6 cara mengecilkan perut buncit dengan senaman tahun 2022

Sejujurnya mrhanafi sangat teruja untuk mempelajari cara mengecilkan perut buncit. Mana tidaknya ketika  usia mendekati separuh abad begini, isu perut buncit jadi cabaran yang perit untuk dilalui.

Perut buncit terhasil daripada pengumpulan lemak bawah perut terutama untuk lelaki manakala golongan wanita biasa terkumpul di bahagian paha dan juga perut.

Yang lucunya, perutlah yang paling cepat membesar ketika gemuk dan paling lambat mengecil ketika kurus.

Malah perut buncit juga sering menjadi bahan lawak jenaka oleh sesetengah orang.

Atas sebab itu wajar kita semua berusaha menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama menjaga kesihatan.

Mrhanafi sangat bertuah dan beruntung kerana berjaya menemui enam cara mengecilkan perut buncit dengan latihan daripada satu video Youtube.

Ilmu ini dikongsikan oleh figura fitness terkenal Indonesia iaitu Ade Rai.

Ayuh kita sama-sama belajar bagaimana mengatasi perut buncit agar menjadi perut kempis.

Mudahan selepas kempis boleh terbentuk perut sixpack.

Wah, sudah pasti perut sixpack jadi idaman para pria dan kegilaan ramai wanita.

WAJIB BACA :   Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018

Mrhanafi berpendapat perut sixpack melambangkan kegagahan, sihat dan bertenaga dalam semua perkara.

Tanpa berbasa-basi jom kita telusuri ilmu ini satu persatu dalam huraian di bawah :

Cara mengecilkan perut buncit

Cara mengecilkan perut buncit

1.Kardio tempat terbuka

Kardio adalah senaman yang menarik dan mudah untuk dilakukan.

Ia boleh dilakukan ditempat terbuka seperti taman permainan, tasik, track jogging atau jalan kampung.

Senaman kardio ini bagus untuk jantung dan dalam masa yang sama boleh mengurangkan lemak badan dengan berkesan.

Senaman yang dilakukan ditempat terbuka membolehkan kita memperoleh oksigen yang mencukupi.

Ia secara tidak langsung mempercepatkan proses pembakaran lemak.

2.Kardio indoor dengan alat bantu

cara mengecilkan perut buncit

Antara alat bantu yang sesuai untuk aktiviti kardio ialah treadmill yang biasa kita temui dalam gym.

Dengan treadmill boleh berjalan atau berlari. Nak pantas atau perlahan, itu terpulang.

Kelajuan boleh dilaraskan atau kecuraman threadmill juga boleh disesuaikan dengan kemampuan masing-masing.

WAJIB BACA :   Amalan tarik duit dengan minda

Kelebihan lain kardio indoor ialah tidak dipengaruhi oleh faktor cuaca berbanding kardio outdoor.

Ya, istiqamah melakukan senaman membolehkan pembakaran lemak lebih baik yang seterusnya mengurangkan perut buncit.

3.Latihan perut

Ramai yang sedia maklum latihan perut adalah cara mengecilkan perut buncit dengan cara mencabar.

Cabaran yang selalu dihadapi kita semua ialah kurang yakin, tidak istiqamah dan mudah mengalah.

Mrhanafi sendiri juga tidak terkecuali.

Antara bentuk latihan perut yang bagus seperti crunch, leg raise dan sebagainya berfungsi untuk menebalkan otot perut.

Perlu kita fahami bahawa manusia semula jadi dilahirkan dengan keadaan ada sixpack baik lelaki mahupun wanita.

Cuma berbeza antara nampak dengan tidak.

Keadaan tidak nampak kerana disaluti lemak di bahagian perut atau lebih tepat lagi perut buncit.

Sebab itu latihan perut diperlukan agar otot di bahagian perut semakin kuat dan besar.

4.Latihan perut statik

Latihan perut statik mrhanafi terjemah dari perkataan statik kontrasi.

Pelik juga bunyinya kan.

Bagaimana pun latihan statik perut yang mrhanafi maksudkan di sini seperti plank.

WAJIB BACA :   Rutin pagi yang menjadikan kita seorang pemenang [siri 2]

Plank berfungsi untuk mengeraskan otot bahagian perut dan membakar kalori serta meningkatkan sistem metabolisme badan.

Ia juga diakui untuk mengurangkan lemak di bahagian perut

5.Latihan HIIT

HIIT ialah high intensity interval training atau bahasa lainnya latihan yang berimpak tinggi.

Latihan ini boleh dilakukan tanpa menggunakan apa-apa peralatan.

HIIT sangat mudah dan sangat berkesan untuk membakar kalori seluruh badan

Apatah lagi kalau perut buncit…memang sesuai sangat untuk dicuba.

Gabungan latihan HIIT adalah seperti berikut Jumping Jack, Squat, Plank dan banyak lagi gerakan yang mrhanafi akui agak agresif untuk membakar lemak dalam badan.

6.Latihan beban

Wah ini latihan yang paling mrhanafi suka.

Sebab angkat berat dan uji kekuatan diri.

Bukan kekuatan fizikal semata-mata tetapi kekuatan mental juga.

Untuk mengecilkan perut, fokus bukan kepada perut semata-mata tetapi untuk keseluruhan nadam.

Bina otot yang kuat dan padu.

Dengan otot inilah akan menggunakan membakar lemak termasuk di perut.

Kesimpulan

Cara mengecilkan perut buncit yang mrhanafi kongsikan di sini akan berkesan dengan syarat konsisten, pola pemakanan yang betul dan sabar ketika menjalani proses ini.

Apa lagi, jom kita lakukan hari ini untuk dapatkan kesan yang diingini.

Selamat beramal.

Comments 12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge