Senarai prospek sudah siap dikemas kini

prospek

Dalam bidang perniagaan takaful atau bidang yang sewaktu dengannya, prospek adalah tunjang kesinambungan bisnes. Prospek yang ramai atau seramai yang boleh memang digalakkan.

Paling minima sekalipun mesti ada 100 orang nama prospek dan nombor untuk dihubungi sebagai permulaan.

Mrhanafi sudah mula mengumpul senarai nama mereka. Dulu-dulu sewaktu menyertai bisnes jaringan pun ada menggunakan senarai prospek.

Cuma tak seramai yang mrhanafi kumpulkan ketika iniDemi menjaga privasi dan bisnes strategi memang mrhanafi tak nak kongsikan dalam artikel blog.

Boleh kan. Tak akan nak kecik hati kot.

Prospek ada banyak kategori. Ada yang kita kenali seperti ahli keluarga, sahabat handai, sanak saudara, teman sekerja dan orang-orang yang berada disekeliling kita.

Prospek

Kategori ini adalah ‘hot prospect’. Mereka adalah prospek yang ada keperluan terhadap takaful.

Cuma tidak semua yang berminat dan mampu ,emcarum. Sebab itu prospek yang kita kenali tersebut tidak mencukupi. Ia mesti ditambah dan diperluaskan dari masa ke semasa.

Kita mesti memperbanyakkan senarai prospek kepada kategori golongan yang tidak dikenali. Kategori ini ialah ‘cold market’

Jumlah mereka sangat ramai. Mereka mungkin ada yang tercari-cari wakil takaful untuk mengurus wang mereka agar dicarum pada tempat yang betul.

Mereka golongan yang ada kesedaran tinggi terhadap keperluan takaful.

Minta doalah ya. Harap-harap golongan tersebut ada dalam senarai prospek mrhanafi. Sekarang menunggu panggilan telefon mrhanafi. Mungkin pembaca adalah diantarannya.Hehehe.

prospek

Para pembaca atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam bisnes yang berkaitan boleh menggunakan cara mrhanafi menyimpan senarai propek.

Mrhanafi menggunakan cara manual atau tulis dalam buku log. Boleh juga menggunakan komputer yakni Microsof Excel atau telefon pintar. Sejujurnya mrhanafi masih gemar kepada tulisan tangan.

Cara otai tetap berbisa.

Prospek

prospek

Senarai prospek yang bagus semestinya ada nama dan no telefon yang boleh dihubungi. Kita akan hubungi mereka untuk membuat janji  temu.

Kebiasaannya panggilan dibuat secara rambang dan panggilan juga jarang untuk diangkat oleh si penerima.

Ramai yang akan menolak untuk membuat janji temu dengan alasan mereka ketiadaan masa. Wakil takaful jangan takut atau berputus asa untuk terus mencuba.

Menurut mereka yang sudah otai dalam bidang ini ratio panggilan ialah 10 nisbah 1.

Faham ke tak faham.

Setakat ini dulu penulisan mrhanafi kaitan topik ini. Carilah dan senaraikan prospek yang sebanyak yang boleh.

Dalam ramai tu sudah pasti seorang dua akan menjadi pelanggan kita.

Dalam artikel yang akan datang mrhanafi akan menulis pula berkaitan skrip panggilan untuk prospek.

Skrip yang bagus dan menarik akan mengurangkan peratusan ‘rejection’ kepada prospek untuk diajak janji temu.

Sekian. Salam sayang semua dan selamat membaca

  • Kemas kini 6/7/2022
  • Kemas kini 12 /9/22

Artikel berkaitan

14 thoughts on “Senarai prospek sudah siap dikemas kini

  1. Terbaik laa bro! Kurang dari 6 bulan bro join projek takaful nie mesti dah ribu2 prospek nie…. tak pelik kalo bro bleh menang award dari company nanti…ameen!

  2. Sebenarnya Mr. Hanafi tak susah pun nak mencari prospek.
    Dengan kepakaran menulis blog yang Mr. Hanafi sekarang akan dapat memudahkan Mr. Hanafi untuk mencari prospek.

    Kalau nak tahu caranya boleh baca ebook Belajar Buat Blog..

    In Shaa Allah, Mr. Hanafi akan dapat mengumpul lebih banyak prospek dengan lebih praktikal..
    Anuar recently posted…Contest SEO : Belajar Buat BlogMy Profile

  3. Pada pendapat sayalah kan…tulis saja secara detail info mengenai hibah di blog Mr Hanafi ni. Biar nampak padat sebab bila kita tahu apa yang kita tulis insyaallah pasti nanti ada yang berminat. Kalau orang lain tiru itu tandanya Mr Hanafi telah berjaya mendahului orang lain. Sebagai contoh , text copywriting saya untuk produk sebelum ni selalu di tiru malah testimoni pun .Walaupun sakit hati tapi saya tetap pandang dari sudut positif. ( Warning saya bagi jugak mana yang tiru bulat bulat tu he he ).

    1. wah…bagus juga idea nie…

      alang-alang dah jadi blogger buat kerja pun cara blogger …

      terima kasih atas nasihat yang begitu hebat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge