Rahsia orang hebat pakai baju sama setiap hari

Suatu hari, isteri saya menegur dengan penuh kehairanan, “Kenapa abang asyik pakai baju warna sama? Ke mana pergi pun begitu.”

Saya tersenyum dan menjawab perlahan, “Bagi orang lain, mungkin nampak pelik. Tapi bagi saya, inilah cara memudahkan hidup.

Kurang pilihan, kurang beban. Malah, ia juga membantu ringankan kerja rumah—tak banyak yang perlu dibasuh dan dilipat setiap hari.”

Kadang-kadang, kesederhanaan itu sebenarnya satu bentuk kebijaksanaan.

Itu saja tujuannya.

Sebaliknya bagi orang hebat di dunia ada kisah dan rahsia tersendiri berkaitan pakai baju yang sama setiap hari.

Baju yang sama tidak semestinya sehelai saja.

Mark Zuckerberg, Presiden Obama, Christopher Nolan, Diane Keaton, Albert Einstein, dan ramai lagi orang berjaya ada satu persamaan — mereka pakai baju yang sama setiap hari.

Cuba fikir, bila kali terakhir anda nampak presiden di TV tanpa sut biru atau kelabu?

WAJIB BACA :   Bagaimana cara menangani kegagalan ?

Atau Mark Zuckerberg tanpa seluar jeans, t-shirt kelabu, dan hoodie hitamnya?

Soalannya, kenapa mereka buat begitu?

Kenapa ramai orang berjaya pilih untuk tidak tukar-tukar gaya pakaian, sedangkan mereka mampu beli baju jenama mewah dan malah boleh jadi pencetus trend fesyen?

Jawapannya — ada 5 sebab utama seperti cerita pendek di bawah:

Pagi itu, matahari baru naik di Palo Alto. Mark Zuckerberg berdiri di hadapan almari. Di dalamnya — barisan t-shirt kelabu yang kelihatan serupa, digantung kemas.

Di sebelahnya, jeans biru tersusun seperti askar berbaris.

Priscilla, isterinya, lalu sambil tersenyum.

“Tak bosan ke pakai baju sama tiap hari?” usiknya.

Mark tersenyum nipis. “Kurang satu keputusan untuk dibuat. Lagi cepat saya bersiap, lagi cepat saya selesaikan masalah dunia,” jawabnya sambil menarik t-shirt dari gantungan.

Di Washington DC, pada pagi yang sama, Presiden Obama menatap dua pilihan di almari White House: sut biru atau sut kelabu. Itu sahaja.

WAJIB BACA :   Kisah lelaki pemalu cipta kejayaan luar kebiasaan

Seorang pembantu bertanya, “Tuan Presiden, nak saya pilihkan tali leher yang sesuai?”

Obama geleng kepala. “Tak perlu.

Setiap keputusan kecil akan ambil ruang untuk keputusan besar. Saya simpan tenaga untuk hal-hal penting negara.”

Bertahun sebelum itu, di sebuah dewan yang penuh dengan lampu sorot, mendiang Steve Jobs berjalan ke pentas.

Penonton bersorak melihat lelaki dengan baju hitam lengan panjang dan jeans biru — gaya yang sama seperti pelancaran-pelancaran sebelumnya.

Seorang wartawan muda berbisik pada rakannya, “Kenapa dia tak tukar baju?”

Rakannya tersenyum, “Dia dah jumpa ‘uniform kejayaan’ dia.”

Suatu hari, seorang pelajar Harvard bertanya kepada profesor terkenal di universiti itu:

“Profesor, kenapa Einstein asyik pakai baju sama?”

Profesor itu ketawa kecil. “Sebab dia tak nak buang masa fikir perkara yang tak penting. Dia simpan otaknya untuk fikir perkara yang mengubah dunia.”

WAJIB BACA :   Gagal capai matlamat hidup bukan pengakhiran

Dan mungkin di situlah pengajarannya.

Kadang-kadang, untuk mencapai perkara besar, kita perlu mengurangkan perkara kecil.

Kerana dalam hidup, yang menentukan haluan bukan berapa banyak pilihan yang kita ada… tetapi bagaimana kita memilih untuk tidak dibebankan dengannya.

Orang-orang ini bukan tidak mampu beli pakaian mewah. Mereka boleh saja memakai apa yang sedang menjadi trend.

Tetapi mereka memilih sebaliknya — kerana lima sebab yang menjadi rahsia produktiviti mereka.

Pertama: mereka mahu kurangkan keputusan kecil (decision fatigue).
Kedua: mereka jumpa gaya yang sesuai dan kekalkan sebagai tanda pengenalan.
Ketiga: mereka mahu kawal naratif — bila pakaian tak jadi topik, idea mereka jadi tumpuan.
Keempat: mereka mahu hidup teratur dan bebas dari almari penuh yang menyemak fikiran.
Kelima: mereka langsung tak kisah pun. Fokus mereka pada misi hidup, bukan pada baju.

37 thoughts on “Rahsia orang hebat pakai baju sama setiap hari”

  1. Malas kan, nak serabut pilih baju apa nak pakai. Lagi-lagi orang perempuan, lebih serabut, nak pilih tudung apa matching dengan baju. Aduhai, kadang saya pun letih juga. Itu yang saya sejak balik umrah, pakai jubah hitam sahaja. Tudung saja bertukar-tukar warna. Asalkan jenis tak perlu digosok. Hehe..

    Reply
  2. betul sgt tu.. mana ada mereka semua pakai baju warna warni setiap hari.. dlm Islam juga ada baiknya, segala harta akan dihisab. tak kisah kalau pakai baju yg sama pd setiap minggu

    Reply
  3. Satu masalah nak mengadap depan almari pilih baju every day…betul la tu…diorg simpan otak nak fikir benda yang lebih penting…

    Reply
  4. Saya baru bulan ni membeli baju untuk pakai di rumah ..bayangkan begitu lama tak beli baju, atas sebab dah bayak jadi pilihan..Baju yang di beli satu team sekolah dah lah banyak..so kena pakai hingga rosak baru berbaloi..Entry yang hebat ni MF..tahniah

    Reply
  5. Haah kadang-kadang serabut fikir nak pakai baju saya. Ni belum dapat buat keputusan baju kurung warna apa nak pakai ke kenduri Sabtu ini.
    Waktu sekolah senang pakai baju seragam.

    Reply
  6. Semoga maju jaya ya, maaf jika ada komen dari saya yang kurang disenangi..ampun maaf di pinta. Semoga kita semua diampuni dosa. Aamiin

    Reply
  7. ini yg saya nak lakukan . semakin berusia , saya tak suka dihadapkan banyak pilihan. terkadang kan, terlalu banyak pilihan akan membuat hidup lebih confusing. selain wasting time.

    sudah benar yg dilakukan orang2 hebat di atas. mereka mengurangi pilihin kecil, supaya bisa fokus dengan yg besar.

    dan pelan2 saya nak ubah pakaian saya menjadi lebih simple. supaya tak pening saat traveling atau pergi2

    Reply
  8. Walaupun kerja sekarang tidak mengizinkan untuk pakai baju yang sama setiap hari tetapi KSarie cuba juga minimakan pemilihan baju kerja yang perlu dipakai harian. Ikutkan arahan pejabat, Isnin dan Rabu perlu pakai baju korporat dan Khamis baju batik. KSarie pakai baju korporat juga hari Selasa😅Jumaat pilih je baju kurung yang tidak perlu gosok dalam almari begitu😅
    Bidasari recently posted…Wordless Wednesday 33/2025My Profile

    Reply
  9. Rahsia orang hebat pakai baju sama setiap hari ialah untuk jimat masa, tenaga, dan fokus pada keputusan penting dalam hidup. Gaya minimalis ini jadi strategi produktiviti yang bijak.

    Reply
  10. Love this! It’s amazing how something as simple as wearing the same style every day can free up so much mental space. Definitely something to try!

    Reply
  11. “Sangat menarik! Kadang-kadang kita fikir pilihan banyak itu baik, tapi sebenarnya dengan kurangkan keputusan kecil macam pakaian, kita boleh fokus pada perkara yang lebih penting dalam hidup. Inspirasi dari Zuckerberg, Obama dan Einstein memang membuka mata!”

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge