Gara-gara sukar mengawal diri, masa dan tindakan saya sudah membuat keputusan untuk melaksanakan Sistem To do List dalam kehidupan harian.
Sebelum ini saya selalu terbabas dengan media sosial dan aktiviti yang kurang memberi manfaat.
Sejak ada sistem To Do List penggunaan masa saya lebih tersusun dan bersistematik.
Hari sebelum saya merancang aktiviti untuk keesokkan dengan cukup teliti dan berhati-hati.
Pada malam kejadian saya review kembali apa yang sudah terjadi pada sepanjang hari tersebut.
Ketika itulah saya boleh menilai keberkesanan perancangan dan tindakan yang telah saya buat.
Dalam masa yang sama saya selit ruangan untuk menikmati kejayaan kecil yang dicapai.
Hadirkan rasa syukur agar nikmat tersebut boleh bertambah dan berganda pada masa yang akan datang.
Sungguhpun demikian Sistem To Do List ada kelemahan dan cabarannya.
Yang pasti kita akan meleburkan masa sekurang-kurang satu jam sehari untuk plan and review To Do List.
Itu kita lebih baik daripada terlebur masa lima jam dengan kegiatan yang betul-betul tidak memberi manfaat.
Keduanya, perasaan terikat dan terkongkong dengan jadual sehingga rasa bebas seperti burung akan dimansuh secara tidak langsung.
Nak tahu bagaimana, lihat kepada jadual budak-budak sekolah atau semasa kita menghadiri kursus.
Tentu aktiviti atau tentatif akan diikat bersama masa pada hari kejadian.
Jika rasa sanggup, silakan kerana kehidupan kita sendiri yang tentukan.
Nota kaki
Artikel diterbit pada 3 Muharram 1448H berdasarkan waktu solat pada Maghrib Kota Samarahan pada 6.46pm.
Ya sayapun buat tapi dalam minda dan ulang-ulang kata di mulut. Contohnya saya akan kata briskwalk pukul 8:30 pagi, ambil masa 1/2 jam. Pukul 9 pagi sarapan. Sarapanpun kena 9:30 pagi selesai. Lepas itu bersedia solat Dhuha. Hehe kadang-kadang terbabas.
kalau buat dalam minda…memang power juga
tapi pastikan memang kuat will power
Saya hari-hari ada senarai To-Do. Saya tulis dalam diari. Memang bantu untuk lebih fokus. Kebanyakan hari, berjaya siapkan. Tapi ada hari, terpaksa carry forward task ke keesokan harinya.
Tot recently posted…Gambar makanan lagi
Terbaik la Puan Nur.
kalau tak macam tu boleh jadi kelam kabutnya.
Saya pakai todolist tiap hari mas. Pakai aplikasi namanya TickTick, bahkan subscribe premium pula.
Senang rasanya kalau pagi siang malam semuanya sudah sesuai rencana 😀
terbaik la macam tu.
saya guna taip sendiri atau secara manual.
saya pun buat to do list bang. walau dah tak kerja, tp supaya setiap pagi ada kerja produktif, jadi penting utk selalu buat to do list ini. jadi waktu saya tidak terbuang sia-sia. cuma saya masih buat di notes hp. blm pakai aplikasi macam fajar.
memang pekerjaan jadi lebih terarah jika pakai to do list.
fanny_dcatqueen recently posted…WISATA KOTA KEMBANG: 1 HARI KELILING BANDUNG
Nampaknya mas Fajar lebih advance berbanding kita semua.
Kalau tiada to do list…memang masa akan terbuang sia-sia dan kurang produktif