Syukur alhamudlillah masih diberi peluang dan rezeki untuk bertemu tahun 1448 hijrah.
Sebagaimana saban tahun kita akan melaungkan harapan dan azam untuk berhijrah dari tabiat, amalan, sikap dan tindakan yang kurang baik menjadi lebih baik.
Berdasarkan artikel tahun 1447 hijrah, saya ada menulis 3 azam Maal Hijrah demi kejayaan, kekayaan dan ketenangan.
Dalam artikel tersebut saya kesali banyak perkara.
Semua azam tidak tercapai dengan baik dan kejayaan cuma 30 peratus sahaja.
Apapun semua azam tersebut sudah berlalu dan berlaku sepanjang 1447H.
Kini saya cuma memasang satu saja azam agar pada 1448H ini saya istiqamah untuk berselawat 20 ribu kali sehari.
Kebetulan juga saya ada membeli tasbih digital yang ada bluetooth dengan telefon.
Barang sampai sehari sebelum 1 Muharram dan pada detik selepas itu saya pasang azam untuk dapat angka yang sebesar itu setiap hari.
In sha Allah kalau rajin dan ada masa saya akan buat review produk tersebut.
Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapat tasbih digital ini boleh cari di pautan shoppe yang sahabat saya punya.
NOTA KAKI:
Diterbitkan pada 2 Muharram 1448H jam 1846 waktu solat di Samarahan.

Salam Maal Hijrah
Sama-sama kita niat untuk berubah kerana Allah Taala.
Salam Maal Hijrah. Semoga setiap masa berganti tahun kita dapat memperbaiki diri tidak kira dalam aspek apa pun terutamanya bab ibadah dan jalan untuk kembali ke sana. Tahniah berjaya mencapai 30% daripada azam kejayaan, ketenangan dan kekayaan. Semoga terus ada progress nya ye. Semoga kita sentiasa dikurniakan rahmat dari sisi Allah
Terima kasih dan berharap kejayaan boleh tercapai lagi untuk 50% nanti…
in shaa Allah..
Aamiin
salam maal hijrah… cantik tasbih digital tu
Terima kasih.
Pakai pun sedap.
nanti ada kerajinan saya akan buat review juga
Selamat Tahun Baru Islam ya mas 🙂
Moga tahun ini jadi tahun yang baik bagi kitorang semua.
Salam Maal Hijrah juga buat mas.
Pasang azam untuk dapat yang lebih baik pada masa yang akan datang.