Percubaan detoksifikasi telefon pertama di dunia

 detoksifikasi telefon

Perkataan detoksifikasi tentulah signifikan dengan tubuh badan dan kesihatan tetapi bagaimana kalau detoksifikasi telefon. Tentulah sesuatu yang baharu walaupun bukan terlalu asing.

Namun ianya pertama di dunia buat saya secara peribadi. Sebab dengan detoksifikasi telefon saya akan membuang elemen, anasir dan toksid daripada terus membayangi kehidupan seharian.

Saya cukup tertarik dengan cara blogger Fanny yang mengamalkan detok media sosial. Beliau sanggup uninstall aplikasi media sosial seperti IG dan FB selama tiga bulan.

Tujuannya supaya dapat memulihkan mood dan beliau akui akan lega selepas berbuat demikian.

Penulis falsafah komputer, Jaron Lanier dari Amerika Syarikat berpendapat sesiapa yang meninggalkan media sosial seketika, mereka akan mampu melihat lebih nyata tentang diri sendiri dan kehidupannya.

WAJIB BACA :   Broadband M bermasalah bikin panas hati [ Edisi kemas kini]

Sebelum ini saya ada menjalani dua program besar iaitu potong gula dan potong medsos. Perkembangan program tersebut akan saya kemas kini dari masa ke semasa.

Detoksifikasi telefon

detoks telefon

Kini saya dalam proses percubaan detoksifikasi telefon. Semasa proses tersebut, saya akan mengurangkan masa dan perhatian kepada gajet yang dianggap pintar oleh hampir semua orang.

Ironinya, saya sudah biasa menjauhi telefon ketika memandu dan dalam masjid. Bahkan dalam gym dan semasa aktiviti brisk walking di taman rekreasi pun saya berbuat demikian.

Bagi menambah baik saya hanya menggunakan gajet tersebut dalam tempoh yang singkat dan tertentu sahaja di luar waktu bekerja.

Bagimanapun masa bekerja hakikii memang tidak boleh nak elak kerana telefon adalah komunikasi wajib terutama WhatsApp.

WAJIB BACA :   Persiapan Mental Sebelum Berhenti Kerja

Waktu terbaik untuk buat detoksifikasi telefon semasa hendak tidur dan waktu santai.

Pada waktu tersebut boleh digantikan dengan membaca buku fizikal. Mungkin dengan cara ini boleh memaksa diri supaya ada masa  untuk membaca.

Saya amat khuatir jika saya semakin hilang minat untuk membaca buku sebagaimana sebahagian besar generasi masa kini.

Hanya segelintir sahaja masih menjadi ulat buku dan mereka antara orang yang hebat, bertuah dan istimewa.

Mudah-mudahan dengan cara ini nanti, saya akan alami perubahan yang lebih positif dan lebih sukses.

In shaa Allah dan aamiin.

24 thoughts on “Percubaan detoksifikasi telefon pertama di dunia”

  1. Bagi saya, info dalam medsos ada yang penting walaupun ada yang buruk. Kalau saya bukak medsos, saya akan tengok group atau page yang perlu je. Saya takkan scroll bahagian home. 😅

    Reply
    • Memang betul dan tidak dibafikan.

      Medsos umpama pisau…boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan.

      persoalannya kini terletak kepada empunya diri.

      Reply
  2. keje sy related dgn socmed. so mmg susah laa nak detoks benda2. tp bkn 24j sy hadap socmed… ada jg yg sy x buka kalau x penting

    Reply
  3. harus diakui isi dalam medsos itu sering buat overthinking, mood drop. saya banyak dpt berita ttg case bunuh yg ntah kenapa skr banyaaak sangat. lalu berita ttg musibah , belum lagi kalo Indonesia sedang ramai ttg gempa megathrust yg hanya menunggu waktu. Krn Indonesia ini memang dikeliling cincin api yg banyak menimbulkan gempa. jujur saya stress baca hal2 begitu.

    ini pun sudah mulai terpikir nak off dulu dr medsos. tp Krn ada beberapa kerjaan , Jadi msh harus buka

    kalo handphone agak susah. Krn memang kerjaan saya memaksa pakai hp 🤣.

    Reply
    • Tidak dapat dinafikan kerja dan tugas memerlukan kita bergantung dengan telefon

      Kawalan diri kita saja penting dalam hal demikian

      Reply
  4. Ada juga detoks itupun sebab internet tiada selama 2 minggu. Haha rasa macam ketinggalan.
    Kalau ada hp yang tidak pakai beria saya satu ya

    Reply
  5. saya sudah hampir tiga minggu detoks medsos, masih berusaha …biasa”aja tuh bang…tapi kalau telfon paling hanya WhatsApp saja untuk tetap terhubung, saya juga memang gak di biasakan pegang hape berjam-jam.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge