Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam

Saya mulakan atau bermukadimah dengan satu hadis. Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Hadis ini diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA. Sungguh menarik hadis tersebut kerana berkait dengan tabiat yang konsisten dan menjiwai budaya cemerlang dalam diri seseorang. Jadi dalam menambahbaik kehidupan … Read more

Bebaskan minda dengan keimanan

Tidak lama lagi kita akan menyambut hari kebangsaan atau lebih popular dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos yang ke 69 tahun. Kalau dianalogi dengan usia manusia, sudah tentu orang tersebut menjadi warga emas. Bersempena bulan kemerdekaan jugalah saya ada menerbitkan satu video di TikTok seperti di bawah:   @code007ai Siri 32 [190826] Keluarkan minda dan … Read more

Kebaikan umpama seluar dalam ???

Tajuk kebaikan umpama seluar dalam memang mengelirukan jika tidak menonton video TikTok yang saya kongsikan bawah ini. Ada kisah dan cerita bagaimana saya mendapat idea untuk berbuat demikian. Memandangkan saya suka dengan petikan inspirasi “Kebaikan umpama seluar dalam” maka saya terus buat video berkaitan perkara tersebut. Petikan inspirasi tersebut dapat daripada status kawan-kawan Whatsapp. Apabila … Read more

Hakikat kekayaan yang ramai tidak sedar

Orang kaya selalu dikaitkan dengan harta benda, wang ringgit dan sebagainya. Namun tidak semua perkara tersebut boleh dikaitkan dengan kekayaan tanpa menidakkan akhlak yang mulia. Akhlak dan budi bahasa juga termasuk dalam kekayaan yang bukan bersifat materialistik. Begitulah satu perkongsian yang saya buat dalam posting TikTok hari ini. Boleh layan dalam video bawah ini: @code007aiSiri … Read more

Jangan mendongak langit

Hari ini saya publish satu video TikTok yang berbentuk nasihat. Namun nasihat tersebut bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri. Saya juga berharap nasihat demikian ada manfaat juga kepada orang lain. Berbalik kepada kisah pembinaan video tersebut. Jujur, banyak scene yang rosak dan berterabur. Jadi saya edit sedikit demi sedikit agar ada kesinambungan … Read more

Terpaksa guna Sistem To Do List

Gara-gara sukar mengawal diri, masa dan tindakan saya sudah membuat keputusan untuk melaksanakan Sistem To do List dalam kehidupan harian. Sebelum ini saya selalu terbabas dengan media sosial dan aktiviti yang kurang memberi manfaat. Sejak ada sistem To Do List penggunaan masa saya lebih tersusun dan bersistematik. Hari sebelum saya merancang aktiviti untuk keesokkan dengan … Read more