Rahsia umur panjang Tun M: Bukan duit, tetapi otak yang bekerja

Trend hari ini cukup jelas: kerja kuat, kumpul duit, bersara awal sekitar umur 35, kemudian mencari ketenangan hidup melalui “healing”, percutian dan kehidupan santai.

Ia bagaikan impian yang indah. Namun persoalan penting jarang ditanya — adakah gaya hidup ini benar-benar menjamin kehidupan yang sihat, panjang umur dan bermakna?

Entah ya. Entah tidak.

Saya terjumpa satu info hasil perkongsian podcastpicking dalam Threads.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini hampir 100 tahun, memberikan perspektif yang berbeza dan jujur.

Katanya, “Brain is a muscle. If you don’t use it, you lose it.”

Otak, seperti tubuh, akan lemah apabila tidak digunakan.

WAJIB BACA :   Buku terbaik untuk motivasi sepanjang zaman

Realitinya hari ini, ramai antara kita sedang mempercepatkan proses kelemahan itu tanpa sedar.

Menurut beliau, masalah bukan beban, tetapi vitamin kepada minda.

Beliau sering sukar untuk tidur bukan kerana keresahan kosong, tetapi kerana selalu memikirkan penyelesaian kepada isu negara.

Proses berfikir inilah yang memastikan sel-sel otak terus aktif dan berfungsi dengan baik.

Bahaya sebenar bermula apabila kita terlalu memanjakan otak selepas bersara.

Apabila cabaran dihentikan, ketajaman mental merosot, kuasa membuat keputusan melemah, dan tubuh kelihatan cepat uzur bukan kerana usia, tetapi kerana minda berhenti bekerja.

Akhirnya, pilihan hidup kita jelas: bersara awal tetapi minda semakin perlahan, atau terus aktif hingga tua dengan otak kekal tajam dan kehidupan lebih bermakna.

WAJIB BACA :   Kejayaan bermula dari bawah jadi suri tauladan buat semua

Persoalan menarik di sini bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita manfaatkan usia yang ada untuk memberi bakti kepada manusia dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Segmen harian potret AI 

“A hyper-realistic, 8k, ultra-clean studio portrait captured in a medium full shot from a slightly low angle, featuring the same main subject with uploaded face as reference, seated on a minimalist concrete bench. The subject maintains the same hairstyle and facial hair, with a calm, powerful gaze directed slightly off-camera. They are wearing a crisp white open-collar shirt layered under a light blue structured jacket, paired with slim black trousers and clean black leather sneakers. Hands are positioned naturally, one resting on the bench and the other holding the orange iPhone 17 . The lighting is modern cinematic, with a soft frontal key light, subtle fill, and a clean rim light separating the subject from the background. The background is a seamless light gray studio wall, emphasizing form, texture, and facial detail with a premium editorial feel.

12 thoughts on “Rahsia umur panjang Tun M: Bukan duit, tetapi otak yang bekerja”

  1. Ada seorang yang saya kenal umurnya muda lagi pada Tun M tapi masa umurnya macam tu dia dapat penyakit tulang rapuh. Jatuh sedikit pun tulangnya dah patah. Bayangkan umur Tun M tapi tulang masih kuat. Pernah Allahyarham Datuk Fadzil Noor mendoakan supaya Tun M panjang umurnya. Sebab apa….selebihnya kena google…saya tak nak tulis sini….
    Ezna recently posted…Hasil Laut Jamilah | ShopeeMy Profile

    Reply
  2. Tun Mahathir Muhammad, salah satu tokoh yg saya sangat respect ❤️❤️❤️. banyak memang yg bisa diambil pelajaran dari beliau.

    saya pun pernah baca supaya tidak senile, atau pikun, orak wajib dilatih. setiap saat. mungkin yg saya pikirkan tidaklah seberat Tun. tapi saya bisa coba dengan rutin mengaji, dan membaca buku, apapun, setiap hari. Krn itu pun bisa membantu latih otak.

    bisa juga kalau games, latih dengan sudoku . itu bagus utk melatih otak supaya aktif

    Reply
    • Tun M memang popular di nusantara dan juga dunia.

      Ramai yang nak tahu rahsia kejayaan beliau yang panjang umurn dan terus berbakti kepada negara hingga ke hari ini.

      Otak perlu dilatih.

      Untung orang jadi blogger, selain menulis mereka juga terpaksa membaca untuk mendapat idea hehehe

      Reply
    • tumpul sebab tak diguna dengan aktiviti mencabar.

      akan datang ramai yang tumpul otak sebab banyak guna AI..

      main AI sangat kurang guna otak…buat prompt pun AI yang buat

      Reply
  3. sy teringat kisah seorg nenek. usianya juga dah 1 abad. bila tanya rahsia kenapa ingatannya kuat dan matanya masih terang, katanya sebab mengaji. mungkin secara rohani dan mental ada kaitan kefuanya yg menyebabkan kite pnjg umur

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge