Persiapan Mental Sebelum Berhenti Kerja

Persiapan mental sebelum berhenti kerja adalah penting.Ini bukan soal main-main.Perkara ini sangat serius.Namun tidak untuk semua orang.Ada yang tak kisah dan beranggapan rezeki ada di mana-mana.

Jadi buat apa perlu risau,khuatir dan gelabah tak tentu arah.Kata hati pergilah buat keputusan.Kata fikiran biarlah bagi tempoh bertenang,Cari ketenangan sebelum membuat keputusan.

Betong

Persoalannya mrhanafi tetap akan buat keputusan kerana jika bukan sekarang  lagi bila lagi nak buat keputusan.Nak tunggu 10 tahun lagi.Alamak.Lama juga tu.Sampai ke tua la jawapnya.

Sebab itu persiapan mental perlu ada.Mesti fikir masak-masak.Fikir puas-puas walaupun jawapannya tetap untuk berhenti kerja.Masa yang ditunggu sudah tiba.Sebab dah lama merancang perkara ini.Sayangnya perancangan kurang menjadi.Masa kurang sesuai.Kini sudah tiba masanya.Dah nekad dan dah buntu fikiran untuk memujuk hati untuk terus bersabar.

WAJIB BACA :   Magic Sim Terpantas Habiskan Data

Menurut logik akal masa paling sesuai untuk berhenti apabila sudah ada tawaran kerja yang lebih baik dan menarik.Berhenti dari kerja tempat lama sahaja sudah ada kerja tempat baru yang menunggu.Wow.Seronokkan.Ditambah pula dah ada gaji yang lama berganti dengan gaji yang baharu.

Selain itu orang boleh berhenti kerja kerana nekad untuk menceburi perniagaan kerana sudah ada pendapatan yang jauh lebih tinggi dari kerja makan gaji.Simpanan pula dah mencecah 24 bulan gaji.Jika tak ada pendapatan dari bisnes selama dua tahun masih boleh kekalkan gaya hidup sebagaimana waktu bekerja makan gaji dahulu.Realitinya tidak begitu.Duit banyak mana pun akan tetap habis jika tiada duit yang masuk,

WAJIB BACA :   Pengalaman berpuasa hari pertama semasa Covid-19

Senario mrhanafi sangat berbeza.Mrhanafi belum ada perniagaan yang boleh disandarkan untuk pendapatan tetap.Keyakinan tetap ada kerana melihat prinsip orang lain boleh buat dan mengapa pula mrhanafi tak boleh buat.Mereka makan nasi dan mrhanafi juga makan nasi.Jadi dari sudut mana yang boleh mrhanafi abaikan kenyataan tersebut.

Cumanya mrhanafi dah rasa bosan bekerja.Beratus ribu saraf terputus dalam otak kerana menahan bosan kerja setiap hari demi kelangsungan hidup.Tak kerja nanti maka tak dapat pendapatan.Lainlah kalau ada income pasif seperti perunding takaful,penyewa rumah,penulis blog dan sebagainya.

Dipendekkan akal lantas minda kita berfikir dah rezeki mereka.Adakah begitu cara orang hebat dan berjaya berfikir.Jawap dalam hati sendiri la ye.

WAJIB BACA :   Kereta Sport Lotus Exige Cup 380

Sebagai blogger mestilah mrhanafi yakin juga bahawa duit dari blog boleh menampung sedikit perbelanjaan dan kos untuk survival.Tak banyak sikit pun jadilah.

Berhenti kerja perkara yang dirancang.Sebaliknya diberhentikan kerja adalah musibah dan ujian.Mereka yang terlibat memang terasa peritnya.Apa yang penting mental yang bersedia untuk hadapi apa jua cabaran dan dugaan.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.Salam sayang dan jumpa lagi.Jangan lupa follow blog ini melalui saluran media sosial seperti di bawah.

25 thoughts on “Persiapan Mental Sebelum Berhenti Kerja”

  1. Saya teringat pesanan Azizan Osman (dulu ada letak title Dr)..
    Sebelum berhenti kerja pastikan pendapatan daripada sude income dah melebihi 2 kali ganda gaji kita… dan dah ada simpanan tetap 6 bulan daripada gaji kita sekarang… sebagai persediaan sekiranya kita perlukan wang kecemasan sebaik sahaja kita berhenti kerja..

    Reply
  2. Itulah tuan…buat kerja offline yang rutin nie dah hampir bertahun-tahun nie agak membebankan sebenarnya..tapi apa boleh buat ikatan keluarga melebihi segalanya…Tapi saya yakin tuan mampu capai misi singkat berjaya menjadi usahawan takaful muda di wilayah tuan tuan… 🙂

    p/s: Mungkin juga sudah masa tuan adjust gmbr avatar dengan gambar terkini perunding takaful tue..Aweks2 pasti lebih TERUJA untuk berunding dengan tuan nanti… 😀

    Reply
    • secara realitinya saya tak la muda sangat..

      baru dapat idea..alangkah elok kalau saya usha prospek wanita yang berkarier,cantik dan kurang komitmen kewangan..

      terima kasih bagi idea tuan

      Reply
  3. Jika ingin berhenti kerja mestilah dengan persiapan yang masak, jangan sampai sudah kepalang berhenti, pekerjaan yang lain belum ada

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge