak rasa bagaimana meriahnya lautan semasa majlis ilmu oleh Ustaz Abdul Samad
Masyallah..bertuahnya orang Sarawak. Antara sosok agamawan yang akan penuh dengan lautan manusia setiap kali berceramah/ziarah.
Alhamdulillah …rezeki orng di Sarawak kali ini.
sebelum ini ada juga di KL dan Sabah ngan kehadiran Ustaz
Jangan lepaskan peluang!
Itulah yang cuba saya usahakan
Saya membaca artike ini, terasa tersindir
Terimakasih atas sharing artikelnya
ini ustaz idola saya
Maafkan saya mas…rasa tersindir itu mungkin untuk saya sendiri juga hehehe
wahhhh best nyaaaa pergiiiii jgn tak pergiiiii
Insya Alllah akan dusahakan untk hadir
dpt pegi tak semalam? mcm mn? ramai x org yg dtg?
Alhamdulillah…syukur dapat pergi..memang sangat ramai
mlm tok di masjid jamek… terima kasih kpd TPM kita yg embak sidak ulama tok ke kch… semoga ada rezeki berhimpun di majlis ilmu
Majlis ilmu besar sungguh ganjarannya
selepas UAI…UAS nilah antara penceramah bebas yang pasti akan kawe ikuti. Ada info, penuh ilmu dan sentiasa ada humor walaupun berlainan negara..terbaik geng Sarawak ada majlis dengan UAS
Makanium recently posted…Kopi Hainan Regular, Kopi Hainan Truffle Chocolate Kg Jalan kebun Shah Alam
Dua ustaz tersebut mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ilmu mereka..
wah.. org sarawak jg lepaskan peluang
mamapp recently posted…Experience Holistic Rejuvenation at Urban Bliss Wellness
alhamdulillah..kesempatan yang sukar untuk dilepaskan
semoga bisa bertemu beliau ya bang, mengingat pasti akan ramai yang datang
Naia Djunaedi recently posted…Trip Papandayan Bagian I
Memang ramai yang akan pergi kerana Ustaz Somad bukan selalu nak datang ke Sarawak hehehe