Kisah Benar Orang Yang Berjaya Dalam Bisnes

Siapa Orang Yang Berjaya Dalam Bisnes Mudah Dan Untung.

Mengapa mereka berjaya?

Bertubi tubi pulak soalan demi soalan menerjah dalam fikiran saya.

Orang yang berjaya

Saya nak berjaya dan suka mengkaji kisah orang yang berjaya.Mereka serupa seperti saya tetapi ada perbezaan yang menjadi jurang.Bukan pangkat atau darjat tetapi sikap dan tabiat.

Cara untuk berjaya

kredit : Facebook

Baiklah.Saya nak kongsikan beberapa info penting yang saya perolehi dari pelbagai sumber.

Jom kita baca bersama sama:

1. Sikap mereka berbeza

Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Orang gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mereka sentiasa tidak berpuas hati. Mereka tak sabar.Ciri-ciri usahawan amat berjaya berbeza.

Mereka tidak sedemikian rupa.

Orang berjaya sentiasa bertindak, mereka tidak menunggu sesiapa. Mereka tidak pernah duduk saja.Mereka mengkagumi tokoh Islam yang suka ilmu.

2.Mereka sentiasa pantas

Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan.

Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje. Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yang penting mereka bertindak pantas.

Mungkin itu juga ciri orang genius.Sebab orang genius ini pantas berfikir dan pantas bekerja.

3. Mereka sentiasa invest untuk kejayaan mereka

Invest ilmu

Invest wang

Invest tenaga

Invest masa

Invest pengorbanan

Mereka invest untuk jadi  usahawan muda atau jutawan muda Malaysia

4. Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya

Sebelum bertindak, mereka dah set dalam minda untuk sukses dan hebat.Mereka tak berfikir lain selain untuk berjaya.

5. Mereka berkawan dengan orang yang betul.

Mereka belajar cara orang berjaya lakukan.Mereka ada ciri ciri orang berjaya dalam Islam

6. Mereka tidak bertangguh.

Mereka tidak memberi alasan. Kejayaan adalah kepantasan.Pantas merebut peluang yang terhidang.

7. Mereka tidak terpengaruh dengan kutukan orang sekeiling.

Jangan melayan cakap orang.

Mereka tidak hiraukan perkara remeh temeh.

Mereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang.Itu adalah sifat orang negatif yang mesti dielakkan.

8. Fokus

Fokus pd satu bidang sahaja.

Di mana ada peluang, di situ ada kekayaan.

9. Mereka konsisten dan persisten.

Tak mudah putus asa.

Tak mudah mengalah.

Mereka sentiasa teruja  dan gemar melakukan yang terbaik untuk diri mereka.

Ini  kisah peribadi saya.

Status terkini saya bukanlah seorang ahli peniagaan.Saya merupakan seorang penulis blog yang masih belajar ilmu blogging  dan berusaha membina jenama.

Sudah tentu saya ada keinginan untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya.Ada pendapatan jutaan ringgit dan aset yang bernilai tinggi di pasaran tempatan maupun antarabangsa.

Pendek kata nak jadi orang berjaya di malaysia.Alamak besar la pulak impian tersebut.

Memang ada perancangan untuk memiliki perniagaan sendiri.Ada jenama yang boleh dikomersialkan.Semuanya dalam perancangan dan tengah difikirkan secara halus dan mulus serta telus.

Sesuai dengan prinsip fokus maka  saya belum lagi menceburi mana-mana perniagaan lain kecuali aktiviti affiliate sebagai cara penjanaan pendapatan.

Lihat pendapatan pasif dari Program FI$H

Affiliate belum boleh dikatakan sepenuhnya perniagaan kerana urusan jual-beli masih dikuasai oleh para pemilik affiliate sebenar.Namun sebagai blogger memang beruntung kerana ada platform untuk mengetengahkan apa jua perniagaan dalam blog.

Saya memang nak menjadikan perniagaan sebagai kerjaya kedua selepas blogger.Dengan perniagaan kita boleh membina platform untuk anak-anak muda mencari rezeki dan mereka kisah orang berjaya dalam perniagaan

Kisah  kejayaan pengasas Hyundai..

Saya  kongsikan satu kisah orang terkaya di Korea Selatan.Mana kita tahu kisah ini bakal menjadi inspirasi kepada kita semua untuk berjaya sebagaimana kejayaan beliau.

Sebab kalau nak berjaya mesti ikut cara orang kaya dan berjaya berfikir serta  bekerja.Maksud saya ikut yang baik dan tinggalkan perkara yang kurang sesuai.

Orang terkaya yang saya maksudkan ialah Chung Ju-hyung.Nama ini  ramai juga tidak mengenalinya.Namun pada mereka yang suka dengan budaya dan negara Korea mungkin tahu siapa dia Chung Ju-hyung.

Dia adalah orang yang berjaya di dunia.

Chung Ju-hyung ialah pengusaha perusahaan terbesar kereta jenama Hyundai.Kehebatan kisah kejayaan Chung Ju-hung amat menyentuh hati.Betul-betul memberi tamparan hebat kepada kita semua.

Pada tahun 1915,Chung Ju-hyung telah dilahirkan di Asan-Ri,Song-myun,perfektur Tongchon,Kwangwon-do di kawasan pergunungan Korea Utara.Orang tuanya merupakan petani miskin dan hidup dalam kemelaratan.

Adik beradik Chung Ju-hyung seramai 7 orang dan dia merupakan anak yang sulung.Bapanya nekad untuk mengajar dia menjadi petani.Ketika berusia 10 tahun lagi, Chung Ju-yung telah bangun pada pukul 4 pagi dan berjalan sejauh  8KM untuk bekerja.

Waktu usianya mencecah 16 tahun, Chung Ju-hyung telah berhenti sekolah.Menurutnya dia tak belajar apa-apa pun kerana terlalu sibuk membantu keluargannya bertani.Dalam hati Chung Ju-hyung memberontak kerana bekerja keras membanting tulang tetapi hasilnya tidak memadai.

Chung Ju-hyung telah bertekad untuk lari dari rumah untuk mengubah nasib keluarganya.Memang benar dia telah pernah lari dari rumah sebanyak 4 kali tetapi dapat dibawa pulang oleh bapanya.

Keinginan untuk mengubah nasib telah tercetus dalam jiwa Chung Ju-hyung akibat kegemarannya yang suka membaca akhbar harian Dong-a.Ada satu kisah hasil tulisan Lee Kwang Soo telah mengilhamkan Chung Ju-hyung untuk berimpian dan berimaginasi tentang masa hadapan.Dia ingin menjadi orang kaya dan raja dalam pelbagai industri negara.

Tokoh sejarah dalam bisnes.

Kisah Chung Ju-hyung lari buat pertama dari rumah adalah untuk  ke Chungjhin.Ia merupakan satu pelabuhan yang letaknya beratus-ratus kilometer dari kampung halamannya.

Semasa dalam perjalanan ke sana Chung Ju-hyung dan temannya pernah tinggal di tepi jalan dengan kesejukan,kelaparan dan berteman gigitan nyamuk.Sampai di sana mereka berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai kuli pembuat jalan kereta api.

pembuat jalan keretapi

Selama dua bulan sahaja Chung Ju-hyung bekerja di sana sebelum dibawa pulang oleh ayahnya semula ke kampung halaman.

Semasa di kampung halaman Chung Ju-hyung bertekad untuk lari lagi kali buat kedua.Dia telah mengambil 70 won wang ayahnya untuk membeli tiket kereta api,sekolah,makanan dan tempat tinggal.

Chun Ju-hyung masuk ke sekolah akaun dan sangat giat belajar.Habis sekolah dia menghabiskan masanya membaca buku.Dia telah membaca buku tentang Napoleon,Abraham Lincoln dan Sam Koh ( Tiga Kerajaan).Hasil pembacaannya ini dia cukup bersemangat untuk berjuang mencapai impiannya yang cukup besar.

Tanpa disengnaja keratan iklan sekolah akaun telah ditemui bapanya di rumah.Jadi sekali lagi bapanya mencari Chung Ju-hyung untuk dibawa pulang ke kampung.

Bapanya memberi alasan bahawa keluarganya di kampung hidup menderita akibat perbuatanyan yang telah mengambil 70 won dulu.

Ketika kembali ke kampung halaman Ju-hyung lari buat kali ketiga kerana tidak tahan dengan suasana bencana alam.Kali ini dia terus ke Seoul.Di sini dia mula bekerja sebagai kuli di Universiti Korea.Selain itu dia juga pernah bekerja kedai gula dan kedai hasil pertanian.

kedai hasil pertanian

Sifatnya yang suka bekerja keras dan rajin memikat pelanggan telah memberi kepercayaan kepada majikannya untuk melantik Ju-hyung menjadi pengurus.

Ketika ini barulah Ju-hyung dapat menarik nafas lega.Ada pendapatan yang agak lumayan.Dengan pendapatan tersebut  dia mampu membeli tanah untuk diberikan kepada  keluarganya di kampung.

Ketika pulang kampung atas permintaan keluarga,Ju-hyung telah dijodohkan dengan gadis muda bernama Byun Joong-seok.Mereka bernikah atas pilihan keluarga.Umpanan keluarganya supaya dia menetap di kampung tidak menjadi.

Ini kerana impian yang sangat kuat telah membawa Ju-hyung kembali ke Seoul.Pada waktu ini dia telah berjaya membuka kedai hasil pertanian yang sama seperti tempat dia bekerja dahulu.Nama kedai tersebut ialah Kedai Kyongil.

Sayangnya ketika dua tahun beroperasi,Jepun telah menguasai Korea ketika perang Korea Jepun.Habis semua kedai dirampas dan telah memaksa Ju-hyung kembali ke kampung halaman.

Kisah orang terkaya di Korea Selatan sebenarnya baru bermula.Kita lihat sendiri bagaimana kekuatan emosi dan besarnya impian Chung Ju-hyung dalam mengubah hidupnya.Dia tidak pernah mengalah.Dia terus bangkit walaupun kesukaran dan rintangan bertali arus mendepani hidupnya.

Kesan kehebatan itu hasil tabiat Chung Ju-hyung yang suka membaca buku.Jadi jangan segan atau malu untuk mencari ilmu melalui buku.

Sambungan kisah orang yang berjaya

Saya ingin melanjutkan semula kisah hebat kejayaan pengasas Hyundai iaitu Chung Ju-hyung.Beliau bukan setakat kaya raya tetapi cerita kejayaannya itu amat bermakna buat kita semua.

Saya pasti semua nak berjaya dalam bidang yang diimpikan.Semua mahu mencapai impian supaya menjadi kenyataan.

Macam saya >>orang yang berjaya di Malaysia [impian]

Kita sambung balik…

Ketika pendudukan Jepun di Korea semua premis perniagaan telah dirampas termasuklah kedai Ju-hyung iaitu Kedai Kyongil di Tiongkok.Ju-hyung terpaksa pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran dan perasaan yang kecewa.

Semasa di kampung Ju-hyung kembali terfikir bahawa segala usahanya pasti akan berhasil jika usaha sungguh-sungguh.Dia kemudiannya kembali ke Seoul dengan semangat dan cita-cita yang baru.

Ju-hyung berminat untuk mencuba perniagaan bengkel membaiki kenderaan bermotor.Pada pendapatnya perniagaan ini memerlukan modal kecil dan cepat pula pulangan modalnya.Lagipun orang Jepun tidak gemar perniagaan bengkel kerana dianggap ‘kerja  kotor tangan.

Pada tahun 1940,Jun –hyung telah mengambil alih perniagaan bengkel ‘A-do Service’.Pengambil alih bengkel ini memerlukan modal permulaan 5000 won.Memang bersusah payah Ju-hyung nak memulakan perniagaannya.Dia terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan meminjam modal dari para pelanggan.

Akhirnya bengkel tersebut berjaya dimiliki.Namun setelah beroperasi 5 hari,bengkel ini telah mengalami malapetaka dengan dijilat api.Ia hangus sehingga tiada apa-apa lagi yang tinggal.

Pada ketika itu Ju-hyung tetap dengan pendirian bahawa biar api menghanguskan bengkelnya namun impiannya untuk berjaya tetap kekal walau apa keadaan sekali pun.Beliau yang pada masa itu tiada satu sen pun masih berdegil untuk mencuba kali kedua.

Bengkel ‘A-do Service’ dibangunkan semula di tempat baru.Ju-hyung terpaksa berhutang kepada pelanggan lamanya sebanyak 3000 won.Beliau mengupah 50 pekerja bagi menjalan operasi bengkel tersebut.

Peringkat permulaan operasi bengkel kurang lancar.Pihak Jepun selalu sahaja menggangu sehingga memaksa Ju-hyung meletakkan papan tanda perniagaannya di tempat yang tersembunyi dan mengelirukan.Dengan taktik ini pihak Jepun seolah-olah tidak menyedari kewujudan bengkel tersebut.Itupun hasil cadangan pihak Jepun sendiri.

Dengan cara ini bengkel ‘A-do Service’ terus berkembang pesat.Perkhidmatan bengkel ini mengutamakan kepantasan dan mengenakan kadar caj yang tinggi.

Walaupun cara ini kurang popular namun orang kaya pada masa itu tidak kisah kerana mereka mahu khidmat yang cepat tanpa mengira kos yang mahal.Pelanggan semakin bertambah dan untung pula semakin tinggi.Prinsip tersebut masih diamalkan oleh Syarikat Hyundai pada masa kini.

Selang tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1943,bengkel ‘A-do Service’ dipaksa bergabung dengan syarikat Jepun.Tindakan ini seperti meranapkan kerja keras selama tiga tahun  dalam masa sehari.

Ju-hyung tidak menyerah kalah walaupun bisnesnya telah berpindah milik.Beliau kemudiannya mengalih perniagaan kepada bidang pengangkutan  dengan pembelian 30 trak.Operasi perniagaan ini adalah untuk membawa  bijih emas ke pusat pemprosesan.

Namun Ju-hyung dipaksa menjual syarikatnya ini kepada pengusaha Jepun dengan harga sangat murah iaitu 50,000 won atas desakan pihak tertentu.Ternyata pihak Jepun cuba menganggu kebangkitannya dalam perniagaan.

Sungguhpun halangan bertali arus,Ju-hyung yang terkenal dengan kedegilan  masih berimpian dan bercita-cita luar biasa untuk berjaya.Beliau mengambil keputusan untuk membeli tanah yang strategik di kota Seoul.

Ju-hyung kemudianya mengasaskan ‘Hyundai Industri Co’ dan ‘Auto repair works’ dan secara rasminya telah menggunakan jenama Hyundai dalam sejarah Korea.

Sekitar tahun 1946 kedatangan tentera Amerika Syarikat ke Korea.PihakJepun diusir keluar.Peristiwa ini memberi hikmah kepada Ju-hyung.Mereka perlukan penyelenggaraan kenderaan armada perang.

Oleh itu mereka memilih Hyundai kerana kepakaran Hyundai adalah membaiki kenderaan termasuk kenderaan perang angkatan Amerika Syarikat.Hyundai kini mendapat kepercayaan dari pelanggan besar dari luar.

Syarikat Hyundai berkembang pesat dan telah mengaji pekerja seramai 100 orang.Ketika nak membesarkan perniagaannya beliau cuba meminjam 1 juta won.Secara tidak sengnaja Ju-hyung mendapat idea untuk melebarkan perniagaan dalam sektor pembinaan pula kerana keyakinan yang tinggi dari pihak pelabur.

Nak diringkaskan cerita,Ju-hyung terus menubuhkan syarikat Hyundai yang berasaskan pembinaan.Ia sangat maju sehinggalah Perang Korea Utara-Selatan meletus.

Semasa perang tersebut perniagaan Hyundai turut musnah sehingga menyebabkan Ju-hyung jatuh muflis yang sangat teruk.Namun Ju-hyung pantang berputus asa dan harapan.Beliau terpaksa hidup kais pagi makan pagi buat sekalian lama.

Akhirnya sinar bahagia turut menyapa Ju-hyung.Pihak Amerika telah berminat untuk mendapat perkhidmatan pembinaan syarikat Hyundai Contruction.Kerjasama Hyundai Contruction dengan syarikat Amerika Syarikat semakin bagus.Para pekerja dihantar ke Amerika dan mereka wajib belajar bahasa Inggeris.

Pada tahun 1966 jenama Hyundai semakin berkembang dengan penubuhan Hyundai Motor Company.Ju-hyung ingin melibat Korea ada kereta jenama sendiri dan bukannya sekadar mengimport dari negaranJepun.

Cerita kejayaan Hyundai terus berkembang ke seluruh dunia.Namun pengasas Hyundai telah meninggal dunia pada tahun 2001.Beliau sebenarnya masih hidup dalam hati orang Korea.

Chung Ju-hyung adalah hero Korea yang sebenar.Cita-citanya ingin menjadi raja dalam pelbagai industri telah menjadi kenyataan.

Itu sahaja.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini

Salam hormat dan jumpa lagi.

mrhanafi

(Visited 111 times, 1 visits today)

12 thoughts on “Kisah Benar Orang Yang Berjaya Dalam Bisnes”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge