Membaca selawat kepada Rasullulah SAW amat dianjur, disaran dan dituntut kepada umat Islam tidak kira sesiapa pun kita sama ada untuk mereka yang kuat beribadah atau selalu tersasar dari landasan sebenar.
Insha Allah amalan tersebut mampu membantu kita semua mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak.
Kita mungkin belum berat dengan timbangan amal atau mengalami kesukaran meniti Titian Sirat.
Pada tika dan masa itulah amalan selawat jadi penyelamat.
Amalan selawat pasti diterima.
Lain-lain amal belum tentu diterima kerana niat kita berkemungkinan belum 100 peratus ikhlas kerana Allah Taala.
Jadi sebagai insan biasa yang penuh dosa dan sentiasa lalai tentulah amalan selawat ke atas nabi jadi talian hayat terakhir buat kita semua.
Moga-moga kita sebagai umat Islam terhindar daripada disumbat ke dalam api neraka yang tiada terbayang betapa sakit, sukar dan azabnya. Naubillah min zalik.
Syukur alhamdulillah atas kurnia petunjuk, taufik dan hidayah Allah, semalam saya berjaya catat 99,999 kali selawat.

Jangan pulak fikir saya buat sehari semalam.
Biasanya ambil masa berbulan-bulan juga.
Jarang saya dapat catat angka yang unik dan menarik demikian.
Biasanya tersalah reset dan kembali ke kosong.
Kadang-kadang berselawat tanpa rekod.
Angka tidak penting tetapi istiqamah itu jadi keutamaan moga-moga Allah reda dengan amal yang sedikit tetapi berterusan hingga hujung nyawa.
Selepas direset jadi kosong, saya teruskan lagi dan jika ada kesempatan untuk catat 99,999 buat kali kedua nanti.
Insha Allah.
Segmen harian potret AI

Gaya AI orang ada ada ni. Keluar dari heli.
Moga kita dapat istiqamah membuat perkara yang baik.
Dalam AI kita boleh berbuat apa-apa saja dan jangan buat sesuatu langgar etika.
Sebab AI tiada limitasi imaginasi.
Aamiin dan moga istiqamah juga berbuat kebaikan.
Alhamdulillah mudah mudahan kita sama2 kekal.istiqamah dlm berselawat ke atas Nabi SAW
Aamiin dan in sha Allah.
selalulah berdoa kebaikan untuk dunia dan akhirat.
Alhamdulillah….semoga kita terus berselawat selalu. Tahniah rekod selawat yang cantik.
terima kasih..
moga jadi inspirasi buat kita semua juga
alhamdulillah
alhmadulillah…moga kita semua ada tergerak hati untuk buat perkara yang sama
abaaaaang, baguuuuuus lah counter nyaaa 😍😍😍. dari kayu yaa. dan banyaaaak angkanya bisa sampai 99999. counter saya cuma sampai 1999. nak cari lah.
berarti memang Abang tak reset tiap hari yaaa? soalnya saya reset tiap pagi counternya. minimal tiap hari 100. lebih sering lebih, tapi jangan kurang dari 100.
Sebetulnya bukan kayu…plastik saja.
Fanny pilih la tasbih yang ada 5 angka.
Saya untuk tahun 2026, buat secara terus hingga 100,000
Lepas itu barulah reset ke 0 balik.