Kebaikan umpama seluar dalam ???

Tajuk kebaikan umpama seluar dalam memang mengelirukan jika tidak menonton video TikTok yang saya kongsikan bawah ini. Ada kisah dan cerita bagaimana saya mendapat idea untuk berbuat demikian.

Memandangkan saya suka dengan petikan inspirasi “Kebaikan umpama seluar dalam” maka saya terus buat video berkaitan perkara tersebut.

Petikan inspirasi tersebut dapat daripada status kawan-kawan Whatsapp.

Apabila difikir secara lateral, memang ada benarnya kerana kita selalu kaitkan kebaikan mesti ditunjuk kepada manusia supaya dihargai dan dicontohi.

Hakikat yang jelas, kebaikan jika ikhlas kerana Allah perlu dirahsiakan sebagaimana pepatah lama menyebut, tangan kanan memberi sehingga tangan kiri tidak mengetahui.

WAJIB BACA :   Rahsia orang hebat pakai baju sama setiap hari

Jom layan video di bawah agar lebih faham qoute atau petikan inspirasi ini.

p/s: Model dalam video hanya 5% sahaja menyerupai saya hehehehe.

 

@code007aiSiri 26 [070826] Kebaikan tidak perlu ditunjukkan kepada sesiapa kecuali ikhlas untuk Allah SWT

♬ original sound – CODE007

8 thoughts on “Kebaikan umpama seluar dalam ???”

  1. Unik sungguh analoginya! Memang betul, kebaikan ikhlas paling indah bila disimpan rapat tanpa perlu dihebohkan. Suka perkongsian ini!

    Reply
  2. hahahahahah betuuul juga yaaaa 😄😄👍.make sense laah, tak mungkin pakai seluar dalam di pamerkan ke orang2. begitu juga kebaikan. kalau sampai dipamer, nanti riya’ jatuhnya 🤭

    Reply
    • kan…

      ada dua keadaan yang kita terpaksa pamer seluar dalam kat orang iaitu pertandingan bina badan dan ratu cantik..

      itu senario yang kurang elok jika dari sudut agama

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge