Mrhanafi merasa sangat beruntung kerana telah berjumpa dan berguru dengan Tuan Ahwan Haji Wahab, pengasas dan pemilik Agensi Nur Ikhwan, yang pernah menjalankan bisnes takaful di EtiQa Takaful Berhad Wilayah Sarawak, berpejabat di Kota Samarahan.
Agensi Nur Ikhwan
Sejujurnya, mrhanafi sangat menghargai rahsia kejayaan yang telah beliau titipkan. Ternyata, apa yang mrhanafi harapkan dalam minda separa sedar sebelum benar-benar terjadi.
Mrhanafi bertekad untuk menduplikasi tabiat, cara kerja, dan cara berfikir Tuan Ahwan dalam mencipta kejayaan demi kejayaan sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam bidang ini.
Hukum tarikan yang mrhanafi fahami adalah benar; apa sahaja yang kita fikir, rasa, dan alami secara berterusan akan menjadi kenyataan.
Untuk makluman pembaca, mrhanafi sangat ingin belajar bersama mentor dalam mencipta kejayaan. Keinginan ini bukan hanya saat ini; mrhanafi telah merancang dan melaksanakan jejak-jejak kejayaan sejak 20 tahun yang lalu.
Bayangkan, selama dua dekad, keinginan untuk berjaya, kaya, dan bahagia tidak pernah padam, malah sentiasa menyala bagaikan sinar bintang kejora.
Alamak, panjang pula mukadimahnya. Bila lagi nak ceritakan rahsia kejayaan pengasas Agensi Nur Ikhwan ini? Sabar ya.
Untuk berjaya, kesabaran adalah inti pati yang selari dengan usaha, strategi, dan kesungguhan yang tidak bertepi bagaikan lautan yang tiada dasarnya.
Mrhanafi mengenali Tuan Ahwan Haji Wahab sejak zaman bujang lagi. Kini, mrhanafi sudah berkeluarga dengan dua orang isteri dan tiga cahaya mata.
Hubungan mrhanafi dengan beliau adalah panjang ceritanya. Namun, penulisan ini bukanlah tentang hubungan lama, tetapi tentang tips kejayaan beliau sebagai usahawan takaful yang berjaya di Sarawak.
Kejayaan Tuan Haji Ahwan Haji Wahab kini memegang gelaran tertinggi dalam hierarki bisnes takaful, iaitu Pengarah Agensi Kumpulan Agensi Nur Ikhwan Wilayah Sarawak untuk EtiQa Takaful Berhad.
Beliau mempunyai pejabat agensi sendiri di Kota Samarahan dan baru-baru ini melancong ke Beijing, China atas trip anjuran Etiqa Takaful. Selain itu, beliau juga memiliki puluhan wakil takaful dan Pengarah Agensi.
Antara Pengarah Agensi yang paling menyerlah di bawah seliannya adalah saudara Faizal Bin Fauzi, yang kini beroperasi di Miri, Sarawak, iaitu Faizal Takaful Specialist Agency.
Tuan Ahwan Haji Wahab menekankan kepada mrhanafi agar tidak kekurangan prospek. Dapatkan prospek seramai mungkin. Seorang perunding takaful mesti merasakan prospek bagaikan nasi yang perlu ada setiap hari.
Dengan adanya prospek, kita akan mempunyai aktiviti seperti temujanji dan seterusnya berjumpa pelanggan yang sesuai untuk menyertai pakej takaful.
Dalam proses berjumpa prospek atau pelanggan, beliau mengakui dirinya seorang yang tidak kenal putus asa, mempunyai muka dan telinga yang tebal untuk menerima sebarang tohmahan negatif.
Sekiranya belum berhasil, beliau akan mempositifkan diri dengan perasaan redha. Jika kita redha, kita tidak akan kecewa. Beliau juga akan muhasabah diri untuk menilai semula kesilapan dan berusaha membaiki diri.
Kesabaran beliau dalam mencipta kejayaan adalah tidak ternilai. Tuan Ahwan sangat komited dalam bidang takaful dan akan membantu para perunding di bawah seliaannya sehingga mereka berjaya. Rahsia beliau adalah berusaha sehingga mencapai apa yang diingini tanpa mengenal erti putus asa.
Beliau juga menekankan bahawa perunding takaful mesti mempunyai inisiatif untuk terus belajar. Proses menuntut ilmu boleh diperoleh dari pelbagai sumber.
Yang penting adalah terus belajar. Dari situ, mrhanafi faham bahawa ramuan kejayaan adalah ilmu; tidak kira ilmu pemasaran, psikologi manusia, dan sebagainya.
Sebelum mrhanafi mengakhiri penulisan ini, ingin disematkan pesanan beliau. Katanya, bidang takaful akan berdepan dengan penolakan demi penolakan dari prospek.
Secara dasarnya, manusia lebih suka membelanjakan duit dan berhutang, menjadikan sukar untuk menyimpan duit, apatah lagi untuk jangka panjang.
Namun, perunding takaful mempunyai peranan dan amanah untuk mendidik masyarakat supaya bijak mengurus wang, memahami takaful, dan konsep hibah dalam mekanisma kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Mrhanafi juga sempat menghayati pesanan terakhir beliau: berpakaianlah dengan sesuai dan profesional dalam menjalankan aktiviti takaful.
Gunakan baju yang berwarna cerah dan ceria, kerana bakal pelanggan akan menilai kepercayaan pertama melalui cara berpakaian.
Selain itu, perunding takaful dilarang menggunakan perkataan “boleh tak” dalam komunikasi mereka. Mrhanafi memahami ini kerana beliau adalah bekas usahawan Multi Level Marketing yang telah terlibat sejak berusia 20 tahun.
Nota Mrhanafi:
Dengan sengaja mrhanafi menulis semua rahsia kejayaan pengasas Agensi Nur Ikhwan dalam blog ini sebagai perkongsian ikhlas kepada semua perunding takaful.
Niatkan semua rahsia kejayaan ini sebagai pahala berterusan untuk dicurahkan kepada Tuan Ahwan Haji Wahab dan keluarganya.
Semoga rahsia ini dapat dibaca dan dihayati oleh perunding takaful, baik di bawah seliaan Agensi Nur Ikhwan atau sesiapa sahaja yang ingin mencipta kejayaan.
Anggaplah penulisan ini sebagai sedekah dari mrhanafi agar dimudahkan urusan meraih kejayaan bersama Etiqa Takaful Berhad. Aamiin.
Sekian. Salam sayang dan jumpa lagi.
- kemas kini15/12/24
kesabaran adalah kunci utama dan beriringan dengan usaha yang tak pernah putus asa.
elemen tulah yang menjadi kunci kejayaan kepada ramai orang
nice sharing mr hanafi, thanks
Ira recently posted…21 Kelebihan Kami Sebagai Mentor Bisnes Shaklee Berstrategi
terima kasih..
orang cakap kalau kita berkawan dgn penjual perfume, kita pun berbau wangi. hehe
nikkhazami recently posted…Ulasan A Series Of An Unfortunate Events di Netflix
ya la..kan…kita dapat menerima tempias juga tu.
rahsia kejayaan yang boleh dicontohi untuk perniagaan lain juga 😀
sabree hussin recently posted…Worst case scenario yang mungkin akan berlaku apabila student join Bisnes MLM
hahaha betul tu tuan..memang boleh sebab rahsia kejayaannya adalah universal
Kecil betul dunia ni kan..
Faizal Bin Fauzi adalah bekas pelajar saya semasa saya dan isteri mengajar di Politeknik Mukah Sarawak…
Sesama zaman belajar dulu beliau sangat dikenali sebagai pelajar yang bijak/pandai bercakap dan mudah menarik perhatian orang..
Itu kelebihan yang ada pada diri beliau… Dengan kelebihan yang beliau miliki tidak mustahil beliau boleh berjaya dalam bidang Takaful…
Kalau tuan ada kesempatan berjumpa dengan beliau lagi… Jangan lupa sampaikan salam saya kepada beliau….
Anuar recently posted…Tak pandai SEO? Takper kita boleh belajar
ya ke…In shaa Allah boleh tuan
Satu kelebihan Saudara Faizal ini ..hensem giler
Bab hensem tu memang saya tak nafikan.. putih, tinggi, chinese look..
anuar recently posted…Tak pandai SEO? Takper kita boleh belajar
hehehe…pernah jumpa saudara Faizal sekali sahaja
aura kejayaan dia dalam takaful amat mengharumkan nama agensi kami..
Anak murid macam bro berguru pulak dengan sifoo hebat semakin menampakkan kejayaan… 🙂
InshaALLAH bro mesti boleh punya dan mampu lebih baik lagi…ameen
p/s: Ooo..masuk kampeni etiqa rupanya…macam isteri saya punya kawan punya isteri kat area saya nie…nampak seronok pulak sebut “2” isteri nie heh… 😀
terima kasih bro..kasi support..
semangat untuk berjaya up sekarang bila tersasul sebut ‘2’ isteri
Dah nampak jalan yg dituju. Suatu hari akan tercapai niat tu tuan Hanafi.
Ada masa boleh kita bersembang sambil minum kopi.
Elih Japahar recently posted…Terima Komisen Affiliate Klikjer Januari 2017
saya dah nampak bro…jadi ikut sahaja la jalannya
Semoga usaha murni yang tak pernah mengalah akan buahkan hasil! Kipidap tuan.
hehehe..betul tu
Formula sales yang saya belajar dlu…contact prospect 100 orang….dapat jumpa 10orang….dapat closed 3 orang….ulang proses yang sama setiap hari..insyaAllah berjaya.amin…
betul tuan..
itulah formula sales yang legend