Kisah menemani anak medical check up

Alkisah bermulanya satu cerita…saya tengah bekerja. Tiba-tiba ada satu panggilan dari pejabat sekolah Sainsku ( SM Sains Kuching).

Dia nak pengesahan kemasukan anak saya ke Sainsku.

Saya ada ya, terima dan diberitahu untuk melapor pada 18 Mac ini.

Dia tanya adakah anak saya sudah buat medical check up?

Saya terpinga-pinga sebentar.

Rupanya perlu buat medical check up sebelum ke sekolah.

Saya terus check website dan didapati ada PDF Buku Kemasukan Pelajar belum saya muat turun untuk dicetak.

Dalam PDF tersebut mengandungi 23 muka surat yang menerangkan panduan, borang dan surat yang perlu ditandatangani.

Aduh, betapa jahilnya saya walaupun ada pengalaman sebelum ini dengan anak sulung yang masuk MRSM dan anak kedua yang masuk sekolah agama berasrama penuh.

Keesokan paginya, saya bawa anak pergi ke poliklinik kerajaan untuk buat medical check up.

WAJIB BACA :   Buat Blog Dapat Duit Hanya Dua Ringgit

Sampai di pintu utama, pihak klinik memaklumkan  saya bahawa tiada janji temu untuk tujuan tersebut pada sebelah pagi.

Mereka pesan untuk datang semula jam 2 petang dan buat janji temu dalam MySejahtera.

Alamak, MySejahtera masih terpakai lagi rupanya.

Saya dah uninstall aplikasi  tersebut  dan terpaksa install semula.

Ya, memang betul memang perlu buat janji temu untuk tujuan medical check up.

Tetapi pada tarikh 13 Mac 2024, semua slot sudah penuh.

Yang kosong pada 20 Mac 2024 iaitu tarikh yang paling dekat.

Saya check info dalam Mysejahtera tentang janji temu di Poliklinik lain yang berdekatan tetapi tiada tarikh pada hari tersebut.

Semata-mata nak cuba nasib, saya dan anak pergi lagi ke Poliklinik pada sebelah petangnya.

WAJIB BACA :   Kereta Sport Lotus Exige Cup 380

Sampai di bahagian kaunter pendaftaran, staf yang bertugas terus tanya janji temu dalam Mysejahtera.

Saya kata belum buat kerana tiada kekosongan pada tarikh tersebut.

Staf yang bertugas reject kami berdua dan maklumkan terpaksa berbuat demikian untuk beri laluan kepada mereka yang sudah buat janji temu dalam Mysejahtera.

Mana tidaknya saya buat last minute dan secara walk in.

Kesilapan berlaku bukan sengaja tetapi kerana terlepas pandang.

Saya kata dengan anak, pergi saja ke klinik swasta yang ada buat perkhidmatan medical up.

Bayar lebih pun tidak apa kerana perkhidmatan yang percuma sudah tertutup peluangnya.

Dari poliklinik kami terus pecut ke klinik swasta.

Klinik pertama yang kami pergi tidak dapat buat medical check up kerana tiada mesin X-tray.

Bagaimanapun, doktor di situ sarankan kami pergi ke klinik yang satu lagi.

WAJIB BACA :   Cara Memasarkan Produk Di FB

Tanpa membuang masa, saya terus pecut ke klinik yang disarankan.

Alhamdulillah, di klinik tersebut anak saya berjaya buat medical check up.

Sekejap saja doktor buat.

Check tekanan darah, jantung, mulut, mata dan tanya tentang alergik.

Saya tanya kenapa tak buat X-tray.

Doktor kata tidak perlu kerana kesihatan anak saya berada dalam tip top.

Tiada apa yang nak dicurigai.

Fikir logik, X Ray cuma prosedur yang diperlukan dalam keadaan tertentu

Proses medical check up anak selesai dengan bayaran RM45.

Cuma saya terkilan kerana masa banyak terbuang kepada sesuatu yang tidak pasti.

Tidak pasti kerana tidak cukup informasi.

Bahkan saya tidak sangka Mysejahtera masih berfungsi lagi.

Sekian saja…kisah kami anak beranak buat medical check up.

Comments 24

  • Tahniah utk anakanda 👍
    Alhamdulillah selesai satu bab.
    Anak Sy juga sudah selesai medical check up, insha Allah akan mendaftar pada 18/3 juga di SMKA.

  • ada sesetengah klinik masih menggunakan mySejahtera…lagi2 untuk tujuan medical chek up mcm nie…kalau sakit2 demam masih boleh walk in, tapi dekat kaunter stil kena isi mySejahtera..

    tahniah anak nya diterima masuk SMS Kuching, semoga sukses selalu..aamin

    • Sebenarnya ada bagus juga guna sistem janji temu dalam Mysejahtera..

      Lebih mudah untuk buat tapi kadang-kadang perlu terima walkin juga jika jumpa kes medical check up budak yang masuk sekolah..kan

  • aduhai itulah nak kata kita salah ke tak cukup informasi ataupun memang kurang pendedahan berkenaan penggunaan MySejahtera masih lagi perlu.. hurmmm
    anamizu recently posted…Marhaban Ya Ramadhan!My Profile

  • huhuhu.. pedoman untuk ldy suatu hr nanti… supaya semak secara keseluruhan.. huhuhu..

    apa2pun semoga Allah permudahkan semua urusan mr hanafi dan anak.

    selamat berpuasa..

  • Ya ke MySejahtera masih digunakan? Saya pun baru je uninstall MySejahtera ni kemudian terlupa pula kata laluan…..Mungkin digunakan di Klinik Kerajaan sahaja agaknya.

    Nasib baik juga boleh buat di Klinik Swasta ya. Mendebarkan juga pergi sana sini tapi akhirnya berjaya buat juga.

  • Bila anak nak masuk asrama, macam-macam benda kena uruskan. Nanti nak masuk U pun, kena buat juga. Saya pergi klinik swasta terus, sebab lebih cepat.

  • teringat semasa nak masuk ke SM Sains Machang Kelantan pada tahun 1986 dulu, sy pergi buat medical checkup di HUSM Kubang Kerian….
    abam kie recently posted…8 places you should never keep your phoneMy Profile

  • saya yang baca ni
    pulak yang rasa letih
    adehhh…
    tak apa laa
    janji semuanya dapat diselesaikan
    sebaiknya…

  • syukur alhamdulilah sudah selesai medical check up nya, jadi pelajaran bagi orang tua lainnya untuk mencari informasi lebih lanjut, maklum kalau dari pemerintah memang agak ribet aturannya.

  • MySejahtera sekarang kembali digunakan untuk proses appoinment klinik. Macam klinik gigi juga perlu buat appoinment melalui MySejahtera. Malah bagi yang layak terima skim perubatan madani juga boleh claim melalui MySejahtera. Jangan uninstall app MySejahtera sebab banyak yang kita boleh claim secara percuma dengannya

  • Saya yang baca pun turut sama terasa jenuhnya tuan. Alhamdulillah selesai juga check up anaknya. Nampaknya kena install semula la applikasi mysejahtera ni

  • di sinipun aplikasi satu sehat dah saya uninstall bang 🤣. moga2 tak ada lagi dipakai hahaha. tp memang saya dengar aplikasi ini nantinya akan trus dipakai utk me record semua vaksin yg pernah kita dapat, atau temu janji dengan rumah sakit utk check up dll.

    tapi rasanya blm lagi dimulai. suami saya med check Bbrp waktu lalu tak pakai pun satu sehat ini 😅.

    Alhamdulillah result check up anak bagus semua yaa. semoga lancar juga buat sekolah nya

    • Ia tetap akan diguna cuma tidak sekerap kalau ada Covid-19 dulu.

      saya pun berharap jangan ada lagi berlaku selepas ini..

      Biarlah kita hidup dalam suasana yang aman dan damai serta bebas penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge