Program makan durian berjemaah

Jemaah atau kariah di masjid tempat saya bermukim dapat rezeki durian runtuh. Mana tidaknya ada program makan durian berjemaah selepas solat Isyak.

Program berlangsung pada 21 September 2023. Apa yng istimewa program tersebut ialah para jemaah tidak dibenarkan membawa pulang durian ke rumah.

Kalau nak makan pun maka melantaklah seberapa banyak yang mereka mahu di perkarangan masjid sahaja.

Pada mulanya saya mahu buat liputan program tersebut untuk dijadikan berita akhbar. Tapi tak jadi kerana saya tidak mahu menyusahkan diri tatkala tengah bercuti. Orang bercuti mana mahu fikir tentang kerja. Hehehehe

Oleh kerana saya memang busy body, ringan saja mulut saya bertanya itu dan ini dengan pelbagai pihak.

WAJIB BACA :   Harga beras naik !

Saya tanya tuan pengerusi masjid objektif program tersebut. Katanya saja nak bagi aktiviti silaturrahim antara jemaah yang ada.

Selepas itu saya tanya tuan imam. Saya ingin tahu berapa biji durian yang kami belasah pada malam tersebut. Imam kata tak sampai 100 biji dan kos pembelian durian tersebut dibiayai oleh pihak masjid sendiri.

Oleh sebab bukan liputan berita, saya tidak bertanya perasaan para jemaah yang melantak durian dalam program tersebut.

Tapi kalau tanya saya, sudah tentulah saya kata rasa seronok dan teruja. Bayangkan makan durian percuma dengan banyak waima durian sekarang cukup murah.

Sewaktu balik dari gymnasium, saya ada ternampak orang jual setompok durian cuma RM5 sahaja. Cuma tidak pasti sama ada bagus atau tidak durian tersebut.

WAJIB BACA :   Sedekah Umpama Formula Luarbiasa Untuk Jadi Jutawan

Dalam satu sudut yang lain, apabila makan beramai-ramai begitu saya tidak menikmati durian dengan sepenuhnya. Saya makan dengan cepat supaya dapat makan lebih banyak.

Jadi rasa sedap durian tidak begitu dirasai sepenuh hati. Sifat-sifat mazmumah timbul secara tidak langsung hahahaha.

Saya tidak pasti berapa ulas saya makan. Yang pasti banyak juga tetapi dalam kuantiti yang terkawal.

Secara kesimpulannya program makan durian beramai-ramai memang patut diadakan selalu.

Bukan soal durian murah atau mahal tapi soal makan beramai-ramai ada nikmat yang tersendiri.

Bukan hanya di masjid malah di pejabat pun boleh kalau mahu. Janji tahan nak hidu bau semerbak dalam bangunan yang ada penghawa dingin.

WAJIB BACA :   Cara Buat Fanpage Yang Superstar

Semoga ada manfaatnya.

22 thoughts on “Program makan durian berjemaah”

  1. aisssshhhh saya nak jugaaaa 😄😄😄.

    memang lagi musim ya bang.. di sini pun lagi musim durian. tapi harga saya bilang tak semurah itu juga. kecuali kalo pergi ke kebunnya, mungkin bolehlah murah.

    memang happy lah bisa makan beramai2. free pula tuh 😁

    tapi walo saya suka durian, saya juga paham hrs kawal quantity. tak boleh banyak sangat .secukupnya saja 😄👍

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge