Petua mudah jadi jutawan

Pada pagi Sabtu yang lepas, saya berpeluang mengikuti kuliah Subuh yang lain daripada yang lain. Topik dikongsikan berkaitan petua mudah jadi jutawan.

Agak terkejut juga saya dibuatnya.

Sayangnya,  audien atau golongan pendengar yang hadir pada pagi tersebut  bukan golongan sasar.

Mereka pesara dan rata-rata golongan yang sudah lansia. (lanjut usia).

Sungguhpun demikian, mungkin ilmu yang kami semua dapat termasuk lansia boleh diperturunkan kepada anak cicit kot.

Jom kita lihat satu persatu..

Petua pertama: Cepat dapat hasil

Menurut penceramah, kalau nak buat bisnes pastikan bisnes yang cepat dapat hasil. Misalnya buat ceramah, habis ceramah terus dibuat bayaran.

WAJIB BACA :   Cara menangani tekanan kerja yang praktikal

Petua kedua: Modal yang rendah

Jangan mulakan bisnes dengan modal yang besar kerana kita tidak pasti adakah bisnes tersebut boleh bawa untung atau tidak. Ingat tiada bisnes atau jual beli yang ada dijamin untung selagi belum dicuba.

Petua ketiga: Semua dalam kawalan

Harga produk atau perkhidmatan kita yang kawal. Kita boleh letak berdasarkan kos margin yang wajar dan boleh diterima. Jika luar daripada itu memang sukar laluan untuk menjadi jutawan dalam bisnes tersebut.

Kesimpulan

Penceramah berpesan, kaya biarlah yang berkat dan mendekatkan kita kepada Allah SWT. Begitulah lebih kurang kerana daya ingatan saya bukanlah sebaik zaman muda-muda dulu.

Segmen harian potret AI 

WAJIB BACA :   Kejayaan bermula dari bawah jadi suri tauladan buat semua
“Create a caricature of me and my job based on everything you know about me”

20 thoughts on “Petua mudah jadi jutawan”

  1. Modal rendah itu memang salah satu perkara penting. Sebab sekarang ini ramai yang berusaha mencari modal sebesar-besarnya. Sampai ada istilah ‘bakar duit’ dulu. Padahal kadang-kadang risikonya tidak sepadan. Akhirnya, lebih cepat jatuh muflis.

    Reply
  2. agreeeee. walaupun agak susah juga mencari bisnis yg dpt bayaran cepat, apalagi yg no 3, bisa mengkawal harga produk.

    tp bukan tak mungkin dilakukan. macam papa saya, papa punya bisnis bakery. bisnis pertama. setelah berkembang, di situ papa mulai menciptakan ekosistem sendiri.

    dalam bakery, telur itu pentiiiiing. pasti dipakai. Krn itu papa bikin peternakan ayam telur sendiri. JD utk membuat roti2 yg dijual, pakai telur dari peternakan sendiri.

    lalu packaging. jual roti pasti ada kotaknya. drpd hrs pesan kotak di percetakan lain, apapun buat percetakan sendiri. bahkan percetakan itu sering dipakai juga oleh bakeries shops lain di Medan.

    dari situ kami jadi tahu, perkiraan omset bakeries lain dr jumlah kotak yg mereka pesan, dan jarak pemesanan 😄.

    impian papa, pengennya punya ladang gandum. tp ini susah lah, Krn gandum memang tidak tumbuh di Indonesia. so, utk tepung membuat roti, memang kamj masih pakai yg sudah ada dulu

    seee, kawal harga itu memungkinkan, tp susah. karena ini butuh modal besar.
    fanny_dcatqueen recently posted…KULINER TANGERANG: KEDE CESKU, PELOPOR KULINER BATAK YANG SUDAH HALALMy Profile

    Reply
    • Tak sangka ayah Fanny seorang pengusaha yang berjaya.

      memang benar la teori tersebut kan.

      Saya bukan orang bisnes dan saya kongsi teori sahaja.

      Secara praktikal hanya orang bisnes yang faham ilmu tersebut

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge