11 rahsia untuk kekal bahagia

Sekali lagi saya berpeluang untuk mengikuti webinar bersama Tuan Zuhairi Nopiah baru-baru ini. Dalam kesempatan tersebut, Tuan Zuhairi berkongsi dengan para peserta tentang 11 cara untuk kekal positif.

Saya ubah tajuknya menjadi 11 rahsia untuk kekal bahagia. Istilah kekal positif tidak lari dari maksud bahagia.

Sejujurnya webinar ini memang menarik. Bukan sahaja bermanfaat kepada kami malah bernilai untuk diadaptasi dalam kehidupan pembaca di luar sana.

Maklum sahaja dunia kini semakin besar ujiannya dan semakin mencabar dugaannya.

Ujian dan cabaran ini akan membawa kepada stress dan depresi.

Punca stress dan depresi kerana faktor dalaman dan luaran seorang.

Faktor dalaman mungkin kecelaruan emosi dan gangguan fikiran. Mungkin juga ketidakseimbangan hormon.

Zaman media sosial katakan. Masa dan tenaga banyak dihabiskan untuk melayari Facebook, Instagram, Whatsapp dan banyak lagi.

Faktor luaran mungkin konflik keluarga dan juga krisis kewangan. Ditambah lagi dengan keadaan sekarang ini.

Wabak Covid-19 masih berleluasa. Kegawatan ekonomi semakin meruncing dan gejala sosial kian membarah dalam masyarakat.

Sampai pada satu tahap, saya berkata kepada diri sendiri.

“Dunia oh dunia, engkau semakin tua. Kiamat semakin dekat. Rumah kata pergi, kubur kata mari.”

Kita kembali ke tajuk perbincangan..

Kami bertuah diberi peluang untuk mendengar perkongsian ilmu yang sangat mahal dari Tuan Zuhairi Nupiah

Rasanya rugi jika tidak dikongsikan bersama pembaca blog ini.

Jom kita selongkar bersama agar semua dapat manfaat. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah kan.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Pengurusan Masa Paling Baik

Maklum sahaja saya tulis dengan ringkas. Hanya isi penting tanpa ada penghuraian panjang lebar.

Inilah cara untuk kekal rasa positif, kekal bahagia dan ceria

cara memikat hati perempuan

1.Peluk orang tersayang setiap hari

Amalan ini menghasilkan hormon kasih sayang. Peluk dengan ikhlas. Peluk selama 10 saat. Peluk sayang kerana Allah SWT.

Rasa seronok dipeluk dan memeluk akan menarik tenaga positif. Tenaga ini  menarik lebih banyak  benda baik setiap hari.

2.Membantu orang lain setiap hari

Orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Itu yang kita biasa dengar. Pesanan yang diambil daripada hadis Rasulullah saw.

“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3.Sediakan jurnal kesyukuran setiap hari

Jurnal kesyukuran adalah catatan harian. Catat atau tulislah apa sahaja bentuk kesyukuran yang kita perolehi setiap hari.

Dari awal pagi sehingga sebelum kita tidur pada hari tersebut. Lagi banyak yang ditulis lagi bagus.Semasa menulis jurnal, letakkan unsur emosi. Ia penting agar dapat kesan penuh penghayatan.

WAJIB BACA :   Siapa berminat nak join Geng Sayang Bini ?

Mengapa perlu bersyukur ?

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. — Quran Surat Ibrahim Ayat 7

4.Elakkan perbalahan dalam kehidupan

Untuk kekal bahagia ada dua pilihan. Berkata hanya yang baik atau diam. Itu sahaja pilihan yang ada.

Berkata yang baik-baik akan mempengaruhi fikiran dan perasaan penutur itu sendiri.

Malah dalam agama sendiri turut menyatakan kata-kata adalah doa.

5.Sentiasa aktifkan diri

Manusia ada pelbagai kecenderungan mereka. Ada yang dominan kepada visual, audio, kinestik dan perasaan. Gunakan setiap hari.

Gabungkan semua elemen ini agar rasa bahagia setiap masa. Bagaimana nak melakukannya?

Terpulang kepada anda sendiri.Mungkin dengan bersukan, bersiar-siar di petang hari ataupun sekadar berkaraoke.

6.Dapatkan tidur yang berkualiti

Senang cerita. Kurang tidur jiwa akan kacau. Emosi akan terganggu. Cukup tidur akan beri ketenangan dan rasa damai dalan hati.

Tempoh tidur setiap individu berbeza. Ada yang cukup 8 jam atau lebih. Malah ada juga sekadar empat jam sudah mencukupi.

Yang penting tidur nyenyak

7.Senyum kepada orang lain minimum 7 orang sehari

Bagi mereka yang peramah dan ceria, ia bukan susah pun. Senyum sahaja tanpa kata apa-apa.

Senyum itu satu sedekah dan lakukan senyuman dengan ikhlas.

Orang tak membalas senyuman kita, jangan pulak berkecil hati. Senyum diniatkan kerana Allah Taala.

WAJIB BACA :   Kisah Benar Orang Yang Berjaya Dalam Bisnes [ edisi kemas kini ]

8.Buat benda yang kita suka setiap hari

Mungkin hobi atau tabiat yang baik. Tabiat yang kita lakukan secara rutin tetapi kita suka buat.

Kesanya hati gembira dan perasaan girang gembira.

9.Baca buku motivasi setiap hari

Buku mempunyai kesan yang amat kuat kepada minda seseorang. Sebab itu wajar membaca buku motivasi ketika perasaan tengah ‘down’ dan sebagainya.

Baca sedikit demi sedikit secara istiqamah atau konsisten. Lama-lama boleh jadi tabiat yang tidak dapat ditinggalkan.

10.Elakkan cerita peribadi secara terbuka

Ada banyak genre cerita peribadi. Antara yang popular kisah negatif dan gosip. Cerita ini baik kisah sendiri atau orang lain, lebih baik elakkan.

Selain mengundang persepsi tidak baik, ia juga mendatangkan aib kepada semua pihak.

Bagaimana mahu mengecapi bahagia jika menjaja kisah yang sedih, muram dan penuh dendam.

11.Sediakan impian untuk tahun hadapan

Bahasa mudahnya azam. Tibanya tahun baharu pasti kita semua ada azam. Yang lucunya ada azam tahun lepas dan tahun ini belu lagi tercapai hehehe.

Menurut Tuan Zuhairi, kami digalakkan untuk buat LUA Dreamboard.

Tool ini sangat efisien untuk membantu kita merealisasikan impian.

LUA atau Law of Universal Attraction dicipta khusus untuk memahat segala impian dan azam akan nampak jelas terbayang dalam minda bawah sedar.

Yang pasti cara ini, sangat mudah untuk disediakan berbanding cara yang lain-lainnya.

Apabila impian dan azam tercapai saya percaya kita akan rasa kebahagiaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Penutup

Demikiannya 11 cara untuk bahagia atau cara untuk kekal positif dalam mendepani kehidupan yang amat mencabar ini.

Moga ianya bermanfaat untuk pembaca. Jika rasa ia menarik dan sesuai untuk disebarkan tolong saya dengan satu button share.

Mudah-mudahan orang yang suka share yang baik dan positif akan dianugerahkan rezeki yang luas, deras dan berkah hingga ke akhir hayat.

Aamiin.

26 thoughts on “11 rahsia untuk kekal bahagia”

  1. Sejak work from home nie… nak senyum kat sekurang-kurangnya 7 orang agak sukar sekali… Pernah juga terfikir, pakai mask, lepas senyum kat orang… agak-agak orang tau ke kita senyum kat dia…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge