Mana lebih baik, bersenam untuk bahagia atau bahagia dengan bersenam? Dua-dua boleh diguna pakai. Bersenam adalah cara alternatif untuk mengeluarkan peluh.
Lain la kalau pekerjaan rutin seseorang itu memang sentiasa berpeluh. Tak bersenam pun tiada masalah. Sebab paling utama ada aktiviti mengeluarkan peluh.
Bila badan berpeluh kita akan rasa ‘lain macam’. Perasaan ini akan lebih dirasai setelah kita mandi dan membersihkan diri.
Bagi mereka yang suka dengan dunia kecergasan ‘moment’ begini amat dinantikan.Inilah dinamakan sebagai rasa bahagia. Perasaan ini tidak sama dengan orang lain,
Saya kini beralih semula ke aktiviti berjogging. Sebelum ini bersenam di gim. Memandangkan gim masih ditutup kerana wabak Covid-19 agak membimbang.
Bersenam
Pilihan terbaik tentunya jogging dan home workout.
Itupun saya lakukan secara selang-seli. Tidaklah timbul bersenam ini aktiviti yang membosankan.
Berjogging aktiviti luar rumah manakala home workout pula dalam rumah ataupun di luar rumah.
Saya faham ramai yang bersemangat untuk bersenam hanya pada permulaan. Namun tidak dapat konsisten dalam jangka masa yang lama. Perkara lumrah termasuk saya juga. Alasannya kita kan manusia. Betul tak ?
Bersenam perlu dengan pelbagai variasi dan teknik. Tempat yang berbeza dan suasana yang berlainan. Setidak-tidaknya akan menimbulkan rasa bahagia dan suka dengan senaman tersebut.
Mengapa perlu atau wajib kita bersenam ?
Tentulah untuk sihat. Bersenam adalah satu gaya hidup sihat selain menjaga pola pemakanan.
Kedua-duanya saling berkait.
Perlu faham apabila kekal sihat itulah kebahagiaan yang wajib disyukuri.
Saya pernah ternampak satu cogan kata yang terpapar besar di sebuah hospital.
“ SIHAT SEPANJANG HAYAT ”
Cogan kata ini memberi motivasi dan inspirasi. Usahakan untuk terus sentiasa sihat fizikal, mental, emosi dan spiritual.
Konsisten bersenam, jaga pemakanan, cukup tidur, beriadah serta beribadah dengan kualiti.
Mudah-mudahan boleh mencapai dan mengapai apa saja yang kita ingini terutama dalam kesihatan.
Semoga kita semua beroleh rasa bahagia.
Itu sahaja untuk kali ini dan jangan malu-malu untuk teruskan bacaan ke artikel di bawah:
- Kemas kini 8/12/24
Teman bersenam untuk sihat dan cergas… Tapi itu la kan, nak kekalkan momentum diri untuk kekal bersenam tu agak mencabar jugak la kan… tuan admin ada tips tak untuk kekalkan momentum bersenam?
tipsnya mudah sahaja.
kalau langgar disiplin untuk bersenman kena denda kepada diri sendiri.
paling sempoi kena gandakan masa untuk bersenam.
jika biasa 30 minit. .lanjutkan kepada 1 jam dan seterusnya
memang susah nak konsisten bersenam..nak mulakan setelah berhenti sekian lama pun susah juga…plannya aje kencang…macam mana nak dapat motivasi ni ya..
Sunah Sakura recently posted…All You Can Eat Dim Sum di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel
untuk dapatkan motivasi begitu..selalunya baca blog ini hehehehe
baca ni buat mama pun teringin nak pi bersenam
jom la bersenam.
mulakan dengan yang senang dan mudah terlebih dahulu.
bila dah terbiasa barulah cuba yang sukar pulak
bersenam secara jogging ni byk kelebihan..satu bakar kalori..cuci lemak..dan satu lagi cuci mata..segar rasanya haha
Snapbackpacker recently posted…Alatan Portable Smart Travel yang Berguna Ketika Travel
dan juga cucu paru-paru bro hahaha..
cuci mata juga pebting untuk lihat keindahan alam
bersenam utk kesihatan…badan rasa best je lepas bersenam..
itu sudah senestiya bro..
saya sudah alaminya
sekarang nk brsenam xde masa..semua sibuk cari duet..yg penting pemakanan tu kena jaga..
zulmuhamamd recently posted…Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN 2021 Sudah Tamat
kalau tak dapat bersenam secara formal..
boleh juga buat rengangan badan sebelum tidur tuan,
memang ianya juga bermanfaat
saya bersenam seminggu 2, 3 kali je. Bukan hari2 pun. Kalau ada time tengok drama korea kat tv, time tu la saya bersenam. Tak de la berlari2 ke apa. Setakat skiping, buat tabata.. macam tu je la..
yang penting jangan tinggal.Bila dah tinggah susah sangat nak mula kan balik.
bersenam banyak cara.
cara yang mudah dan senang untuk konsisten adalah sangat bagus.
skipping memang bagus untuk bakar kalori..
semoga diteruskan.
betul tu bro.. lepas berjoging .. biasa badan lebih segar dan lebih bersemangat melakukan aktiviti harian…
hairul hissam recently posted…Melayu Malas. Kita Semua Dah Kena Tipu
sebab amat digalakkan untuk bersenam..
badan cergas dan minda pun cerdas
Bila kita sihat pasti kita bahagia dalam kehidupan kita.
tepat sekali bro..
Zumal bersenam naik turun tangga rumah je sekarang 🤭 moga dapat bahagia itu
Zumal recently posted…SEGMEN BLOGLIST TERPANJANG
senaman yang bagus juga..
janji keluar peluh dan akan bahagia la akhirnya
Nak bersenam untuk kesihatan . Heheh
bersenam memang untuk kesihatan dan kecantikan..jangan lupa tu
berjinak la sikit-sikit untuk bersenam .
sikit-sikit lama jadi tabiat
tepat sekali bro…saya memang bersetuju..
dua dua pun boleh
memang jawapannya untuk dua-dua.
saje jer untuk buat tajuk yang catchy
ada logiknya tu..
bila badan sihat..otak pun cergas