Hari ini bersamaan 16 September atau 12 Rabiulawal berlangsungnya dua peristiwa besar iaitu Hari Malaysia dan Maulidur Rasul
Hari yang sama dan peristiwa yang berbeza.
Rakyat di negara ini menyambut Hari Malaysia bersempena gabungan tiga wilayah membentuk negara bernama Malaysia.
Hari Malaysia
Dalam masa yang sama juga, umat Islam seluruh dunia pula menyambut Maulidur Rasul atau hari keputeraan junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad saw.
Malaysia bercuti sehari dalam pertindihan hari.
Secara peribadi saya juga melancar dua program besar iaitu potong gula dan potong media sosial.
Program potong gula menjurus kepada kesihatan fizikal agar lebih elok dan menawan.
Ini merupakan percubaan ketiga saya selepas dua kali tewas sebelum ini.
Tewas tidak bermakna mengalah atau tidak mahu mencuba lagi.
Mengambil pepatah orang Iban, ‘agik hidup agi nyelaban’ yang membawa berjuang selagi nafas masih ada
Program potong media sosial pula agak jangkal bunyinya namun ada makna yang jelas.
Sudah tentu cara saya yang tersendiri untuk mengawal diri daripada terus leka, alpa dan lagha melayan Shorts di TY dan Reels di FB.
Saya tidak pasti berapa lama mampu bertahan dalam menjalani program tersebut.
Tekad awal tujuh hari sebelum dilanjutkan kepada 21 hari dan seterusnya 45 hari.
Namun lebih aula dan mulia jika berterusan selamanya.
Saya tetap buka YT dan FB tetapi tidak kepada dua benda alah tu.
Sebab saya tahu YT dan FB adalah sumber maklumat, ilmu dan hiburan semudah berada di hujung jari.
Akhir kata, Selamat Hari Malaysia, salam Maulidur Rasul dan doakan kejayaan saya untuk dua program besar tersebut.
alhamdulillah
rabbi yassir wala tuassir
💪💪💪
Ya…alhmdulillah
syukur dengan nikmat dan rahmat yang ada
Salam Maulidur Rasul dan Selamat Hari Malaysia.
Sama-sama kita bro…menghayati sejarah dan mensyukuri nikmat
Salam Maulidur Rasul 2024 dan Selamat Hari Malaysia 2024.
Terima kasih atas perkongsian.
Sama-sama dan moga bermanfaat buat kita semua
Semoga dapat istiqomah untuk potong gula dan kurangkan media sosial. Agak sukar juga sekarang ni kerana media sosial juga ada perkara yang baik.
Ya tuan….perlu istiqamah dan kuatkan semanga untuk mrnjalani orogram tersebut
semoga lancaaaar abaaang 💃🎉. keduanya baik dilakukan. dan semoga bisa lebih mengontrol diri nantinya.
terima kasih dan sama-sama kita berazam untuk berjaya untuk melaluinya
Good luck. Moga istiqomah.
terima kasih dan saya berharap untuk kekal isiqamah