Malam pertama tidur dengan kejayaan 10 ribu langkah

Malam pertama

Malam pertama biasa dikaitkan dengan pengantin baharu atau orang baru kahwin. Namun perkongsian kali ini tidak berkaitan dengan kisah malam pertama golongan tersebut. Harap maklum ya.

Hujung minggu lepas saya ada banyak masa. Kesempatan tersebut saya gunakan untuk menjalani misi hebat yakni berjalan kaki dengan sasaran 10 ribu langkah.

Berjalan 10 ribu langkah adalah saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjaga kesihatan kita secara umum. Ia memang mudah, praktikal dan murah dari segi kosnya.

Cuma masa, kemahuan dan kemampuan yang membatasi saranan tersebut.

Berbalik kita kepada kisah utama.

Seusai kuliah Subuh di masjid, saya terus bergegas ke tasik buatan di taman perumahan tempat saya bermukim.

WAJIB BACA :   Senaman jalan kaki bakar kalori

Tempat ini memang menarik. Sudah siap dengan trek pejalan kaki. Ada rimbunan pokok-pokok renek dan ada juga kerusi batu disediakan untuk berehat seketika.

Cuaca pada pagi tersebut sangat cerah walaupun jam masih menunjukan lapan pagi tetapi kehangatan mentari amat terasa sekali.

Kesan gigitan terik mentari pagi mencucuk-cucuk kulit saya yang sensitif tersebut.

Untuk makluman, satu pusingan trek pejalan kaki kira-kira mengambil masa 12 minit hingga 15 minit. Ia amat bergantung kepada kelajuan dan langkah seseorang.

Alhamdulillah saya berjaya dalam misi tersebut. Saya bermula jam 7.00 pagi dan berakhir 8.22 pagi yang mengambil masa 1 jam 22 minit.

malam pertama

Jika ditanya bagaimana saya melaluinya, sudah tentu pelbagai perasaan berrcampur-baur.

WAJIB BACA :   Inilah muzik suruh mata mengantuk..betul ke ?

Rasa teruja dan seronok pasti ada. Selepas itu bersilih ganti dengan rasa letih dan lesu. Bayangkan pada masa itu mahu saja, saya berhenti kerana sudah satu jam berjalan kaki.

Baru saya faham berjalan kaki sejam dan duduk sejam amat jauh bezanya. Duduk saja sambil layan telefon lebih seronok hehehe.

Apa-apapun saya bersyukur dan menikmati malam pertama dengan tidur nyenyak atas kejayaan berjalan kaki 10 ribu langkah.

Minggu yang akan datang saya akan buat lagi dengan sasaran masa yang lebih baik. In shaa Allah.

Jom kita semua jaga kesihatan dengan gaya hidup sihat dan makan secara sihat.

Mudah-mudahan beroleh nikmat sihat sepanjang hayat.

WAJIB BACA :   7 Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat (Edisi kemas kini)

30 thoughts on “Malam pertama tidur dengan kejayaan 10 ribu langkah”

  1. Alhamdulillah, moga kita semua sama2 istiqomah beriadah. Saya suka makan dulu sebelum brisk walk, isi minyak gitu. Lebih bertenaga.

    Reply
  2. Halo Mas apa kabar?

    Wah bagus Mas kalau sudah mulai rutin jalan kaki pagi.
    Saya rutin jalan kaki setiap pagi, rata-rata jalan kaki sekitar 1 jam. Saya lebih suka berjalan kaki menyusuri jalan-jalan saja. Suka juga jalan kaki dengan trek khusus seperti di Lapang Merdeka, tapi rasanya membosankan.

    Kalau hari Sabtu atau Ahad, porsi jalan kaki saya tambah lebih jauh. Rasanya belakangan populer juga jalan kaki 10 mil atau sekitar 16 km. Beberapa kali pernah saya coba, memang cukup melelahkan.

    Salam sehat selalu Mas…

    Reply
    • saya sihat sihat mas…alhamdulillah

      memang aktivti berjalan pusing-puisng di tempat yang sama memang bosan juga…tapi demi kesihatan lalui sahaja

      Reply
  3. baguuuus Abang ,👍👍👍. semoga bisa dimaintain. memang tak mudah nak membangkitkan mood olahraga itu. apalagi jogging atau brisk walk. jujur saya lebih suka gym drpd brisk walk. tp cardio macam ini perlu dan penting juga.

    saya pun kadang start dengan memutar lagu2 yg buat saya semangat utk jalan. 😄.

    Reply
    • Terima kasih Fanny bagi semangat …mmemang bukan mudah untuk sentiasa cergas

      Ia menuntut masa dan sebagainya

      Gym ada kelebihan tersendiri dan cardio dengan briswalking pun ada kebaikan tertentu

      Reply
  4. kalau linda pulak, hari bekerja yang selalu cukup 10 ribu langkah tu…hari cuti, memang bermalas malasan je dekat rumah…hihihi

    Reply
  5. Tak pernah lagi buat sekali harung macam ni. Sekali sekala yang dapat 10,000 langkah tu pun adalah langkah sepanjang hari. Tahniah, yang penting istiqomah.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge