Setiap kali masuk tahun baharu atau Maal Hijrah, tidak kira tahun Masihi atau Hijriah, tentu ada perkara yang sering bermain dalam fikiran kita semua iaitu azam.
Ya, azam yang mungkin sama setiap tahun — dan mungkin juga hanya tinggal angan-angan. Tapi kali ini jangan jadi angan-angan. Usahakan untuk jadi kenyataan. Bisa dong !
Namun sempena Awal Muharram pada tahun 1447 ini, saya mahu buat sedikit kelainan.
Saya pilih tiga azam yang ringkas tetapi cukup memberi kesan kepada hidup saya sebagai seorang manusia biasa yang mahu berubah secara perlahan-lahan.
Doakan kejayaan saya ya, wahai sahabat semua.
Apa azamnya?
Table of Contents
1. Kurangkan media sosial

Saya akui, saya antara orang yang banyak habiskan masa di media sosial. Kadang-kadang bukan sebab penting pun, cuma sekadar nak scroll tengok update orang.
Tanpa sedar, masa berlalu begitu saja. Rugi itu pasti. Gembira entah ke mana..
Jadi, tahun ini saya nak kurangkan. Tak perlu buang terus, cuma kawal diri dan disiplin dengan tuntutan waktu yang terbatas.
Mungkin hadkan masa sejam sehari, cukup untuk update blog, baca komen atau balas mesej penting ataupun berblogwalking ke blog kawan-kawan.
Lihat sekali sekala YT, TT dan IG serta FB.
Lagi pun, bila kurang tengok media sosial, hati jadi lebih tenang dan fikiran lebih damai. Dalam medsos banyak informasi yang bercampur aduk baik yang bagus atau yang sebaliknya.
Bukan itu saja, medsos juga sarat dengan hiburan yang melekakan hingga fahaman hedonisme ( mengutamakan hiburan) meresap jauh dalam fikiran kita.
Dalam medsos juga banyak penampakan hidup senang, mewah dan gaya keunggulan. Tak perlu bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Apa yang kita ada, kita syukuri. Insha Allah dengan bersyukur nikmat boleh bertambah.
Percayalah..
2. Bangun jam 4 pagi

Ini antara azam yang paling mencabar, tapi saya nekad nak cuba dan amal. Bukan semata-mata nak tunjuk hebat, tapi lebih kepada mencari ketenangan di awal pagi.
Pasti banyak halangan dan dugaan seperti mata sangat mengantuk, keletihan, tidak cukup tidur dan sebagainya. Namun bak kata orang, kalau hendak seribu daya dan kalau tak nak seribu alasan.
Bayangkan bangun awal, boleh solat sunat, baca al-Quran, tulis entri blog atau sekadar duduk diam sambil hirup kopi panas. Pergh…layan tu.
Suasana pagi lain macam nikmatnya. Sunyi, damai dan terasa dekat dengan Allah SWT.
Lagipun, bila bangun awal, hati jadi lebih panjang. Banyak kerja boleh siap sebelum matahari naik.
Boleh tonton video bawah ini mengapa bangun awal pagi itu sangat bagus dan baik untuk kesihatan dan percapaian kejayaan peribadi.
3. Banyakkan baca buku

Buku memang tak pernah mengecewakan. Setiap helaian ada ilmu, ada inspirasi. Tapi nak baca sampai habis dengan cepat, konsisten dan banyak.
Itulah cabaran sebenar.
Tahun ini saya cuba target satu buku sebulan. Lebih banyak lebih baik.
Tak kisah buku motivasi, travelog, sejarah, agama atau novel yang ada nilai kehidupan. Kalau boleh buku terbaik yakni bestseller yang ditulis penulis hebat dan ikon mahsyur seantero dunia.
Yang penting, otak sentiasa bekerja dan hati sentiasa belajar sesuatu yang baharu.
Bila banyak baca buku, tulisan pun jadi lebih matang. Idea datang mencurah-curah dan ianya sesuai sangat untuk penulis blog macam saya ni.
Nasib baik ada perpustakaan mini di rumah. Jadi boleh saya lepak di tempat situ tanpa ke mana-mana. Sambil-sambil minum kopi dan jajan yang tinggi protien.
Penutup
Tahun 1447 ini tak perlu azam yang terlalu besar. Cukup tiga ini dulu: kurangkan media sosial, bangun awal pagi, dan rajin membaca buku.
Semoga dapat istiqamah walaupun perlahan, insya-Allah hidup akan lebih seimbang — dari sudut spiritual, emosi dan intelek.
Saya kongsi di sini bukan kerana saya dah berjaya, tapi sebagai catatan untuk diri sendiri.
Kalau anda pun ada azam yang hampir sama, kita geng!
Semoga Maal Hijrah ini membawa lebih banyak ketenangan, keberkatan dan semangat untuk terus jadi insan yang lebih baik.
Manalah tahu kita ditakdirkan Allah menjadi kaya, berjaya dan bahagia dengan asbab perkara yang kita bincang tadi.
Kalau bukan sekarang, bila lagi ?
Sudah tentu sentiasa letakkan diri dengan prinsip ini yakni jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Always keep in touch dan salam Maal Hijrah semua.

Azam yang bagus.
Sayapun tidak mampu bangun awal 4 pagi sebab nak tunggu Subuh rasa lama. Hehe.
Semoga azam yang diniatkan, terlaksana. Amin.
Kalau di Sarawak tak lama sebab Subuh jam 5.20 pagi hehehe
Ha saya pun kena berazam kurangkan melayari media sosial sebab sakan betul saya melagho. Haish. Bangun 4 pagi pun kena diusahakan lagi-lagi umur udah mahu masuk 50an ni. Baca buku setakat ini masih dibuat walaupun tidak capai target yang diharapkan.
Tidak dinafikan melayan medsos antara aktiviti paling meleka
rasa seronok itu mengatasi rasa bosan terutama berbentuk hiburan
sebab itu kalau dapat dikurang…memang terbaik
Semoga tercapai 3 azam tersebut. Biar sikit dan kita fokus. Salam Maal Hijrah 1447H.
Aphizha recently posted…Jus Alpukat Creamy Nyummy
Terima kasih dan salam Maal Hijrah…juga
Semoga azam Encik Hanafi sempena awal Muharram esok, terlaksana dengan jayanya. 💪🏿
Saya memang weekday, bangun 4 pagi. Tapi masuk dapur, masak. Nak kuatkan azam untuk tahajud dulu. Urusan dunia, kemudian. Insya-Allah.
terima kasih Puan Nur.
sama-sama kita berhijrah ke arah lebih baik untuk tahun ini
saya pun akan mencuba buat azam spt yg sdra napi tuliskan tu. skrg ni dah biasa terbangun jam 4 am… cuma x buat mana amalan sunat tu. huhuhu
abam kie recently posted…Bila anak kurang pandai belajar
wah…terbaik la abam Kie kalau bangun 4 pagi
bukan semua mampu buat perkara macam tu
mudah-mudahan segalanya dipermudahkan… aminnnn
Aamiin..
sama-sama kita berdoa ke arah kebaikan
semoga berhasil dan bisa konsisten bang. susah nih, memang terlihat mudah, tp pada dasarnya tak mudah utk bangun PAgi2 sangat dan memulai hari 😁. saya pun masih blm konsisten
Nampak macam senang, tapi realitinya memang mencabar—lagi-lagi nak bangun awal dan kekalkan semangat tu setiap hari. Kadang-kadang semangat naik, kadang-kadang jatuh… itu normal.
Yang penting, jangan putus asa. Perubahan kecil yang konsisten lebih baik daripada perubahan besar tapi sekejap. Kalau hari ni tak berjaya, esok cuba lagi. Lama-lama akan jadi kebiasaan.